Wednesday, August 3, 2011

THE CARAS

ASSALAMUALAIKUM..

Semalam berbuka dgn Kuih Cara sbb masa duk sembang dgn geng2 di fb terlintas dlm kepala lama tak makan kuih cara berlauk. Kebetulan mmg ada inti daging dlm esbok ehh.. inti Turkish Pide yg mmg K.Nor buat lebih aritu jadi K.Nor plan nak guna inti tu jer la utk buat Kuih Cara Berlauk. Google punya google jumpa dgn pelbagai resipi tp lebih berkenan dgn resipi Ita ni sbb Ita guna sukatan cawan. 


Hasil dari satu adunan dapat banyak gak (jgn tanya sbb lupa nak bilang hehe). K.Nor asingkan sikit adunan utk buat Kuih Cara Manis sbb tau Luqman kurang suka kuih yg ada inti2 ni. Dah lama betul tak buat kuih cara. Loyang ada 3 patern, belimbing, bunga dan cermai. Yg bujur telur tak jumpa cari. Jadi utk Cara berlauk K.Nor guna patern bunga dan cara manis K.Nor guna patern belimbing. 


Mekasih Ita atas resipinya, Nor share kat sini lak utk memuudahkan kerja lain kali nak buat lagi.

KUIH CARA PANDAN
resipi : Azita@Rossitamz
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
2 cawan susu segar ~ k.nor guna 11/2 caw. air dan 1/2 caw. santan pekat
1 biji telur
½ camca teh garam
1 camca teh paste pandan
Gula pasir secukupnya - untuk filling
1 helai daun pandan - sebagai berus untuk menyapu minyak ke acuan

Cara-cara :
Satukan semua bahan ke dalam mangkuk kecuali susu segar. Masukkan susu segar sedikit demi sedikit sambil dikacau menggunakan whisk. Pastikan adunan tidak bergentel. Buat sehingga susu habis.
Panaskan acuan kuih cara ataupun acuan kuih baulu. Pastikan apinya sederhana sahaja.
Sapu acuan dengan sedikit minyak - gunakan daun pandan tadi.
Tuang adunan ke dalam acuan hingga agak2 penuh. Biarkan sekejap hingga bahagian tepinya kelihatan mula mengeras (warna bertukar dari hijau muda ke hijau pekat).
Sudukan sedikit gula dan tuang ke atas setiap kuih tadi. Tutup acuan dengan tudung periuk. Bakar sehingga masak, dalam lebih kurang 2 minit. Kalau nak garing, bolehlah dibakar lama sedikit tapi janganlah sampai hangus pulak...
Keluarkan dari acuan dengan menggunakan garfu. Siap!!


Petua utk mengelakkan kuih cara melekat bila acuan yg dah lama tak digunakan.
Basuh bersih2 acuan kemudian keringkan sekejap.
Panaskan atas dapur dgn api sederhana.
Bila acuan dah panas, masukkan minyak masak memenuhi lubang2 kuih (biar lebih sket dr paras lubang)
Panaskan lagi hingga minyak betul2 panas (jgn sampai berasap pulak ya)
Tuangkan semua minyak kedalam periuk kecil.
Panaskan kembali acuan seketika dan barulah dituang adunan kuih cara.
Bila dah masak batch pertama, ulang sekali lagi kaedah tadi (ini utk memastikan acuan betul2 tak melekat)
Lepas tu bolehlah teruskan memasak kuih cara hingga habis adunan (kalau nak guna daun pandan sebagai berus utk sapu sedikit minyak pun boleh)