f Secubit Garam: JOM MENIMBANG ~ WEEK 5

Saturday, September 3, 2011

JOM MENIMBANG ~ WEEK 5

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah, Ramadhan dah sampai ke penghujungnya walau ada terselit rasa gembira dan sedih bercampur baur. Gembira bukan kerana nak beraya sgt, gembira sbb anak2 dapat mengerjakan ibadah puasa dgn sempurna tanpa meninggalkan satu hari pun (kecuali si anak dara tu biasa lah kan hehe). Yg sedihnya terasa cepat sgt hari berlalu dah 1 Syawal esok, terasa ingin teruskan berpuasa jer. Tak perlah.. kita teruskan dgn puasa sunat Syawal dan sunat Isnin Khamis pulak ya.. Dan sedih gak bila beraya tak cukup korum lagi ni walau ni tahun terakhir anakanda beraya di perantauan, insyaallah..

Ok lah.. tak leh nak pot pet panjang2.. kena pendek2kan aje.. Biasalah, sehari sebelum raya ni, teramat banyak kerja nak kena buat. Berbalik pd segmen Jom Menimbang yg dah masuk minggu ke 5 ni, biarlah dah ramai yg balik kampung, ramai yg bizi sakan pada hari terakhir Ramadhan ni, K.Nor masukkan jugak entri Jom  Menimbang, kut2 ada yg kelapangan utk menimbang kejap pastu masuk sini utk hantar report berat terkini. Mudah2an ada yg berkempatan lakukannya ya.. Insyaallah, minggu depan minggu last utk segmen ni, sbb nak tengok sejauh mana berat naik balik lepas raya akibat pulun sakan makanan time beraya hehe..


JOM MENIMBANG ~ WEEK 5

credit to mr google



SELAMAT HARI RAYA...