Monday, August 1, 2011

PUDING LONGAN

ASSALAMUALAIKUM..

Menu Ramadhan bermula sudah.. Utk hari pertama berbuka puasa di bulan Ramadhan 1432, K.Nor buat Puding Longan. Longan atau sesetengah org panggil Buah Mata Kucing kan.. Kesian kucing tak bermata, jadi K.Nor bg nama Puding Longan aje la.. Kebetulan ada buah longan dlm esbok pemberian sister K.Nor baru2 ni, K.Nor hasilkan puding yg sedap ni. Sejuk anak tekak makan time berbuka puasa gini.

Pada sesiapa yg ada buah longan@buah mata kucen tu silalah mencuba resipi mudah ni ya.. Tak perlu warnakan jika tak mau sbb K.Nor saja bermain2 dgn kaler tu. Nak bagi lebih ceria :)


PUDING LONGAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
5 gm serbuk agar-agar
2 1/2 cawan air
4 - 5 sudu besar gula pasir (ikut kemanisan yg disukai)
1/2 tin susu cair
200gm isi buah longan (lebih kurang 1 1/2 cawan) ~ blend dgn 1/2 cawan air
2 helai daun pandan

Cara:
Masak air bersama agar2 serbuk hingga larut dan masukkan gula dan daun pandan.
Masak lagi hingga mendidih dan masukkan susu cair.
Biarkan seketika lagi hingga keluar wap dan masukkan isi longan yg dah diblend halus kedalam periuk.
Masak sekejap (tak perlu hingga mendidih) dan padamkan api.
Biarkan sejuk seketika barulah dituang kedalam acuan yg disukai.

** utk menghasilkan puding yg berkaler spt yg K.Nor buat ni, bolehlah ambil 1 cawan adunan puding dan warnakan dgn pewarna yg disukai. Kemudian bolehlah meletakkan berwarna dahulu ke dalam acuan, biarkan sejuk/mengeras sedikit barulah dimasukkan adunan plain.



Yang ni versi adunan plain dimasukkan terlebih dahulu ke dalam acuan kemudian baru dimasukkan adunan berwarna. Terpulang pada citarasa masing2. Kalau tak nak buat berlayer mcm ni pun tak mengapa.