Monday, July 18, 2011

Puding Jelly Oren

ASSALAMUALAIKUM..

Ada yg berpuasa lagi hari ni? Tak abis lagi ke ganti puasa? Ish.. ish.. dah nak masuk Ramadhan tak abis2 ganti lagi ya.. Alangkah elok dijadikan amalan ganti awal2 puasa terutamanya dalam bulan Syawal. Kalau tuhan nak jemput kita mengadap dia pun, sekurang2nya dah tak berhutang apa2 kan.. Bila dah diganti awal2 tu, boleh la nak buat puasa sunat Isnin Khamis ke.. sunat hari putih ke, sunat bulan2 yg mulia ke..  Dalam 365 hari setahun duk tunggu Syaaban jugak nak mengganti ya.. ^__^


Meh layan Puding Jelly Oren yg sedap ni, resipi K.Nor amik kat rumah Juwita@Ita. Manyak shedapp woo.. Masam2 rasa oren, cukup menyegarkan. Anak2 K.Nor suka benor ni, terutamanya Aisyah dan Naim. Mekasih Ita sudi share resipi yg best ni, K.Nor share kat sini pulak ya.. :)


PUDING JELLY OREN
resipi : Juwita Fariz
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Lapisan Jernih
4 g serbuk agar-agar
500 ml air
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing-masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning

cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
ketepikan

lapisan puding
4 g serbuk agar-agar
200 ml air
300 ml susu
5 sudu besar gula ( mengikut kemanisan masing)
sebiji oren diperah airnya( dalam 50 ml)
sedikit pewarna kuning

Cara-cara
Masukkan air, gula dan serbuk agar-agar didalam periuk.
Setelah sebati masukan, susu, perahan oren yang telah ditapis dan pewarna kuning.
Masak sebentar dan ketepikan

cara-cara untuk melapis.
sediakan bekas yang sesuai.
masukkan lapisan puding dahulu biarkan sejuk hingga lapisan tersebut keras kemudian masukkan lapisan jernih buat kaedah yang sama sehingga habis.
Boleh la disimpan didalam peti sejuk sehingga benar2 keras
Jika ingin dipotong sila kurangkan kandungan air bagi jelly ini kerana jelly ini agak lembik.

** Cara yg K.Nor buat, letakkan gelas yg nak digunakan dlm loyang besar yg berisi air dan ketulan ais. Dgn cara ni, boleh mempercepatkan puding tu mengeras dan tak perlu masukkan dlm peti ais. Masa menuang layer seterusnya, guna belakang sudu kecil dan letakkan di dinding bahagian dalam gelas dan tuang slow2 supaya adunan tak terjerlus ke dalam adunan sebelumnya.
    Bila adunan puding yg belum dilayerkan (balance dlm periuk) nampak cam mengeras, panaskan sekejap tp jgn sampai terlalu panas. cukup sekadar nak mencairkan balik adunan supaya mudah dituang. (biasanya bila tinggal 2 layer terakhir adunan akan mula mengeras, boleh la dipanaskan sekejap ya)