Thursday, August 25, 2011

PENANG CKT

ASSALAMUALAIKUM...

All time pebret ni.. sampaikan masa sahur pun goreng lagi CKT ni sebab ada lebihan sket lagi paste CKT. Dapat lah 2 pinggan, satu utk si tukang masak dan satu lg untuk si suami tukang masak.. perghhhh sendat perut pagi2 hari sbb K.Nor ni jarang makan time sahur. Sekadar minum segelas air kopi dan 2 biji kurma. Kalau kebetulan ada roti, ngap gak la roti sekeping dua. Tapi bila ada lebihan paste CKT tu nak simpan pun tak berbaloi gak, sbb tak banyak mana pun. Lagipun masa berbuka tu rasa cam tak puas makan CKT yg dibuat, tu yg goreng lagi time sahur. Memang puas hati dpt makan CKT hasil tangan sendiri tp tak leh lawan original CKT Penang mari la kan.. hehe


Mekasih Iza, mmg K.Nor suka sgt dgn CKT yg dibuat dr resipi Iza ni..


PENANG CHAR KUEY TIAW
resipi : Che'iza
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan2:
* UTK PASTE *
200 gm udang
250ml air
4 ulas bawang putih di ketuk
6 sb sos tiram
3 sk kicap pekat
3 sb kicap manis
1 sk petis
2 sb pati ikan bilis / pati udang
2 sk garam (kalau sos tiram masin kurangkan 1sk)
1 sk gula

* UTK MEE *
300 gm kuey teow
1 sb cili boh
kerang
sedikit kucai & taugeh
2 biji telur

Cara-cara:
UTK PASTE- Rebus udang dgn air. Bila udang hampir masak, angkat udang dan ditoskan airnya. Air rebusan jgn buang....
Campurkan semua bahan utk paste dgn air rebusan udang tadi, reneh hingga menjadi paste yg agak pekat. Matikan api biarkan paste sejuk dan bolehlah simpan dlm fridge.

UTK MEE- Tumis lada boh hingga garing. Masukkan dlm 4sb paste td. Masukkan udang yg telah direbus td n kerang. Biasanya penang char kuey teow agak berkuah so letak sikit air dlm 1/2 cwn.
Air didih masukkan kuey teow, kucai, taugeh n kacau rata. Pecahkan telur, kacau dan bolehlah diangkat. Proses memasak kuey teow ni dlm 3-4 min sj, pastikan api kuat semasa memasak.
**Paste ni selalu depa guna tuk meniaga so udang yg direbus mmg depa pakai. Tapi utk kegunaan sendiri kalau tak nak rebus ngan udang pun boleh tp petis kena tambah lg, jd 1sb. Paste ni juga sepatutnya sudah cukup masin dan manisnya so tak perlu letak lg garam n gula masa masak buat kuey teow tp kalau rasa cam tawar leh adjust eh......