Friday, July 1, 2011

Strawberry Frutti Crystal Pudding

ASSALAMUALAIKUM..

Bersiaran lagi di pagi Jumaat yg terang benderang. Kalau meroti best ni.. Lama tak meroti, mendonut.. Tepung roti ada 2 paket, bulan Ramadhan tinggal 1 bulan jer lagi.. Ish.. kena kejutkan bibik melayu la ni.. Lama bg dia tidur tu.. hehee...

Ok berbalik pd entri hari ni.. gempak jer tajuk kan.. hehee.. Sesekali bg nama gempak, tak kisah la kan.. Saja jer.. sebab geram dgn kejadiannya yg tak memuaskan hati tu.. Tak perasan kat tengah2 tu masih lembik, ingatkan dah ok sbb kat area tepi dah keras, terus tuang adunan strawberi. Tersilap gi tuang laju kat tengah2 walhal biasanya tuang slow dan area tepi dulu. Hasilnya terjadi lah puding yg terjerlus... Bukan pasir jer ada pasir jerlus ya.. Memang agak kecewa gak la smlm.. tp nak buat camna, bukannya tiap kali buat apa2 sentiasa menjadi kan.. Semua atas kuasa DIA, bukannya kita.. Takper la.. Alhamdulillah... masih boleh diterima lagi tu walau tak 100% perfect..


Puding ni hasil dr resipi Puding Mangga Kristal baru2 ni. Lepas buat puding tu, terfikir nak olahkannya menjadi puding versi lain. Dengan letak pelbagai buah2an, jd hasilnya mesti lagi cun dan sedap. Alhamdulillah.. dpt gak buat, walau ada sedikit kecacatan. Memang sedap, rasanya yg manis2 masam pelbagai buahan tu. K.Nor letak potongan mangga, strawberry, blueberry dan kiwi.. ermmmm... masyem2 belaka buah.. so kena balance dgn puding yg lebih manis kat layer bawah tu..


STRAWBERRY FRUTTI CRYSTAL PUDDING
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
Lapisan berkaca (atas)
3gm serbuk agar2
450ml air
5 sudu besar gula
mangga, strawberi, kiwi ~ dipotong kiub
blueberi

Lapisan puding (bawah)
5gm serbuk agar2
500ml air
1/2 cawan susu cair
7 sudu besar gula
120ml puri strawberi

Cara :
Lapisan berkaca (atas)
Masak air bersama serbuk agar2 hingga larut dan masukkan gula.
Masak lagi hingga mendidih. Padamkan api
Ketepikan.

Lapisan puding (bawah)
Masak air bersama serbuk agar2 hingga larut dan masukkan gula.
Masak hingga mendidih dan masukkan susu cair.
Bila aduann puding hampir mendidih padamkan api dan masukkan puri strawberi.


Utk membuat puding:
Basahkan mould yg akan digunakan.
Tuangkan adunan atas (berkaca) ke dalamnya dan tabur potongan buah2an.
Biarkan mengeras bahagian atasnya.
Kemudian kelar2kan sedikit dgn garfu.
Tuangkan pula adunan puding dgn perlahan2 hingga habis.
Biarkan seketika hingga hilang panasnya dan sejukkan dlm peti ais.
Hidangkan sejuk utk rasa yg lebih enak.

*utk menghasilkan puri strawberi, blend strawberi dgn sedikit air.
** gula dlm sukatan lapisan puding K.Nor lebihkan dr yg Puding Mangga Kristal sbb sifat strawberi yg agak masam.


Yg dah menerai :) Tq...