f Secubit Garam: SIMPLE SALAD WITH CAJUN

Tuesday, August 2, 2011

SIMPLE SALAD WITH CAJUN

ASSALAMUALAIKUM..

Salad ni buat utk dijadikan gandingan dgn nasi yg dimasak utk berbuka semalam. Untuk entri nasi tu akan dipost kemudian sket ya..


Resipi salad ni lebih kurang jer dgn resipi Salad Simple sebelum ni tapi diberi tambahan bahan lain iaitu cajun. Yer.. cajun.. demam cajun tak kebah lagi ni, dah terbawak2 sampai bulan puasa.. hehe.. Benda ada dalam esbok kan, so kita pelbagaikan lah penggunaannya. Bila diletakkan dalam salad ni, memang terasa lebih enak salad bila dimakan. Aroma cajun tu sangat sedap, ratah aje salad ni pun best. Jom tengok resipi ya..

SIMPLE SALAD WITH CAJUN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 bj timun ~ dihiris/dipotong
1 bj tomato ~ dipotong dadu
1/2 batang carrot ~ dihiris nipis/dipotong dadu
1/3 bj capsicum hijau dan merah (optional) ~ dipotong dadu
3 - 4 sudu besar mayonis
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk kasar
1/2 sudu teh cajun
sedikit daun ketumbar ~ dihiris
sedikit perahan lemon/limau nipis/limau kasturi
secubit garam

Cara:
Masukkan semua bahan2 ke dalam sebuah mangkuk.
Gaul hingga sebati.
Masukkan ke dlm peti ais sehingga nak dihidangkan.
Taburkan dgn sedikit serbuk lada hitam dan cajun semasa nak menghidang.