Saturday, July 9, 2011

Roti Mayonis

ASSALAMUALAIKUM...

Ni lah roti yg digodek masa duk mengarang tag yg diberikan HaSue tadi. Dah ramai yg cuba Roti Mayonis oleh Yani ni kan. Nak menerai gak, kebetulan dlm proses nak menghabiskan stok 2kg tepung roti sebelum masuk bulan Ramadhan.. Alhamdulillah.. sedap dan lembut roti ni walau tak letak telur dan butter. 


K.Nor tak buat bentuk bun kosong cam yg Yani dan lain2 buat tp K.Nor buat stail letak sosej dan picitkan sos cili dan mayonis jer kat atas tu. Kalau tak silap Mas pun buat gini gak kan Mas.. Eh.. K.Nor tak buat satu versi jer tp 2. Satu lagi tu K.Nor letak inti daging (ni pun nak sesi nak perabis stok inti daging dlm freezer) dan tambah sedap lagi bila K.Nor letak slice cheese ( yg dipotong kecil) dlm inti tu pastu sebelum bakar, tabur dgn cajun (iyerrrrr.. CAJUN! hehee) Memang sedap tau, bila kita letak cajun ni kat inti2 gini.. Selain aromanya yg best, rasa mesti lah lagi best! 


ROTI MAYONIS
resipi : Yani 
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
300g tepung roti
110g air
50g water roux
50g mayonis
45g gula
45g marjerin/butter
1 sudu kecil yis
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar susu tepung

Cara-cara:-
Masuk semua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Pilih setting doh dan ON.
Keluarkan doh... tumbuk2 utk keluarkan angin.
Bahagikan doh kepada bentuk-bentuk kecik
Biar naik 2 kali ganda sebelum dibakar
Bakar dgn suhu 180 degree selama 12-15 minit