f Secubit Garam: RENDANG KERANG

Wednesday, August 3, 2011

RENDANG KERANG

ASSALAMUALAIKUM...

Tak semestinya raya jer boleh atau baru nak buat lauk rendang kan. Tambah lagi kalau dlm bulan puasa gini lg la syok kalau buat rendang, boleh beli ketupat palas atau lemang utk dimakan bersama rendang tu. Sangat sedap tu.. Tak makan nasi tak per dah.. hehe


Ni menu berbuka K.Nor semalam, Rendang Kerang, selain dr Ikan Selar Goreng Love Style tu. Jom la layan resipi Rendang Kerang K.Nor style ya.. (td dah Love style, kali ni K.Nor style la pulak hehe)

RENDANG KERANG
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan isi kerang
2 sudu besar cili mesin
4 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 in halia *
1/4 in lengkuas *
1/2 in kunyit hidup *
2 batang serai * ~ (* diblend halus)

1 sudu besar rempah gulai ~ kalau tak ada boleh guna rempah kari
1/2 cawan santan fresh/pekat
1 cawan air
2 keping asam keping
2 sudu besar kerisik
1 - 2 helai daun kunyit ~ dihiris halus
1 helai daun limau purut ~ dihiris halus
garam
gula
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumiskan cili mesin hingga garing.
Masukkan bahan2 yg diblend dan digoreng lagi.
Masukkan rempah gulai dan sedikit air.
Goreng lagi hingga pecah minyak dan masukkan air dan santan fresh/pekat.
Biarkan hingga mendidih sambil sesekali mengacau supaya tidak naik kepala.
Masukkan asam keping dan renih kuah hingga hampir pekat.
Kemudian masukkan daun kunyit dan daun limau purut serta garam dan gula secukup rasa.
Gaul dan masukkan isi kerang.
Masak seketika lagi dan terpulang jika suka kuah yg pekat/kering atau sederhana pekat.
Angkat dan hidangkan dgn nasi putih dan juga sedap dicicah dgn lemang atau ketupat.