Wednesday, August 31, 2011

SALAM AIDILFITRI...

Sticky Post

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. tinggal 3 hari jer lagi ukita semua nak sambut Hari Raya Aidil Fitri, insyaallah.. Terasa sayu jer nak melepaskan Ramadhan pergi, bukan K.Nor jer yg terasa gitu, Luqman sendiri yg duk ulang2 jer cakap dua tiga hari ni.. mak, adik sedih la.. puasa dah nak abis.. ermm... bukannya dia cakap dia seronok sbb nak beraya tak lama lagi padahal dia masih dlm usia kanak2 lagi kan.. Nak buat macamana, bukannya boleh ditahan2 kepergian bulan Ramadhan, bulan yg mulia lagi penuh keberkatan tu.. Mudah2an kita semua dipertemukan lagi dgn Ramadhan tahun 1433H


Di kesempatan ini, K.Nor nak memohon ampun andai ada silap salah dalam berkata2, membalas komen, terlebih gurau senda, kut2 ada yg terasa hati, halalkan juga mana2 resipi yg diambil dr mana2 dapur tanpa keizinan (insyaallah akan sentiasa diletak backlink) dan kalau ada yg menghantar barangan/parcel kepada K.Nor dan tidak mendapat balasan dr K.Nor atau dibalas dgn barangan yg tak seberapa tu.. K.Nor harap2 maafkan atas kelemahan dan kekhilafan K.Nor ya.. Yg baik2 tu semuanya datang dari Allah juga manakala yg tak elok tu atas kelemahan diri K.Nor sendiri.

Semoga ukwah yg dibina akan diberkati Allah dan akan terus kembang mekar walau hanya di alam maya sahaja. Sudi2kan angkut kad raya alam maya sebagai ingatan tulus ikhlas dari K.Nor.. terima kasih..

Kepada yg nak balik kampung tu, hati2 semasa memandu, semoga selamat sampai ke tempat yg dituju dan semoga selamat juga kembali ke rumah kediaman masing2 selepas sambutan raya nanti.. Semoga kita berjumpa lagi selepas raya ni.. Dan buat yg join segmen Jom Menimbang, jgn lupa utk menimbang dan tinggalkan berat timbangan anda samada kat entri ataupun kat fb ya.. Masa raya tu, jgn pulun banyak2.. kang berat melebihi dari sebelum mula puasa aritu.. hehee


~~~~~~~~~  *X*  ~~~~~~~~~

K.Nor juga ingin mengambil peluang menggantungkan kad dari teman2 blogger yang lain, dengan ucapan terima kasih atas persahabatan yg terjalin selama ini.. dan Selamat Hari Raya dari K.Nor sekeluarga buat teman2 semua..