ASSALAMUALAIKUM...
Hari ni nak tayang sejenis bubur yg biasanya sinonim dgn bulan puasa. Apa lagi kalau bukan Bubur Lambuk. Bubur lambuk memang femes kat Trg dan dah lama merebak ke Pantai Barat. Masih ingat lagi kalau zaman kanak2 dulu suka sgt bila tiba bulan puasa sbb dapat makan bubur lambuk yg surau dkt rumah K.Nor buat. Tiap2 petang selalunya bawak bekas ke surau dan bawak balik bubur lambuk yg diagihkan secara percuma oleh pihak surau kg. Sekarang ni dah tak ada lagi acara tu setelah org2 lama yg incharge atau yg memasak bubur tu semuanya dah pulang mengadapNYA. Skrg tak ada lagi org yg menyambung tradisi bulan penuh mulia ni lagi dah. Terasa rindu dgn suasana dulu tu..
Bubur Lambuk ni ada beberapa versi. Kalau di Trg ada yg versi lemak sbb diletak santan dan ada yg versi pedas sbb diletak lebih lada hitam dan budu. Tapi kedua2nya ada bahan yg sama iaitu isi ikan di dalamnya. Kalau versi Pantai Barat lebih kepada isi ayam atau daging kalau tak silap K.Nor. Bagi K.Nor, K.Nor sekeluarga lebih suka versi pedas dan kurang suka versi yg letak santan. Apapun terpulang pada selera masing2 kan. Kali ni K.Nor nak share resipi Bubur Lambuk yg selalu K.Nor buat tiap2 tahun. Kalau kebiasaannya hanya main campak2 jer tapi disebabkan ada permintaan utk resipi Bubur Lambuk (dari teman FB) jd K.Nor cuba la sukat apa yg K.Nor masak semalam. Selamat mencuba pada yg nak cuba Bubur Lambuk versi K.Nor dan semoga kena dgn selera ya..
BUBUR LAMBUK
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan :
1 cawan beras
8 cawan air
3 ekor ikan selayang ~ direbus dan diambil isi (lebih kurang 1 cawan isi ikan)
5 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
1 1/2" halia ~ dihiris btg mancis
2 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk
1 1/2 sudu besar budu
daun2 kg/daun kayu secukupnya
garam
Cara:
Ikan direbus dan diambil isinya kemudian ditumbuk hingga lumat.
Masukkan beras yg dah dibasuh bersih kedalam periuk bersama 8 cawan air. Masak hingga mendidih.
Masukkan bahan2 yg dihiris dan lada hitam yg ditumbuk.
Isi ikan tadi dibancuh dgn 1/2 cawan air hingga sebati dan masukkan ke dalam periuk bubur.
Masukkan juga budu dan garam secukup rasa.
Kemudian masukkan daun2 tadi dan masak hingga daun sedikit layu.
Padamkan api. Jangan masak hingga bubur terlalu pekat kerana apabila ia makin sejuk bubur ni akan menjadi bertambah pekat.
Hidangkan panas2.
*Jika nak jadikan bubur lambuk versi lemak, tambah aje santan ke dalam bubur lambuk yg dimasak ya. Sukatan tu terpulang kalau nak bubur lambuk yg pekat dan terasa benar lemaknya, lebihkan santan.
* daun kayu/daun2 kg ni biasanya terdiri dari pucuk paku merah (pucuk midin), daun kaduk, pucuk ubi kayu, ubi keledek, daun kesum, kangkung, daun munggal, daun cekur manis dan beberapa spesis daun2 lagi.