f Secubit Garam: PUDING TAUHU

Friday, August 12, 2011

PUDING TAUHU

ASSALAMUALAIKUM...

Rasanya dah ramai yg tau dan merasa keenakkan Puding Tauhu ni kan. Rata2 yg baru mencuba tu mesti buat ayat, rugi tak buat awal2.. Gelak jer K.Nor bila baca. Tu lah... dah cakap puding tu sedap, tapi tak nak buat. Ada gak yg nak buat tapi tak terbuat kes tak confident nak buat guna agar2 tali kan. Memang resipi ni dah bertahun2 K.Nor buat, dulu2 mmg org tak expose lg dgn agar2 serbuk dan mostly resipi guna agar2 tali. Jadi bila akhir2 ni agar2 serbuk dah menguasai pasaran dan banyak resipi menggunakan agar2 serbuk, K.Nor cubalah mengejjas resipi asal Puding Tauhu kepada penggunaan agar2 serbuk. Lagipun memudahkan kerja bila guna agar2 serbuk ni kan, cepat jer larut jadi proses membuat puding jadi lebih cepat dan mudah.


Puding Tauhu ni adalah dessert utk berbuka semalam. Memang syok layan puding gini time berbuka.. sejuk jer masuk anak tekak. Disyorkan kalau nak buat puding ni, buat lah awal2 sket supaya ianya cukup sejuk utk dimakan time berbuka. Jom layan resipi Puding Tauhu versi agar2 serbuk ni.


PUDING TAUHU 
resipi original: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
utk puding:
1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket
6 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
secubit garam
1 helai daun pandan

utk kuah:
1 tin laici
1 tin air (guna tin laici sebagai penyukat)
3 - 4 sudu besar gula

Cara:
utk buat puding:
Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.
Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api. Biarkan hingga suam.
Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai.
Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidankan.

Utk kuah:
Asingkan laici ke dalam bekas berasingan dan siat2kan sedikit.
Masak air laici bersama 1 tin air dan gula hingga mendidih.
Biarkan sejuk
Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan betul2 sejuk sebelum menghidang.

Cara menghidang:
Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yg disiat tadi.
Tuangkan kuah dan puding sedia utk dimakan.

* puding ni boleh juga kalau nak dimakan dgn fruit coktail, cuma gantikan laici tu dgn fruit coktail ya.. bahan2 utk kuah tu yg lain2nya boleh guna sama cam dlm resipi.