f Secubit Garam: AYAM GORENG NYONYA

Friday, August 5, 2011

AYAM GORENG NYONYA

ASSALAMUALAIKUM..

Tak nak cakap banyak boleh kan.. Dah blurr ni, tak ada idea nak mengarang. Resipi Ayam Goreng Nyonya ni dari dapur Ayu S'pore. Memang sedap, masa goreng ayam aje tu pun dah sedap baunya lagi lah bila digoreng dgn bahan2 lain spt daun kari, bawang besar dan cili padi. Tambah lagi ayam ni K.Nor dah perap awal, lagi terasa rempah tu mesra ke isi ayam.


Thanks Ayu, mintak izin ya Nor nak share kat sini pulak. Boleh dibuat lagi ayam ni nanti, insyaallah..

AYAM GORENG NYONYA
Sources:-From Citarasa Istimewa Berasaskan Ayam
sumber : Ayu S'pore
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:-
500g ayam -dipotong sederhana
8 biji cili padi -diketuk
1 biji bawang besar -dipotong bulat
1 sudu besar sos plum masam-(Ayu gunakn sos plum aje tak masam)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
sedikit daun kari
garam & perasa secukupnya
minyak - untuk menggoreng


Bahan Perap:-
1 batang serai*
4 ulas bawang merah* ~ k.nor letak 1bj jer 
3 ulas bawang putih*
2cm lengkuas*
sedikit halia *
(*dikisar halus)
1 sudu kecil sebuk kunyit
1 biji telur
1 sudu besar tepung jagung
sedikit garam

Cara membuatnya:-
Bersihkan ayam dan keringkan dengan kain.
Gaulkan dengan bahan perap hingga rata. Biarkan selama 20 minit
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan tos.
Panaskan minyak dan goreng bawang besar, cili padi dan daun kari hingga naik baunya.
Masukkan ayam, sos plum masam, sos tiram dan sos toamto. Kacau sebati.

Menu berbuka semalam, nasi lemak jer, yg digandingkan dgn Ayam Goreng Nyonya, Rendang Kerang, telur mata, timun dan salad tak lupa sambal nasi lemak.. Alhamdulillah..