f Secubit Garam: AYAM BUMBU BALI

Sunday, August 14, 2011

AYAM BUMBU BALI

ASSALAMUALAIKUM..

Resipi asalnya adalah Daging Bumbu Bali tapi dek kerana smlm nak masak menu ayam jadi K.Nor tukarlah bahan utama dlm resipi ni iaitu daging kepada ayam. Pastu K.Nor edit situ sini sket utk menyesuaikan resipi tu dgn masakan menggunakan ayam dan ayam yg digunakan pulak tak la banyak sgt, dlm 1/2 ekor jer. Jadi kena lah olah sket kan bahan2 tu. Kat bawah nanti K.Nor akan letak resipi Ayam Bumbu Bali, resipi olahan dari resipi Daging Bumbu Bali yg sumber asalnya adalah dari Cindai Biru @ Myresipi dan K.Nor ambil kat rumah MamaHawa. Mekasih utk keduanya2 ya..


Eh.. lupa nak beritau, mmg sedap masakan ni. Berselera jer masing2 menjamu selera masa berbuka semalam. Lain kali nak try dengan daging pulak hehe..

DAGING BUMBU BALI
sumber : Cindai Biru@MyR, MamaHawa

500g daging (potong nipis, cuci bersih)
250ml santan tin
3 helai daun limau purut
2 sdb kicap pekat - ni mama letak lebih sedikit
*5 biji buah keras
*8 biji cili merah
*3 ulas bawang putih
*1 inci halia
*1 sdt kunyit serbuk
Garam dan kicap manis rasa
Minyak untuk menumis
Tomato dipotong 4 dan bawang besar potong bulat.

Kisar bahan yang bertanda * panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga naik minyak dan garing sedikit.
Masukkan daging, santan tin dan daun limau purut, kacau sebati dan biar hingga kuah agak pekat. Masukkan garam, kicap pekat dan kicap manis secukup rasa, gaul sebati.
Masukkan tomato dan bawang besar yg dipotong bulat. Kacau lagi dan angkat untuk hidangan.

~~~~~~~~~~~~

Ini resipi yg K.Nor olah..

AYAM BUMBU BALI
olahan dr resipi Daging Bumbu Bali, Cindai Biru@MyR
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu teh serbuk kunyit
5 biji cili merah *
3 ulas bawang putih *
3 biji buah keras *
1/2 in halia *  ~  (*diblend)
100ml susu cair
100ml air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar kicap manis
1 kpg asam keping
1 biji bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji tomato ~ dipotong4
1 biji cili hijau ~ dipotong serong
garam
gula
minyak

Cara:
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan.
Tumis bahan2 yg diblend hingga garing dan masukkan kicap pekat, kicap manis dan asam keping.
Masukkan juga susu cair dan air. Masak hingga mendidih dan masukkan ayam. Kacau.
Bila kuah hampir pekat, masukkan daun limau, garam dan sedikit gula. Kacau lagi.
Masukkan bawang besar, tomato dan cili hijau. Kacau sebati dan biarkan seketika.
Padamkan api dan sedia utk dihidangkan.