f Secubit Garam: August 2011

Wednesday, August 31, 2011

SALAM AIDILFITRI...

Sticky Post

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. tinggal 3 hari jer lagi ukita semua nak sambut Hari Raya Aidil Fitri, insyaallah.. Terasa sayu jer nak melepaskan Ramadhan pergi, bukan K.Nor jer yg terasa gitu, Luqman sendiri yg duk ulang2 jer cakap dua tiga hari ni.. mak, adik sedih la.. puasa dah nak abis.. ermm... bukannya dia cakap dia seronok sbb nak beraya tak lama lagi padahal dia masih dlm usia kanak2 lagi kan.. Nak buat macamana, bukannya boleh ditahan2 kepergian bulan Ramadhan, bulan yg mulia lagi penuh keberkatan tu.. Mudah2an kita semua dipertemukan lagi dgn Ramadhan tahun 1433H


Di kesempatan ini, K.Nor nak memohon ampun andai ada silap salah dalam berkata2, membalas komen, terlebih gurau senda, kut2 ada yg terasa hati, halalkan juga mana2 resipi yg diambil dr mana2 dapur tanpa keizinan (insyaallah akan sentiasa diletak backlink) dan kalau ada yg menghantar barangan/parcel kepada K.Nor dan tidak mendapat balasan dr K.Nor atau dibalas dgn barangan yg tak seberapa tu.. K.Nor harap2 maafkan atas kelemahan dan kekhilafan K.Nor ya.. Yg baik2 tu semuanya datang dari Allah juga manakala yg tak elok tu atas kelemahan diri K.Nor sendiri.

Semoga ukwah yg dibina akan diberkati Allah dan akan terus kembang mekar walau hanya di alam maya sahaja. Sudi2kan angkut kad raya alam maya sebagai ingatan tulus ikhlas dari K.Nor.. terima kasih..

Kepada yg nak balik kampung tu, hati2 semasa memandu, semoga selamat sampai ke tempat yg dituju dan semoga selamat juga kembali ke rumah kediaman masing2 selepas sambutan raya nanti.. Semoga kita berjumpa lagi selepas raya ni.. Dan buat yg join segmen Jom Menimbang, jgn lupa utk menimbang dan tinggalkan berat timbangan anda samada kat entri ataupun kat fb ya.. Masa raya tu, jgn pulun banyak2.. kang berat melebihi dari sebelum mula puasa aritu.. hehee


~~~~~~~~~  *X*  ~~~~~~~~~

K.Nor juga ingin mengambil peluang menggantungkan kad dari teman2 blogger yang lain, dengan ucapan terima kasih atas persahabatan yg terjalin selama ini.. dan Selamat Hari Raya dari K.Nor sekeluarga buat teman2 semua..





Saturday, August 27, 2011

TELUR KUKUS SRI RAMPAI

ASSALAMUALAIKUM...

Kita buat quick update ya.. Tak banyak masa terluang bila hari raya makin tiba ni. Semestinya semua maklum kan.. so kita pergi kepada menu utk hari ni.. Telur Kukus Sri Rampai.


Pertama kali buat dulu, Telur Kukus Seri Rampai, resipi dari Chef Arm yg K.Nor amik kat web Try Masak. Kali ni ditambah sedikit bahan2 lain utk memberi rasa yg lebih enak. K.Nor tambah serbuk kari kedalam adunan telur tu, lagi sedap bila ada rasa kari2 ni kan. Kali ni K.Nor tak guna isi ayam tapi isi udang. Semestinya lagi sedap! hehe

TELUR KUKUS SRI RAMPAI
resipi : Chef Arm@TryMasak
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan:
6 biji telur 3 biji
2 biji bawang merah ~ dipotong dadu 1 bj bawang besar didadukan
2 biji cili merah ~ dipotong dadu 1 biji hiris
2 biji tomato ~ dipotong dadu 1biji
1 tangkai daun bawang ~ dihiris daun bawang + daun sup
1 sudu teh garam secukup rasa
1 sudu gula 1/2 sudu kecil
5 sudu makan minyak masak 2 sudu besar
isi udang dan sedikit chicken ball ~ dipotong kecil
1 sudu besar rempah kari

Cara:
Masukkan semua bahan ke dalam telur yang telah dipukul dan gaulkan semua bahan hingga sebati.
Kemudian masukkan ke dalam acuan yg disukai yg telah disapukan minyak (k.nor sapu butter) dan kukus dlm pengukus yg dah dipanaskan selama 5 - 7 minit. k.nor lebihkan masa mengukus kepada 10 min 
3. Apabila masak, boleh dihidangkan semasa panas bersama nasi.

*yg berwarna merah yg K.Nor buat...


Friday, August 26, 2011

(MARBLE BLUEBERRY) GERMAN COOKIES

ASSALAMUALAIKUM..


Hehehe.. ampun ya Buk Rima... dan memandai2 tukar nama kukis ni.. Jgn marah ya, nak raya ni tak baik marah2.. hehehe.. Saja gatal tangan nak menderhaka kat resipi German Cookies yg dah pernah buat sebelum ni, nak bagi satu kelainan rasa. Yep!! Memang sangat berlainan rasa dari yg 1st time buat dulu sbb K.Nor tambah perisa blueberry dan juga pewarna purple. Masa kukis dlm oven dan hampir nak masak tu, perghhhhhhh..... mmg syok sungguh baunya. Wangi jer bau blueberry. Bila makan tak yah cakap la.. ehh.. bukan makan on the spot ya, makan lepas berbuka puasa semalam hehe.. punya la sedap rasa nak ngap dan ngap lagi.. Kukis ni mmg cair dlm mulut dan wangi serta sedap sbb adanya rasa blueberry tu.. Try la buat kalau tak caya hehee..


Ok, nak letak sekali lg resipi dari rumah Rima tu kat sini utk rujukan lain waktu.. Thanks ya Rima.. tak marah kan.. hehee...

GERMAN COOKIES
source : Rima
source : K.Nor@SecubitGaram


Ingredients
125g butter
40g icing sugar (sieved)
125g potato starch ~ kebetulan tak ada stok, k.nor ganti dgn tepung jagung
80g superfine flour (I used Plain Flour)

Method
1. Beat butter and icing sugar till fluffy and lighter in colour.
2. Sift in potato starch and plain flour, mix to form a soft dough.
3. Roll into small balls (about 7g each) and arrange on lined baking tray - i used 1/2 tbsp to get the same size
4. Dip the tip of the fork in a bowl of water and press on cookie dough.
5. Bake in preheated oven at 170 deg C for 15 min.

* utk menghasilkan Marble Blueberry German Cookies spt yg K.Nor buat ni, selepas dah siap adunan tu, bahagikan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dibiarkan plain dan satu lagi dicampur dgn sedikit pewarna purple dan 1/2 sudu kecil blueberry paste. Gaul hingga sebati. Masa nak menggentel tu, amik secubit adunan plain dan secubit adunan purple dan bulatkan. Buat hingga habis pastu barulah ditekan dgn garfu yg dicelupkan kedalam air (tujuannya supaya garfu tak melekat pd doh) dan kemudian dibakar hingga masak.

Thursday, August 25, 2011

PENANG CKT

ASSALAMUALAIKUM...

All time pebret ni.. sampaikan masa sahur pun goreng lagi CKT ni sebab ada lebihan sket lagi paste CKT. Dapat lah 2 pinggan, satu utk si tukang masak dan satu lg untuk si suami tukang masak.. perghhhh sendat perut pagi2 hari sbb K.Nor ni jarang makan time sahur. Sekadar minum segelas air kopi dan 2 biji kurma. Kalau kebetulan ada roti, ngap gak la roti sekeping dua. Tapi bila ada lebihan paste CKT tu nak simpan pun tak berbaloi gak, sbb tak banyak mana pun. Lagipun masa berbuka tu rasa cam tak puas makan CKT yg dibuat, tu yg goreng lagi time sahur. Memang puas hati dpt makan CKT hasil tangan sendiri tp tak leh lawan original CKT Penang mari la kan.. hehe


Mekasih Iza, mmg K.Nor suka sgt dgn CKT yg dibuat dr resipi Iza ni..


PENANG CHAR KUEY TIAW
resipi : Che'iza
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan2:
* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula

* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara:
UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......

NATA IN THE BLUE

ASSALAMUALAIKUM...

Nak buat wordless Thursday la arini.. Org lain kalau wordless selalunya Wednesday kan.. hehe Layan jer jelly kegemaran anak2 ni.
Sebenarnya jelly tu kaler biru tp bila dah bergabung dgn nata perisa strawberi yg kaler pink, jadi cam kaler purple la pulak..  Eh... tak leh nak buat entri bisu.. terkeluar gak kata2.. hehe


Biru dan oren.... 
Haa... gambar yg ni baru nampak jelly tu kaler biru kan.. :)

Wednesday, August 24, 2011

JOM MENJALA

ASSALAMUALAIKUM..

Roti jala kaler maler is back! hehe.. lama betul tak buat roti jala kaler maler. Semalam memang dah plan awal2 utk buat KARI DAGING pastu nak menjala. Biasanya buat Kari Ayam utk makan dgn roti jala tp kali ni sengaja beli daging dan dimasak kari utk digandingkan dgn roti jala. K.Nor buat 2 adunan roti jala sambil bagi2kan sket pd jiran2 terdekat. Alhamdulillah.. kerja menjala mudah jer bila menggunakan botol mayo 3 muncung tu.


Ops... kena short2 story.. nak pi masuk opis lak ni. Baru balik dr pasar jap tadi, memukat udang sambil hulur2 kat pasar nun :) Jom cuci mata dgn entri hari ni... K.Nor tak makan nasi pun semalam masa berbuka, hanya ngadap Roti Jala dgn Kari Daging ni jer sampai kekenyangan hehe


ROTI JALA
resipi : Ummi Kuantan
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bij telor
1 sudu kecil garam halus
beberapa titik pewarna kuning ~ k.nor guna oren dan hijau

Cara:
Masukkan semua bahan dalam blender. Blend hingga semua sebati.
Perapkan selama 1/2 jam.
Sediakan kuali leper non-stick dan ceduk adunan dengan acuan roti jala dan tebar/kirai adunan atas kuali. Gunakan api perlahan. Masak lebih kurang 1 minit.
Angkat dan gulung atau lipat ikut suka.


KARI DAGING

ASSALAMUALAIKUM..

Kenapa akhir2 ni mood nak menjawab komen tak ada ya.. Kurang rajin atau tak sempat/tak tereply sebenarnya ya..  Kadang2 tu masuk blog utk masukkan entri, baca komen dan BW lebih kurang, pastu out. Bukannya duk mengukis pun tp tu la.. haishhhh.. 


Meh la layan Kari Daging, menu berbuka utk 23 Ramadhan yer. Ada sket lagi lebihan Kari Daging ni, bolehlah dicicah dgn roti arab utk berbuka karang (roti hasil tunjuk2 ya.. hehe)

KARI DAGING
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
500gm daging ~ dipotong
2 sudu besar cili mesin
1 labu bawang besar *
3 ulas bawang putih *
1in halia * ~    * (diblend)
3 sudu besar serbuk rempah kari daging
2 biji ubi kentang ~ dipotong
3/4 cawan santan pekat
3 cawan air
air asam jawa
garam
gula
2 tangkai daun kari

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan cili mesin hingga garing.
Masukkan bahan2 yg diblend.
Masukkan rempah kari yg dibancuh dgn sedikit air dan daun kari, tumis hingga pecah minyak (utk menghasilkan tumisan yg pecah minyak dgn elok bolehlah dimasukkan 1/2 cawan air)
Kemudian masukkan daging dan goreng lebih kurang 10 minit.
Masukkan ubi kentang dan 1/2 cawan air dan masak lagi lebih kurang 15 min, kemudian masukkan lebihan air.
Masak hingga daging hampir empuk dan masukkan santan dan masak hingga mendidih (kacau sentiasa supaya kuah tidak naik kepala)
Bila kuah mendidih, masukkan garam, gula dan air asam jawa.
Masak hingga kepekatan kuah yg disukai.
Sedap dimakan dgn nasi putih dan juga roti jala.


Tuesday, August 23, 2011

AYAM LADA HITAM BERAMPAI

ASSALAMUALAIKUM..

Bersiaran lagi di petang hari sebelum masuk opis bagi menyediakan menu berbuka utk hari ni, 23 Ramadhan. Erm... kejap jer kan masa berlalu.. Tinggal 7 hari jer lagi Ramadhan.. Rasanya tahun ni pantas sungguh hari dalam bulan Ramadhan ni berlalu, terasa baru sangat lagi berpuasa tapi rupanya dah tinggal seminggu jer lagi nak sambut 1 Syawal. Mudah2an dapat kita semua berjumpa lagi dgn Ramadhan tahun depan.. amin..


Berbalik pada menu hari ni, Ayam Lada Hitam Berampai, resipi milik Yatie Memories. Anak2 mmg suka dgn rasa ayam ni. K.Nor ikut direct cara Yati masak ayam ni, lain kali kena goreng kunyit dulu sekejap ayam tu lagi la enak. Pastu tambah carrot sket dalam tu, tak perlu masak menu sayur dah kan.. hehe Mekasih Yatie, izinkan K.Nor share resipi tu kat sini lak ya.. :)

AYAM LADA HITAM BERAMPAI
resipi : Yatie Memories
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tepung jagung, di bancuh dngn 1/2 cwn air
1 sudu besar lada hitam , di tumbuk
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Bahan Tumis (mayangkan/hiriskan)
5 biji bawang merah/kecil
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Bahan Hiasan- di hiris2
1/4 biji lada benggala hijau
1/4 biji lada benggala kuning
1/4 biji lada benggala merah
1 labu bawang besar

Cara Menyediakannya
Ayam dibuangkan kulit, potong kecil, bersihkan dan toskan.
Gaulkan ayam bersama serbuk lada hitam, sos tiram, sos tomato dan kicap pekat. Biarkan sebentar.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga naik bau.
Masukkan ayam yg di perap tadi dan gorengkan sehingga separuh masak.
Masukkan ketiga2 jenis lada benggala dan bawang besar... gaul lagi.
Masukkan bancuhan air tepung jagung dan gaul sebati.
Perasakan, sekiranya dah cukup rasa tak perlu tambah garam dan gula. Bolehlah angkat dan hidangkan bersama nasi putih dan lauk kegemaran.

IKAN PARI MASAK HIJAU

ASSALAMUALAIKUM...

Mula2 nak cakap dulu ni.. PARI MASAK HIJAU ni adalah menu tertunggah.. bukan lama pun, dua hari lepas. Seperti kebiasaan dlm bulan Ramadhan ni K.Nor post 2 entri jer sehari kan.. jadi smlm sepatutnya dah post entri menu ni tp disebabkan bg laluan pada Segmen Jom Menimbang pastu utk entri kedua dah tayang Lala Masak Serai, jadi mood nak menghapdet pun dah lari ler.. Tambah lagi bila dah nak akhir2 Ramadhan ni, makin ler bertambah2 kebiziannya tu. Bukan sebab banyak mengukis pun.. tak buat satu kukis pun lagi minggu ni. Cuma sempat mengetart nenas jer hari Jumaat baru2 ni. Tu pun dah tinggal suku jer dr yg dapat.. hehe.. agaknya kena buat lagi Tart Nenas tu kut.. bukan kes nak beraya sgt tp kes tukang masak ni yg antu Tart Nenas hehe...


Ok la ya.. Kita layan menu tertunggak ni, Pari Masak Hijau, resipi dari rumah Ayu S'pore yg dah berulang2 kali K.Nor buat sbb mmg sedap. Anak2 K.Nor pun mmg suka dgn rasa masakan ni. Thanks ya Ayu for sharing.. :)

IKAN PARI MASAK HIJAU
sumber asal :  Ayu
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan:
2-3 ekor anak ikan pari-dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam.
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar sambal belacan
3-4 batang daun kari
3 batang cili hijau dihiris ~ k.nor tumbuk kasar
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & serbuk perasa secukupnya
5 - 7 bj cili padi ~ dihiris (yg ni k.nor tambah)


Cara:
Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata . Masukkan sedikit perasa dan garam kalau necessary dan gaul rata. Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan. Matikan api. Siap untuk dihidang.

Sources:-From a cooking programme in suria channel

Monday, August 22, 2011

JOM MENIMBANG ~ WEEK 4

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah.. Dah masuk minggu ke 4 kita semua berpuasa. Dah tak lama lagi dah nak berakhir bulan Ramadhan. Semoga ibadah kita semua diterima oleh Allah hendaknya..

Kita teruskan segmen Jom Menimbang utk minggu ke 4 ya.. Ramai yg menunjukkan penurunan berat badan dgn baik, tahniah ya.. Utk org yg dah berumur 40an cam K.Nor ni agak liat lemak2 tu nak hilang walau dah kontrol makan. Yer la nak turun berat badan bukan hanya dgn kontrol makan tapi kena ada senaman gak. Dah bulan puasa ni macamana nak gi jogging@brisk walking. Boleh aje nak buat 2/3 round dr biasa tu tapi yg tak tahan setiap kali selesai brisk walking mesti nak teguk air. Bab penat tu tak ada masalah, dahaga tu tak tahan ler.. Tunggu lepas raya la baru boleh start balik aktiviti brisk walking ni. 

Ok K.Nor letak dulu timbangan yg Week 3 ya... Insyaallah bila dah ramai yg beritau berat masing2 K.Nor akan updatekan ya.. Mekasih bg mereka yg memberi kerjasama yg baik utk segmen ni..

JOM MENIMBANG ~ WEEK 4

credit to mr google



Sunday, August 21, 2011

LALA MASAK SERAI

ASSALAMUALAIKUM..

Kita short2 talk jer arini ya... Banyak benda tak abis settle lagi ni.. Nak pot pet panjang2 pun rasanya idea pun tak ada.. 


Jom layan menu kesukaan anak2 ni, LALA MASAK SERAI. Cara masak yg amat simple, bahan2 pun tak cerewet, insyaallah rasanya pun sedap.. Kalau bg yg suka pedas2 tu, lebihkan cili padi yg dipotong tu ya..

LALA MASAK SERAI
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
500 gm lala - dibersihkan dan toskan
3 batang serai - dipotong serong
3 ulas bawang putih - diketuk
1in halia - dipotong panjang
5 biji cili api - diketuk/dihiris serong
1 sb sos tiram
1 biji bawang besar - dipotong bulat
daun bawang, tomato ceri/tomato biasa
garam dan gula utk perasa
2 sb minyak

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bawang putih dan halia hingga wangi. 
Masukkan serai serta cili api. Kacau hingga naik bau.
Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa. 
Kacau sebati dan masukkan lala. Kacau sekejap dan tutup kuali. Biarkan lebih kurang 3 minit atau sehingga cengkerang lala berubah warna.
Sekiranya masakan agak kering, masukkan sedikit air. 
Kacau hingga sebati pastu masukkan bawang besar, tomato ceri dan daun bawang.
Padamkan api dan kacau sekejap dan terus hidang kedalam pinggan. Bolehlah dimakan dgn nasi putih.





MEE BANDUNG

ASSALAMUALAIKUM..

Melayan selera anak tekak yg nak suka makan mee utk berbuka puasa, jadi K.Nor buat Mee Bandung. Alhamdulillah.. kerja memasak Mee Bandung jadi mudah bila kita dah siapkan pastenya awal2 dan simpan kat freezer. Time nak masak, amik jer paste tu dan masak mengikut arahan dlm resipi seterusnya dan kejap jer dah siap Mee Bandung yg sangat enak. Dengan menggunakan resipi Mee Bandung Dagang MyResipi yg diolahkan utk memudahkan menyukat bahan dan memasak, K.Nor mmg dah stick dgn resipi Mee Bandung Dagang ni. Nak pekat, lebihkan paste dan terhasillah Mee Bandung yg enak. Sesiapa nak resipi Mee Bandung Dagang boleh tengok kat SINI ya.. Dan kat bawah ni K.Nor letak versi olahan yg K.Nor buat.. Mekasih Dagang atas perkongsian resipi yg enak itu..


MEE BANDUNG 
(diolah dr Mee Bandung Dagang MyR)
resipi : K.Nor@SecubitGaram


Bahan2 utk paste:
7 sudu besar cili mesin
2 biji bawang besar *
3 ulas bawang putih *
100 gm udang kering * (*diblend)
1 cawan air
1 sudu besar garam halus
2 sudu besar gula
minyak

Cara:
Panaskan minyak (minyak kena lebih sket sbb udang kering nanti akan menyerap minyak)
Masukkan cili mesin dan goreng hingga garing.
Masukkan bahan2 yg diblend.
Kacau goreng hingga pekat dan masukkan air.
Biarkan merenih dgn api sederhana perlahan.
Bila tumisan hampir kering/pekat masukkan garam dan gula.
Masak hingga menjadi paste/pecah minyak.
Ketepikan.

Utk membuat Mee Bandung
Bahan:

1 bungkus mee kuning
3 ulas bawang merah ~ dihiris nipis
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 - 5 sudu besar paste (bergantung pd kepekatan yg diperlukan)
daging ~ dihiris nipis
udang ~ optional
air secukupnya
telur ~ bergantung pd berapa org nak makan
sawi
2 - 3 kpg tauhu ~ digoreng dan dihiris
limau kasturi/limau nipis
minyak

bahan taburan:
bawang goreng
daun sup ~ dihiris
cili merah ~ dihiris



Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan daging dan biarkan daging keluar air dan sedikit mengecut.
Masukkan paste dan kacau. Biarkan seketika supaya paste td meresap ke daging.
Masukkan air secukupnya (seeloknya guna air baru mendidih supaya kuah lebih cepat masak)
Bila kuah dah mendidih, masukkan telur sebiji demi sebiji.
Biarkan hingga telur masak ( kalau nak separuh masak pun boleh, terpulang la..)
Angkat telur dan ketepikan.
Teruskan masak kuah dan masukkan udang, mee,dan sawi.
Masak hingga mee sedikit masak dan tidak terlalu lembik.
Hidangkan kedalam mangkuk.
Susun tauhu, limau kasturi dan tabur dgn bahan taburan
Sedia utk dinikmati...

Saturday, August 20, 2011

BERPELITA DI SIANG HARI

ASSALAMUALAIKUM..

1st time membuat Tepung Pelita, tak berapa cun sungguh case Tepung Pelita tu. Daun pisang yg ada kat bawah nun tak besor atau lebor2 sangat. Tak boleh nak lipat dua spt yg Ilah JY tunjukkan dalam tutorial dia utk menghasilkan case yg lebih kukuh. Jadi terpaksa buat selapis jer la.. Ok la tu kan, utk 1st timer. Ni pun belajar buat sebab nak mahirkan lagi kaedah nak buat Tepung Pelita, kuih kegemaran anak2 terutamanya Along. Dia cukup excited aritu bila K.Nor cakap K.Nor nak try buat Tepung Pelita sendiri. Bila dah try & error, nanti bila dia balik dah lebih elok la hasil Tepung Pelita ni kan. Dari segi casenya dan dari segi teksture/rasa kuih tu sendiri.. insyaallah..


Resipi kuih Tepung Pelita ni K.Nor ambil kat rumah Kak CManggis dan kaedah nak buat case/bekasnya pulak K.Nor tengok kat rumah Ilah JY. Klik ajer link Ilah tu ya kalau nak tengok tutorial yg Ilah buat. Akhir2 ni dah ramai yg tayang tutorial atau step by step nak buat case/bekas kuih yg sedap ni. Terima kasih pada kak CManggis dan Ilah ya..



TEPUNG PELITA
resipi : CManggis
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan utk bahagian bawah:
1 cawan tepung beras.
1 tbsp tepung jagung.
3 1/2 cawan air daun pandan.(Cm blend 6-7 helai daun pandan).
Sedikit air kapur.

Cara:
Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam kuali dan masak hingga naik wap .Kemudian sudukan kedalam kotak daun pisang seperti diatas.Jangan lupa masukkan 3/4 sudu teh gula pasir kedalam kotak terlebih dahulu.Ketepikan.

Bahan utk bahagian atas:
1/2 cawan santan pekat.
1 cawan air.
2 tbsp tepung jagung.
Sedikit garam.
1 helai daun pandan.

Cara:
Satukan semua bahan-bahan diatas kedalam kuali.Masak dengan api sederhana hingga pekat.Tuangkan keatas adunan pertama tadi.Lakukan sehingga habis.Aturkan dalam lbekas yang sesuai dan kukus hingga masak.Akhir sekali buka penutup pengukus dan biarkan diatas api selama 5-10 minit.Siap untuk dihidangkan.


AYAM MASAK KURMA

ASSALAMUALAIKUM..

Layan menu berbuka yg simple dan mudah disediakan semalam.. Tak leh nak pot pet panjang2.. bz.. bz... bzzzzz....  Dek kebizian yg melanda sampai komen banyak yg tak sempat reply.. Insyaallah akan direply bila dah free nanti tp sebelum tu nak ucapkan terima kasih kerana sudi singgah dan juga sudi meninggalkan komen.. :)


Nak resipi Ayam Masak Kurma ni? Sila ke SINI ya.. ^___^

Friday, August 19, 2011

LAKSAM

ASSALAMUALAIKUM...

Laksam, jangan tanya resipi sbb laksam ni laksam ekspress. Main tunjuk2 jer kat pasar. Tak cukup kerajinan mcm Mek Siam yg ada tahap kerajinan yg sangat tinggi, nak makan apa2 pun semua dia godek. Yer la kan.. duk obersi, tambah pulak negara cam Thai tu, nak makan yg kat luar belum tentu ada dan paling penting belum tentu dr segi halal haramnya. Bila dah anak tekak rasa nak makan, kena la rajinkan diri menggodek.. tak gitu Ijah.. Mmg K.Nor sangat kagum dgn kerajinan Iron Lady sorang ni. Dah bertahun2 kenal dia secara alam maya dan dah tau camana kehidupan harian dia yg duk di negara bukan Islam dan bersuamikan org Jepun. Kerajinan dia tu kena upkan sampai tahap maxima kan Jah. Nak kena melayan selera suami yg hala ke Jepun dan dalam masa yg sama melayan selera dia org Melayu dan Jowo jugak kan.. heheheh (part buat bento pagi2 utk suami dan anak2 tu yg K.Nor boleh tabik ke Ijah ni.. rajin dan pandai dia)


Eh.. balik pd entri pagi ni.. Laksam.. K.Nor beli jer laksam tu kat pasar pastu beli bahan2 ulam dan bahan2 utk buat kuah. Senang kerja kan.. ^___^


Stail org Ganu makan Laksam atau Laksa Trg dgn cili mesin dan belacan, bukannya sambal belacan yg ditumbuk seperti kat negeri2 lain.


SUP TULANG

ASSALAMUALAIKUM...

Sup Tulang, salah satu lagi menu wajib buat di bulan Ramadhan. Memang kegemaran seisi keluarga kalau bab Sup Tulang gini. Ikutkan hati K.Nor nak buat Bone Steak tp dek dua beradik tu kurang sket dgn Bone Steak dan dia org ni lebih suka Sup Tulang gini, jadi layan jer la kehendak dia org kan. Nanti next week cari tulang sket nak buat Bone Steak pulak, khas utk selera anak tekak si tukang masak dan si suami tukang masak yg juga turut sukakan Bone Steak.. hehe


Tak boleh nak letak resipi lah.. Myresipi jamm tak leh nak masuk. Insyaallah K.Nor letak resipi bila dah boleh masuk MyResipi ya.. :)

Updated:

SUP TULANG
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
3 biji bawang merah - dimayang halus
1 ulas bawang putih - dimayang halus
2 in halia diketuk
1 rempah sup bunjut@3 sudu besar rempah sup serbuk
1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
3 biji ubi kentang
garam dan gula secukup rasa
1 btg celery jika suka
1 kiub pati ayam
air secukupnya
bawang goreng dan daun sup

bahan penumis :
5 kuntum bunga cengkih 
3 biji buah pelaga
1 btg kulit kayu manis 
1 kuntum bunga lawang

Cara-cara
Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.

Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..

Masukkan rempah sup bunjut/rempah sup serbuk, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.

Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).

Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)

Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup.


Thursday, August 18, 2011

ISTANA IDAMAN

ASSALAMUALAIKUM..

Hehehe.. Betul apa, tu lah istana idaman kalbu.. Syok kan, kalau dapat duk kat istana, dgn kemewahan serba lengkap, dgn dayang2 yg melakukan segalanya buat kita.. Pastu ada tukang masak, yg sedia setiap masa utk menyajikan segala keinginan nafsu nak makan apa..Tak payah penat2 buat kerja harian ( terutamanya melipat baju! haha kerja paaaaaaaaaaling 'disukai') huhhh angan2 mat jenin la tu.. Sebenarnya K.Nor takut andai diberi kemewahan yg melimpah ruah. Kemewahan sebegini mengasyikkan dan yg pastinya melalaikan dan kemewahan juga boleh mengundang pelbagai penyakit hati dan pastinya makin mewah kita makinlah kita diuji dgn pelbagai ujian mental dan fizikal. Cukuplah sekadar sederhana dlm segala hal. Biarlah tak kaya harta dunia asal kaya dgn kasih sayang terutamanya pada mereka yg berada paling dekat dgn diri kita. hehhee.. tazkirah di pagi Jumaat :)


Berbalik pd Istana Idaman, cantik kan.. Ni lah hasil projek main2 dgn anak2 petang semalam. Dalam duk memikir dessert apa yg nak dihidangkan utk berbuka puasa, teringat pada Rich Choc Pudding yg dah agak lama tak buat. Anak2 K.Nor mmg suka dgn Rich Choc Pudding ni. Dah banyak entri yg K.Nor post berkaitan dgn RCP ni, tu lah tanda dessert ni memang sentiasa mendapat tempat di hati dia org. Nak buat tu mudah aje, dan sememangnya bahan2 yg diperlukan sentiasa ada di dapur. Kebetulan ada lebihan fruit coktail dlm esbok jadi K.Nor pun hidangkan sekali RCP ni dgn fruit cocktail dan buat sedikit kuah kastard. Sedap sekali menikmati dessert ni bila ia betul2 sejuk. 

Special silicon mould import from Jordan
tq anak mak  ^__^ 


RICH CHOC PUDDING
resipi : Jun Yummilicous

Bahan:
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)
fruit cocktail secukupnya ~ tambahan

Bahan Kuah Kastard:
1 cawan susu cair
1 cawan air
1/2 sudu besar tepung kastard
2 - 3 sudu besar gula


Cara:
Utk puding:
Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

Kuah Kastard:
Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak hingga mendidih sambil sentiasa mengacau.
Padamkan api, biarkan sejuk dan simpan dalam peti ais sehingga betul2 sejuk.
Hidangkan puding bersama dgn fruit coktail dan kuah kastard.

** untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.


AYAM MASAK KARI KERING

ASSALAMUALAIKUM..

Menu berbuka semlama, Ayam Masak Kari Kering. Bukan main seronok anak2 makan masa berbuka semalam dgn menu pebret dia org ni, siap meratah ayam lagi. Dah agak lama tak buat masakan ayam ni. Ni pun  si anak dara ada sound beberapa hari lepas nak makan Ayam Masak Kari Kering. K.Nor cuma masak menu ni dgn sayur kobis goreng, tu jer yg sempat disediakan semalam dek kepenatan duk mengukis. 

Jom la layan mata dgn Ayam Masak Kari Kering ya..


AYAM MASAK KARI KERING
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
sedikit garam dan serbuk kunyit
1 - 2 biji ubi kentang ~ dipotong

Goreng ubi kentang 1/2 masak ~ angkat dan toskan.
Kemudian goreng ayam 1/2 masak ~ biar lembut jer, tak perlu sampai garing.
Angkat dan toskan.
~~~~~~~~~~~
Bahan2 lain:
7 bj bawang merah ~ dihiris halus
3 ulas bawang putih ~ dihiris halus
1 - 2 sudu besar cili mesin
2 sudu besar rempah kari ~ bancuh dgn sedikit air
2 tangkai daun kari
2 sudu besar sos tiram
1 cawan air
jus asam jawa
garam
gula ~ jika suka

Cara:
Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga garing,
Masukkan cili mesin. Goreng lagi.
Masukkan rempah kari dan goreng hingga sedikit kering.
Masukkan 1/4 cawan air dan juga daun kari. Masak hingga pecah minyak.
Kemudian masukkan ubi kentang, sos tiram, baki air, jus asam jawa, garam dan gula.
Kacau2 dan masukkan ayam.
Masak hingga ayam masak dan juga kuah pekat.
Angkat dan hidangkan panas2.

PIERRE HERMES VIENNESE CHOCOLATE SABLES

ASSALAMUALAIKUM..

Akhirnya setelah masuk hari ke 17 Ramadhan baru lah datang mood nak mengukis. Banyak sungguh halangan nak mengukis ni disebabkan mood yg merudum. Kebetulan semalamkan cuti Hari Nuzul Quran, jadi K.Nor amik kesempatan tu utk buat kukis bersama2 dgn dua org pembantu setia.. hehe Alhamdulillah.. lepas solat Zuhur baru start kerja mengadun dan seterusnya siap hampir waktu berbuka. K.Nor buat 1 adunan biskut yg panjang amat namanya spt kat bawah ni, kita panggil PHVCS dah la ya.. 2 adunan Biskut Coklat Chips serta 1 1/2 adunan Cornflakes Chocolate. Kesemua kukis ni adalah utk diposkan ke Jordan, utk anakanda tersayang yg tak balik beraya kali ni. Insyaallah, ni kali terakhir dia beraya di perantauan dan ni lah kali terakhir K.Nor perlu buat kukis dan poskan kepadanya. Insyaallah tahun depan (dlm bulan Mei) Along akan tamat pengajiannya dan pulang ke tanahair.. amin... 


Tentang PHVCS yg K.Nor buat ni, resipinya dari rumah Rima yg anggun lagi jelita itu dan baru2 ni Ika pun ada buat gak. Sedapkan Ika, anak2 K.Nor pun suka dgn rasanya tu. Utk makluman K.Nor guna acuan sawa (yg tekan2 tu) utk membentuk kukis ni, dah try guna piping bag dgn nozle yg sesuai tp punya lah sakit tangan nak memicit tu, last2 terpaksa guna acuan sawa jer.. tak cun sgt la hasil kukis ni.. boleh la..... hehee 


Mintak izin ya Rima, K.Nor nak panjangkan resipi tu kat sini pulak utk rujukan di lain waktu.. Tq :)                      

PIERRE HERMES VIENNESE CHOCOLATE SABLES
source : Rima
source : IkaK.Nor

Ingredients
260g All purpose flour
1g Fleur De Sel ~ k.nor guna garam halus biasa
30g Dutch processed cocoa powder - i used Valrhona
250g Butter
100g Powder sugar, sifted
3 tbsp Egg white

Method:
1. Preheat oven to 180C.
2. Whisk together, flour and cocoa powder and set aside.
3. In a mixing bowl, whisk butter until creamy. To ensure that the recipe succeeds, the butter needs to be very soft.
4. Add in powder sugar and fleur de sel to butter and continue to whisk until light and creamy.
5. Whisk in egg white until it is well combined with butter cream.
6. Add in (2) and mix until well combined.
7. Spoon dough into a piping bag fitted with a star tip. Pipe dough into W shaped cookies.
8. Bake cookies at 180C for 10-12 mins - no more. The cookies will be delicate - transfer carefully into cookie jar after cooled.


Not for sale & Not for orders.. Just for export only hehehehe


Wednesday, August 17, 2011

AIR BARLI

ASSALAMUALAIKUM...

Hehehe.. jgn marah ek.. nak tayang air petang2 gini.. Kang ada yg meleleh, sila tutup mata ya.. hehe


Ni lah Air Barli yg sangat sedap! Biasanya K.Nor tak suka minum Air Barli tp bila buat guna resipi Rabiatun ni.. fuhhhh.. sangat sedap! Bila diblend sebahagian dr barli yg dah kembang tu, air tu jd pekat sket tak la cair saja2. Memang syok tambah lagi ada 'telur katak' dalam tu.. hehe. 

Banyak khasiat Air Barli ni kan, antaranya menyejukkan badan, melawaskan sistem pembuangan air kecil, meningkatkan kesihatan buah pinggang, juga dikatakan boleh merendahkan kolesterol dan dapat mencegah penyakit kanser.. Untuk org berpenyakit buah pinggang mmg elok diamalkan minum Air Barli ni.. ewahhh dah jadi penasihat pemakanan la pulak.. oh tidak.. sekadar berkongsi info hasik kerja mengooggle jer ya.. hehe.. Ok jom minum Air Barli.. Opsssss.. puasa kan.. Layan cuci mata aje la ya.. kalau teringin, sila buat sendiri hehe

Mekasih Tun, K.Nor share kat sini lak ya..


AIR BARLI
resipi : Rabiatun
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 peket barli @ 3/4 cawan ~ k.nor buat 1/2 cawan jer
1 jug air
gula secukup rasa
Ais
sedikit biji selasih yang direndam
3 helai daun pandan ~ k.nor tambah

Cara-cara
Cuci barli hingga bersih. Toskan.
Masukkan dalam periuk bersama air dan rebus sehingga barli agak kembang.
Bila dah kembang dan lembut, ambil 1/3 dari biji barli tersebut dan blend hingga hancur.
Masukkan balik barli yang diblend ke dalam periuk tadi. Jika nak banyak boleh tambah air.
Masukkan gula secukup rasa. Masak sekali lagi hingga gula hancur. Boleh juga dimasukkan gula dahulu baru diblend.
Sejukkan sedikit, barulah dituang ke dalam gelas dan letak ais dan juga biji selasih. Sedia diminum.

SIAKAP GORENG 3 RASA

ASSALAMUALAIKUM..

Sudah lama betul tak buat masakan 3 rasa ni. Bagi K.Nor ni lah masakan 3 rasa yg paling sedap. Tak kiralah samada ikan tu dikukus atau digoreng. Dua2 dah biasa buat dan dua2 sedap belaka. Tapi semalam bila tanya anak2 ikan ni nak digoreng atau dikukus, dia org nak yg makan yg digoreng. Jadi si tukang masak goreng aje la kan.. 

Memang licin ikan dipinggan kecuali tulang, kepala dan bahagian yg tak boleh dimakan la kan.. Memang sedap! Berselera jer tengok anak2 makan, si ayah mmg sentiasa berselera hehe

Jom tengok resipi Siakap Goreng 3 Rasa yg resipi asalnya Siakap Stim 3 Rasa oleh Chef NorZailina Nordin. Menu All Time Favorite K.Nor sekeluarga ni.. Soooooooo yummy!!


SIAKAP STIM 3 RASA
resipi : Norzailina Nordin
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan:-
1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi
1 btg serai ~ dihiris (ni k.nor tambah)

Bahan-Bahan Sos:-
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum ~ k.nor guna sos ikan
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis

Cara Memasak:-
Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
Kukus hinga ikan masak.
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.


## K.Nor skip bab mengukus tu sbb K.Nor buat versi goreng. Jadi lumurkan garam dan serbuk kunyit jer pada ikan dan goreng hingga masak/garing.

Tuesday, August 16, 2011

PUDING KEJU

ASSALAMUALAIKUM...

Buat lagi Puding Keju yg sangat sedap ni. Memang tiap kali buat tak puas makan. Hero bongsu mmg suka betul dgn Puding Keju, resipi AlongRoz tambah2 lagi kalau dah digandingkan dgn coklat. Sememangnya lagi la sedap.

Sebenarnya puding ni K.Nor buat secara mengejut jer, tak plan dari awal pun. Kebetulan sister nak dtg rumah jadi K.Nor buatkan Puding Keju ni utk dia bawak balik ke Puchong. Sebelum ni anak sdara K.Nor duk sound jer nak makan puding ni masa kat fb bila K.Nor share puding ni kat situ.

Seperti biasa, nak letak lagi sekali resipi tu kat sini ya Along. Jutaan terima kasih buat Along yg dah share satu resipi dessert yg sangat mabeles ni. 

PUDING KEJU
resipi : AlongRoz
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Saiz 8" persegi
BAHAN2:

13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
120g Gula
3 biji Telur
120-150g Biskut Cheese - blend halus
1 sb Tepung Kastad
400ml Susu Cair
200g Susu Pekat ~ utk 1/2 adunan k.nor letak 2 sudu besar jer
50g Mentega

CARA2:
1. Masak serbuk agar2 dgn air sehingga hancur. Kacau selalu.
Masukkan gula & kacau sehingga sebati.

2. Pukul telur sehingga rata & campurkan biskut & tpg kastad.
Masukkan susu & kacau sebati.
Tuangkan ke dlm adunan agar2 tadi & tutup api apabila mendidih.
Masukkan mentega sehingga sebati.

3. Tuang ke dlm tin/acuan & biarkan sejuk di suhu bilik.
Sejukkan sebelum di hidangkan.


* Utk bahan telur, biskut, susu cair, susu pekat dan tepung kastard.. K.Nor blend semua sekali dlm blender.
Bila dah tuang ke dlm adunan agar, adunan akan jd pekat dan hendaklah sentiasa dikacau hingga mendidih. Pastu padamkan api dan biarkan sebentar (sejuk sket), baru lah dituang dlm mould (kacau dulu hingga sebati sebelum menuang)


** utk menghasilkan Puding Keju (Lapis Coklat), bahagi dua adunan dan satu bahagian dimasukkan 1 1/2 sudu besar choc emulco/chocolate paste dan mix hingga sebati. Kemudian bolehlah melapis adunan tu secara selang seli.

MEE KARI

ASSALAMUALAIKUM..

Menu wajib di bulan puasa sudah tentunya mee pebret K.Nor sekeluarga iaitu Mee Kari. Memang sangat nikmat bila dapat berbuka puasa dgn Mee Kari tambah lagi bila semua bahan complete. Bagi K.Nor mee kari yg complete cukuplah dgn ada udang dan kerang.. itu dah sangat2 sedap. Sedap ni tak semestinya sama bagi anak tekak org lain kan.. hehe 


Jom layan Mee Kari.. Opsss... Tengok tu, dah siap posing bukan main lagi bila time nak hidangkan utk anak2 baru perasan terlupa nak masukkan kerang. Kena panaskan balik kejap kuah utk masukkan kerang. Jadi dalam gambar yg sempat ditembak ni tak ada kerang ya tapi yg realitinya mmg ada kerang.. Banyak pulak tu.. puas hati betul makan Mee Kari smlm.. Alhamdulillah....

MEE KARI
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:

isi ayam, udang, isi kerang
fish/chicken ball
4 - 5 sudu cili mesin
5 - 6 sudu besar rempah kari
5 tangkai daun kari
3 sudu besar kicap
4 liter air
1 - 1 1/2 cawan santan pekat
air asam jawa
1 kiub pati ayam
sawi
garam secukupnya
1/2 sudu besar gula
minyak

bahan dikisar:
3 bj bawang besar
5 ulas bawang putih
1in halia

bahan sampingan:
mee kuning secukupnya
telur rebus
tauhu ~ digoreng dan dipotong
taugeh ~ rendam sekejap dgn air panas dan toskan (jgn lama2 nanti lecur)
daun saderi ~ dihiris
bawang goreng ~ jika suka
cili merah/cili padi ~ dihiris
limau kasturi/nipis


Cara2:
Panaskan minyak dan masukkan cili mesin. Tumis hingga garing.
Masukkan bahan2 yg dikisar dan goreng lg.
Bila hampir garing, masukkan serbuk kari yg dibancuh dgn sedikit air hingga menjadi paste.
Masak seketika.
Masukkan 1 cawan dr sukatan air dan masak hingga pecah minyak.
Masukkan daun kari dan kicap.
Bila rempah dah pecah minyak dgn elok, masukkan air.
Masak hingga mendidih baru lah dimasukkan santan pekat.
Perlahankan api dan masak lg hingga mendidih.
Masukkan air asam jawa, kiub pati ayam serta garam dan gula.
Renihkan kuah lebih kurang 1/2 jam.
Asingkan 1/2 dr kuah utk disimpan dlm freezer (biarkan betul2 sejuk dulu).
Baki kuah yg 1/2 lg tu hendaklah diteruskan memasak dgn masukkan isi ayam.
Bila ayam dah empuk, masukkan udang, isi kerang, fish/chicken ball dan sawi.
Masak seketika lg hingga udang masak. (kaedah nak tau udang masak bila bahagian kepala dan ekor hampir nak bercantum)
Padamkan api.
Masukkan mee kuning kedalam mangkuk dan tuang kuah keatasnya.
Letakkan bahan2 sampingan dan mee kari sedia utk dimakan :)

* utk lebih sedap lagi, amik kepala udang dan rebus. toskan dan boleh la digunakan air tu. Kalau nak blend kepala udang dgn air tu pun boleh, lagi umph rasanya nanti :)
* k.nor lebih suka masukkan sawi kedalam kuah sbb kalau dicelur saja cam taugeh dan hidang asing2 gitu, biasanya anak2 tak makan. sekurang2nya kalau masukkan dlm kuah, zat sayur akan masuk dlm kuah :)

JOM MENIMBANG ~ WEEK 3

STICKY ENTRY
sila scroll down utk n3 terkini

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. dah masuk minggu ke tiga kita berpuasa ya.. Macamana, dah longgar belum pinggang seluar atau kain masing2? hehe.. ada yg makin ketat? Kalau makin ketat tandanya tak leh nak kawal nafsu makan la gitu kan.. Sepatutnya makin longgar sebab bulan puasa ni kita tak makan seharian di waktu siang. Jangan sampai time berbuka qadha makan berganda2 dah la ya.. 

Ok lah.. kita teruskan segmen kita yg dah masuk minggu ketiga, iaitu Jom Menimbang. Kepada yg nak join tengah2 jalan tu harap maaf la ya.. Kiranya cam tak adil lah pada mereka yg join awal2 lagi. Tak per.. insyaallah, andai dipanjangkan umur, K.Nor akan adakan lagi segmen ni pada bulan Ramadhan tahun depan. Mudah2an kita semua dipertemukan lagi dgn Ramadhan tahun2 mendatang utk merebut keberkatan yg Allah tawarkan sepanjang bulan Ramadhan utk hamba2Nya sekeliaan.. amin.. 

JOM MENIMBANG...

Credit to Uncle Google


** Bagi sapa2 yg nak kira BMI masing2 boleh check kat SINI atau kat SINI ya...  Tq Ayu dan Ilah :)

Related post : Jom Menimbang & Jom Menimbang Week 2