ASSALAMUALAIKUM...
Alhamdulillah... Tak tau nak cakap, mmg happy sangat akhirnya dpt gak buat sendiri Yong Tau Fu. Hishhh padahal mudah yg amat jer. Punyalah selama ni jakun dan blurr tak tau nak beli bahan2 utk YTF ni tau... hehehe.. Sebenarnya kan, ni citer benar, yg benar semata2 tarak tipu punya.. (bulan puasa mana boleh main tipu2.. eh. bulan tak puasa pun K.Nor tak main tipu2 gak.. tak suka amalkan perbuatan menipu ni.. cukup pantang bila org suka menipu dan K.Nor cukup tak suka bila anak2 menipu.. Sejauh mana nak menipu si ibu kan, Allah tu maha kaya, sembunyikan lah sejauh mana pun, DIA akan tetap menyampaikan apa yg disembunyikan atau ditipu pada si ibu tadi, cuma lambat atau cepat atau dengan cara mana sekalipun si ibu akan tetap tahu, kerana 'mata' si ibu ada di mana2.. Lambat laun ada lah yg akan menyampaikan berita perilaku anak2 pada si ibu.. kan.. Ni lah yg selalu K.Nor pesan kat anak2.. ehhhhhhhh.. dah tersasar dr posting arini la.. hehehehe.. kita balik ke pangkal jalan ya.. jom :)
Sebenarnya hanya 2x jer K.Nor pernah makan YTF ni tau. Sekali tu masa kat Cameron Highland (jauh tu.. walhal dlm KTrg ni bukan tak ada org jual hehe) dan kali ke2 kat Kota Bharu.. haa.. semua luar dr negeri Terengganu hehee.. Kalau kat pasar malam tak pernah beli sbb K.Nor jarang2 sangat ke pasar malam. Kadang2 dalam setahun tak pernah pergi sekali pun. Bukan jenis suka ronda2 pasar malam. Makan kat kedai pun jarang2 jugak dah sebab hari2 masak... ehhh tersasar lagi.. hehee..
Bila Ika tayang YTF dia minggu lepas, punyalah teringin sungguh nak makan YTF. K.Nor sebenarnya tak tau nak beli apa sebagai bahan2nya tu. Duk tenung jer dalam pinggan Ika tu apa bahan2 yg dia guna, pastu google kat tenet, tengok gambar2 YTF yg org lain post. Pastu masa ke gergasi baru2 ni, K.Nor gi dgn anak2. Pastu tanya Aisyah nak makan YTF ke tak (anak dara tu mmg suka gak YTF hehe) dia kata nak, jom kita cari bahan2 dia nak mak.. ermmm.. terus jer tengok bahan2 dlm peti tu sambil tanya salesgirl yg duk bahagian menimbang. Bila tanya dia cakap betul la tu, ramai org beli bahan2 dlm peti tu utk buat YTF. K.Nor dan Aisyah pun pilih la bahan2 yg ada dalam peti sejuk tu. Seronok pulak rasa nak buat YTF ni hehe
Pagi semalam sambil siang2 ayam, K.Nor buat la kuah YTF ni.. Wehh.. syoknyer bau.. Bila petang tu masa duk mencelur sayur dan bahan2 lain dalam sup resipi Ika, anak dara masuk dapur. Bukan main suka dia bila tau K.Nor buat YTF.. Time berbuka, wahhhhhhhh lagi la syok dpt makan homemade YTF dgn sup Ika yg sedap tu.. Mudah giler buat YTF rupanya ya.. hihihi.. tu la.. selama ni kalau buat kan syok, dah lama dpt makan homemade YTF.. heheh.. Mekasih kepada Ika yg membuatkan K.Nor teruja nak buat YTF dan terima kasih pada Minami yg berkongsi resipi kuah YTF kat MyResipi... (uishhh panjangnya karangan !! haha)
KUAH YONG TAU FU
Resepi Asal: MINAMI MyR
sumber : Ika@Arah & K.Nor
Bahan:
10 tangkai cili kering>>Yg ni kita lebihkan
gula melaka atau kurozato >>yg ni anggaran kita 3 atau 4 sudu besar gula melaka yg dah dihancurkan
bijan goreng
gula(kalau kurang manis) >>Lebih kurang 1/2 sudu besar
1 s.k garam
3 cm belacan >>Belacan ni kita blend sekali dgn lada kering yg dah digoreng td
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air >>yg ni terpulang
sedikit ajinomoto ~ k.nor tak letak
Cara:
Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.
Untuk kuah sup pulak kita guna resepi yg biasa kita gunakan, resepi dr sorang kawan cina kita kat sini :-)
KUAH SUP
Resepi Asal : Arah
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
1000ml air
15 ekor ikan bilis siang bersih buang kepala sume
5 atau 6 ulas bwg putih tak yah kopek kulit, basuh..
1 labu bwg sederhana besar
Leek tak masukkan pun tak pe
Kicap cair
Garam
Gula
Secubit atau 2 cubit stok ayam
Lada sulah
Cara:
Rebus ikan bilis, bwg segala bwg td hingga mendidih... agak2 dah lama sikit.. tapis dan ambik airnyer.. Kemudian masukkan kembali kedalam periuk td dan tambah dgn kicap cair, garam, gula dgn stok ayam td, perasakan mengikut selera masing2..
Boleh digunakan untuk celur bhn2 yong tau fu di atas tadi atau dgn wantan :-)
Rebus ikan bilis, bwg segala bwg td hingga mendidih... agak2 dah lama sikit.. tapis dan ambik airnyer.. Kemudian masukkan kembali kedalam periuk td dan tambah dgn kicap cair, garam, gula dgn stok ayam td, perasakan mengikut selera masing2..
Boleh digunakan untuk celur bhn2 yong tau fu di atas tadi atau dgn wantan :-)