Friday, August 5, 2011

NEKBAT

ASSALAMUALAIKUM...

Tak plan langsung nak buat nekbat smlm. Mulanya nak buat puding yg Luqman request tp kebetulan pagi smlm terpaksa keluar secara mengejut dan balik pulak hampir pukul 2 ptg, telah membantutkan hajat nak memuding. Dengan panas dan penat mula la terasa males nak main masak2 kat dapur. Nasib baik menu berbuka dah plan yg mudah2 jer. Masak pun dlm keadaan paksakan diri.


Masa singgah pasar K.Nor beli nekbat kering. Mahal betul skrg ni nekbat. Kalau tahun lepas 8bj seringgit tahun ni dah jadi 6bj seringgit. Tahun dpn tak tau la macamana pulak. Beli lah jugak sbb ni adalah dessert kesukaan anak2. Nampak gaya kena godek sendiri kut nekbat kering ni.. haishhhh...

Nak buat Nekbat sira ni mudah jer, panaskan air dan masukkan daun pandan serta gula mengikut manis yg disukai. Bila air gula dah mendidih, masukkan nekbat kering dan biarkan nekbat tu kembang. Angkat dan simpan dlm bekas. Biarkan sejuk dulu barulah dimasukkan dlm peti ais. Hidangkan sejuk2 baru best. Bagi yg tak tau rasa nekbat tu macamana, sebenarnya nekbat kering ni tawar jer. Langsung tak ada rasa manis. Ia seakan bahulu gak tp tak ada rasa manis sikit pun. Sebab tu dimasak cara sira dgn air gula utk hasilkan Nekbat sira yg sedap. Kalau di negeri Kelantan dia org suka letak pewarna pd nekbat ni, ada yg berwarna oren dan ada yg berwarna merah kalau tak silap K.Nor dan ada gak yg tak berwarna spt yg K.Nor buat ni. Apapun Nekbat sira ni mmg kuih yg mudah dibuat dan yg hanya muncul di bulan Ramadhan aje.