Tuesday, August 23, 2011

IKAN PARI MASAK HIJAU

ASSALAMUALAIKUM...

Mula2 nak cakap dulu ni.. PARI MASAK HIJAU ni adalah menu tertunggah.. bukan lama pun, dua hari lepas. Seperti kebiasaan dlm bulan Ramadhan ni K.Nor post 2 entri jer sehari kan.. jadi smlm sepatutnya dah post entri menu ni tp disebabkan bg laluan pada Segmen Jom Menimbang pastu utk entri kedua dah tayang Lala Masak Serai, jadi mood nak menghapdet pun dah lari ler.. Tambah lagi bila dah nak akhir2 Ramadhan ni, makin ler bertambah2 kebiziannya tu. Bukan sebab banyak mengukis pun.. tak buat satu kukis pun lagi minggu ni. Cuma sempat mengetart nenas jer hari Jumaat baru2 ni. Tu pun dah tinggal suku jer dr yg dapat.. hehe.. agaknya kena buat lagi Tart Nenas tu kut.. bukan kes nak beraya sgt tp kes tukang masak ni yg antu Tart Nenas hehe...


Ok la ya.. Kita layan menu tertunggak ni, Pari Masak Hijau, resipi dari rumah Ayu S'pore yg dah berulang2 kali K.Nor buat sbb mmg sedap. Anak2 K.Nor pun mmg suka dgn rasa masakan ni. Thanks ya Ayu for sharing.. :)

IKAN PARI MASAK HIJAU
sumber asal :  Ayu
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan:
2-3 ekor anak ikan pari-dibersihkan, potong, gaul dengan kunyit & garam.
1 sudu besar bawang putih kisar
2 sudu besar sambal belacan
3-4 batang daun kari
3 batang cili hijau dihiris ~ k.nor tumbuk kasar
1-2 sudu kecil serbuk lada hitam
garam & serbuk perasa secukupnya
5 - 7 bj cili padi ~ dihiris (yg ni k.nor tambah)


Cara:
Campurkan bawang putih, serbuk lada hitam, sambal belacan dan ketepikan. Panaskan minyak, goreng ikan pari hingga agak garing. Angkat, toskan dan ketepikan. Kurangkan minyak kalau gunakan minyak gorengan ikan tadi. Masukkan campuran, sambal belacan, bawang putih, serbuk lada hitam dan tumis hingga naik bau. Masukkan lada hijau dan daun kari, kacau rata . Masukkan sedikit perasa dan garam kalau necessary dan gaul rata. Masukkan ikan pari yang telah digoreng tadi dan kacau gaul rata. Biarkan sekejap hingga tumisan tadi sebati dan meresap dengan isi ikan. Matikan api. Siap untuk dihidang.

Sources:-From a cooking programme in suria channel