Friday, September 30, 2011

KEK LAPIS CHEESE PERSONA

ASSALAMUALAIKUM..

Akhirnya terlaksana gak nak buat kek delay ni.. Betul la tu, bukan flight jer delay, nak mengekek pun delay gak.. Dah beli bahan2 nak buat dari hari Selasa kalau tak silap tp tak buat2 gak. Sebenarnya kek ni K.Nor buat semalam biar ia bertapa lama sket dlm esbok. Saja buat awal2 utk makan petang ni. Ni pun baru jer lepas adegan potong dan shooting. Abis shooting jer terus ngap.. Alahai.... mmg nyaman sungguh!! Memang berbaloi la mencuba. Enak sungguh rasa biskut marie perisa kopi yg K.Nor guna ni bila digandingkan dgn adunan cream cheese.. K.Nor beli 2 paket biskut tu tp dek tak nak menjadi penternak lemak yg berjaya sangat lepas puasa ni jadi K.Nor buat 1/2 adunan jer. Anak dara tak stop makan sbb sedap sangat2 ler tu. Puas hati betul buat kek ni walau agak cerewet masa nak sapu ratakan adunan cheese pada biskut. Biskut tu mudah jer nak 'ikut' masa kita sapukan adunan cheese. Rupa tak cun sangat la ni sbb silap teknik melapis. Sepatutnya susun biskut tu mcm susun batu bata wat rumah tu kan. Baru cantik lapisan tu.. Erm.. belajar dari pengalaman dan kesilapan.. tu yg terbaik.. 


Resipi asal dari anak muda hensem dari Miri yg sekarang ni dah jadi DJ radio. Dia juga adik pd blogger yg tak asing lagi Hasuriah@Mek Mukah.. hehee Ada yg tak kenal Mek Mukah ni ke? Alaaa.. Bonda pada dak Zhariff yg mata ala2 org Korea nun.. Sorang pekebun jaya.. tokey labu jugak kan.. ermm.. sebut bab labu ni sensitip sket.. ada yg majuk lak nanti hihihihii..

Mekasih ya Ryo, mmg puas hati la try resipi KEK LAPIS CHEESE PERSONA ni.. mmg teramat mempersonakan anak tekak K.Nor sekeluarga ketika menikmatinya tadi.. K.Nor guna biskut marie perisa kopi, kebetulan masa intai2 kat rak biskut tu nampak yg perisa kopi.. Best bila guna perisa kopi ni, mcm makan tiramisu jer.. K.Nor mintak izin ya, nak letak resipi tu kat sini lak.. Tq ya.. :)
Yg tak 'berdiet' tu.. sila la ya.. jgn segan2 hehehe..

KEK LAPIS CHEESE PERSONA
resipi : Ryo@Ryoazhar
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2: (Saiz 9x9)
A:
2 bungkus biskut marie perisa coklat-lebih kurang 600 g (ryo guna jenama LEE)
500 ml susu segar,dipanaskan

B:
500 g cheese cream (Philadelpia/Tartura)
10 ml susu segar
1/2 cawan gula halus

Caranya :
Satukan cheese dan gula halus,pukul sebati
Masukkan susu segar sedikit demi sedikit,jangan sampai adunan terlalu cair
Pukul lagi hingga kembang dan sebati,ketepikan
Sediakan bekas yang di alaskan terlebih dahulu dengan plastik/kertas minyak/baking paper.
Panaskan susu segar,padamkan api.
Ambil sekeping2 biskut dan celup ke dalam susu (suam2 panas)..terus susun dalam bekas..(Celup 1 saat je taw)
Pastu sapukan adunanan cheese di atasnya,ratakan
Ulang proses melapis biskut,kemudian sapukan lagi adunan cheese tadi
Ulang proses melapis hingga habis,biarkan lapisan cheese di atas sebagai lapisan terakhir.
Kemudian,kisar baki biskut yang ada,taburkan dengan cara menapis serbuk biskut tu dia atas lapisan cheese.(Kalau pakai jenama LEE,boleh ramas2kan je dalam penapis tu..jadi serbuk lah ia..)
Tekan2 sikit permukaan tu..masukan dalam peti sejuk,biarkan selama 6 jam sebelum dipotong.


Thursday, September 29, 2011

RENDANG TOK (MAS)

ASSALAMUALAIKUM...

Ampun ya .. seharian tak mengentri smlm.. Banyak sangat hal yg terjadi yg buat mood nak hapdet ntah kemana. Dengan kes ciplak entri, ciplak gambo2 masakan yg sentiasa menjadi NEVER ENDING STORY.. juga kebizian dan keletihan bila pangku jawatan Menteri Pengangkutan lagi.. Ditambah lagi sang hero bongsu bawak balik senarai barang2 yg perlu dibawa ke skolah hari ni (utk camping pengakap 3 hari bermula hari ni). Macam2 dlm senarai, macam la dapur atau rumah mak dia ni kedai runcit.. adehhh...


Kesian Mas duk tunggu K.Nor post entri Rendang Tok, resipi MIL dia tu. Maaf ya Mas.. flight delay sket.. hehe.. Rendang ni K.Nor buat minggu lepas lagi dah tp masa tu tengah amik MC dr blogging tu yg duk diam2 dlm fail. Rasanya ni kali ke2 K.Nor buat Rendang Tok dan bagi K.Nor rasanya sangat la sedap! Lupa nak posingkan rendang tu dgn ketupat palas. Selain makan dgn ketupat, rendang ni juga sedap dimakan dgn nasi. Eh.. K.Nor main ratah2 jer tu Mas.. lagi syok.. ^__^

Kalau tengok rendang ni hancur dagingnya kan. Tu disebabkan K.Nor guna daging yg dah hancur/disiat2kan. Hasilnya tersangat lah sedap.. memang rekomended! Maceh ya Mas, mmg best resipi Rendang Tok MIL Mas ni.. Ucapkan terima kasih dan salam buat dia ya.. :)


RENDANG TOK
resepi : MasDuniaku
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :

1 kilo daging lembu - Mas guna daging cincang
santan dari sebiji kelapa - agak tuang sampai daging tu tenggelam
2 sudu besar kerisik - boleh tambah jika perlu
2 sudu besar gula merah - boleh tambah jika perlu
2 sudu besar membumbung serbuk kari daging - boleh tambah jika perlu
kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, bunga lawang
1 biji bawang besar - hiris 2 nipis
1/4 inci halia - hiris2
1 helai daun kunyit - hiris
garam secukup rasa

Bahan tumbuk :
1/4 inci halia
3 ulas bawang putih
1/4 inci kunyit hidup
1/2 inci lengkuas
2 batang serai - hiris2 dulu

Cara memasak :
Gaul sebati daging, bawang besar yang dihiris2, bahan2 tumbuk, halia yang dihiris2,daun kunyit, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kulit kayu manis, gula merah, kerisik dan serbuk kari, jika nak lebih sedap, perap dulu selama 1 jam.
Masukkan kedalam kuali bersih, tuang santan hingga daging tenggelam, kacau sebati.
Buka api perlahan dan biarkan mendidih, masukkan garam secukup rasa dan masak hingga rendang kering. Semasa memasak imbangkan rasa kerisik, serbuk kari dan gula merah tu supaya seimbang.....gelap rendang tok tu bergantung pada kerisik dan gula merah....jadi kena pandai seimbangkan....masak hingga rendang tok kering, boleh juga lembab jika suka dengan api perlahan dan sentiasa kacau rendang tu.
Sedap dimakan dengan nasi panas, roti atau pun pulut...

Tuesday, September 27, 2011

GARLIC FISH

ASSALAMUALAIKUM...

Resipi dari Mas@Duniaku.. Mekasih ya Mas, mmg sedap. (kena lebihkan cili tu utk tambah lagi kesedapan ikan ni..) Ratah aje pon sodap... Tambah lagi talapia tu digoreng garing2...  Tq Mas, K.Nor share kat sini lak ya resipi tu..


GARLIC FISH
resepi : MasDuniaku
sumber : K.Nor @SecubitGaram

Bahan :
1 ekor ikan talapia
garam secukup rasa
sedikit lada putih
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
minyak secukupnya untuk menggoreng ikan
Cara memasak :

Talapia dibersihkan dan diperap dengan asam jawa @ jus limau nipis ( boleh letak daun dan batang kesum @ daun pisang yang diramas2 dalam rendaman keli tu sekali ) dan sedikit garam selama 5 minit untuk hilangkan hanyir, cuci bersih dan perapkan sekali lagi dalam 5 minit dan cuci kembali dan toskan.
Lumurkan talapia dengan garam dan serbuk lada putih hingga rata .
Satukan tepung gandum dan tepung jagung dan salutkan talapia dengan campuran tepung tadi.
Goreng talapia hingga garing dan masak.
Angkat dan toskan.
Letak dalam pinggan hidangan.

Bahan Sos :
1/4 cawan sos tiram Maggi
3 sudu besar sos plum
sedikit kiub ikan bilis
1 sudu kecil madu - tak letak pun tak pe
4 ulas bawang putih - cincang halus
cili padi - ikut pedas dicincang halus
1/2 biji bawang besar - potong bulat2
1 tangkai daun bawang - potong2
sedikit gula dan garam jika perlu
sedikit air panas
Cara memasak :

Tumis bawang putih dengan api perlahan hingga wangi dan masukkan bawang besar, cili padi, kacau sebati.
Masukkan sos tiram dan sos plum, kacau lagi, kemudian masukkan sedikit air panas , madu, sedikit gula dan kiub ikan bilis, kacau lagi.
Rasakan dan jika ok masukkan daun bawang, kacau sebentar dan tuang sos atas talapia tadi.
Sedia dihidang...


Monday, September 26, 2011

LYCHEE PANNA COTTA

ASSALAMUALAIKUM..

Dessert yg direquest oleh hero bongsu yg tak sihat baru2 ni. Lychee Panna Cotta, salah satu dessert kegemaran dia. K.Nor doublekan adunan supaya dia dapat makan puas2. Alhamdulillah.. dia dah pulih skrg ni dan selera makannya dah kembali normal dan tak muntah2 lagi..


Sebenarnya tak ada mood nak pot pet panjang2 sbb mcm2 kes terjadi akhir2 ni pada blogger masakan yg sekadar di pinggiran ni. Resipi panna cotta ni pun salah satunya dr kes yg terlibat.. Kalau ikutkan banyak lagi resipi dr SecubitGaram yg 'terkena' tp malas lah nak kecoh2.. Memang amat memahami bila K.Nuridah ( juga di SINI), Ayu, Nadz, Mimi dan ramai lagi terkena perkara yg sama.. namun sapalah kita kan.. 

Idea membentuk bunga pada laici ni datang dr entri AlongRoz baru2 ni yg mana asalnya dari Ida@Sunkist MyR .. Tq ..


LYCHEE PANNA COTTA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 tin laici
2 cawan susu low fat/full cream
2 sudu besar gula
3 sudu kecil gelatin ~ K.Nor guna gelatin halalgel
3 1/2 sudu besar air
1 /2 sudu teh esen vanila
1 paket jelly strawberi

Cara:
Ketepikan 5 - 6 biji laici. Blend lebihan laici bersama dgn 1 cawan jus laici.
Blend sampai betul2 halus dan tapis. Ambil air dan ketepikan.
Masukkan gelatin ke dalam mangkuk berisi 3 1/2 sudu besar air dan biarkan ia mengembang.
Masukkan susu, gula dan air laici yg ditapis tadi ke dalam periuk.
Masak hingga hampir mendidih dan hendaklah sentiasa dikacau.
Padamkan api dan masukkan vanila dan gelatin yg dah kembang tadi.
Kacau hingga sebati dan gelatin larut.
Biarkan sejuk, baru lah dituang ke dalam gelas.
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 3 jam.
Masak jelly mengikut arahan di kotak dan biarkan sejuk.
Tuangkan ke atas Lychee Panna Cotta perlahan2. (pastikan jelly dah sejuk dan panna cotta dah membeku/set supaya jelly tak tenggelam ke dalam panna cotta)
Masukkan kembali panna cotta ke dalam peti ais dan biarkan sejuk.
Hiaskan dgn hirisan laici sebelum dihidangkan.

* laici yg diblend bersama jus laici td akan menghasilkan lebih kurang 1 1/2 cawanair laici selepas ditapis.




Friday, September 23, 2011

AYAM BLACK PEPPER

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni kan.. tersangaaaaaaaaaaaaaaat lah lemaunya nak hapdet. Nak belek gambo.. nak edit gambo.. punya la mood tarak.. tengok aje gambo ayam ku ni.. langsung tak bermekap.. ish.. ish.. ish.... makin teruk rasanya mood nak blogging.. haishhhhhh.........  kena amik cuti ke? Rasanya kalau amik cuti lagi la teruk nak start balik lepas tu nanti.. adehhhhh........ tulun.. tulun............ cuti jer la deh.. utk dua tiga hari ni.. 


Jom layan menu ayam. Resipi dari blog Oh Malaysia, milik teruna dr Kemaman yg sedang study kat Aussie nun.. Utk makluman.. K.Nor ada edit tang sukatan bahan2 yg digunakan (K.Nor letak dlm warna merah ya..) sbb K.Nor masak 1/2 ekor ayam dan K.Nor tambah sedikit cili mesin dlm bahan2 yg ditumis, sbb lebih suka gabungan cili mesin bersama lada hitam. Maaf ya Amir, K.Nor dah memandai2 ejjas resipi Amir. Mekasih Amir, sedap masakan ni.. Bagi peminat masakan berlada hitam boleh la try resipi Amir ni ya...

AYAM BLACK PEPPER
resipi : Amir@Oh Malaysia
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan (utk 5 org):
5 ketul ayam (1/2 ekor ayam)
6 ulas bawang merah – ditumbuk (7 ulas ~ diblend)
2 ulas bawang putih – ditumbuk ( 3 ulas ~ diblend)
1 inci halia – dihiris
1 sudu besar lada hitam (1 sudu kecil serbuk lada hitam)
2 sudu besar sos tiram (3 sudu besar)
4 sudu besar kicap manis (7 sudu besar)
1/2 cawan air
2 sudu besar air bancuhan tepung jagung lupa nak letak :)
Garam dan gula (garam k.nor skip dan gula letak  1/2 sudu kecil jer)
Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan (perap ayam) (utk 1/2 ekor ayam yg k.nor buat)
2 sudu besar kicap manis (2 sudu besar)
2 sudu besar sos tiram (2 sudu besar)
1 sudu besar lada hitam (1 sudu kecil serbuk lada hitam)

Cara-cara
Perap ayam selama 30 minit. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.
Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.
(kemudian masukkan cili mesin dan tumis hingga garing)
Masukkan sos tiram, kicap manis dan air. Kacau hingga sekata. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung.
Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Siap untuk dihidangkan.


Thursday, September 22, 2011

EGG DROP AGAR-AGAR JELLY

ASSALAMUALAIKUM...

Resipi dessert dari dapur Anncoo.. cun kan.. K.Nor tukar sket kaler yg digunakan dari pink rose kepada kuning. Tq Ann, let me share the recipe here ok.. :)



EGG DROP AGAR-AGAR JELLY
source : Anncoo

1 packet (13g) Agar agar powder
1200ml Water
100ml Fresh milk
190g Sugar (can add up to 200-210g sugar if you prefer sweeter)
4 Pandan leaves (tie into knots)
1 Egg white + half egg yolk 

  • Method:
  • In a pot add 1200ml water, sugar and agar agar powder together and bring to boil. 
  • Keep stirring the agar agar liquid constantly until boil at medium heat, off heat . 
  • Discard pandan leaves, add a drop of rose pink colouring and stirring it for another 2-3 minutes. 
  • Measure 250ml agar agar liquid and 100ml of fresh milk together, stir well and pour into the silicone mould. 
  • Leave in refrigerator to set for 5-10 minutes. Using a small knife gently scratch the agar agar before adding the egg drop agar agar liquid on top. This method is to make the agar agar jelly sticks together 
  • Re-boil the remaining agar agar liquid with a small drop of rose pink coloring into it.(or add coloring after the egg drop) 
  • Beat egg until frothy and drop the beaten egg in a thin stream straight into the agar agar liquid and stir with a hand whisk in one direction. Remove from heat as soon as egg have been taken out and off heat. 
  • Gently pour all egg drop agar agar liquid on top of the white agar agar. 
  • Leave agar agar jelly to cool and place in the refrigerator for few hours before it is serve.

Wednesday, September 21, 2011

SOTONG GORENG BEREMPAH

ASSALAMUALAIKUM..

Satu lagi versi masakan sotong, insyaallah hasilnya menjilat jari.. Masakan ni ala2 kari pun ada, ala2 mamak pun ya gak kut.. ada kut tu sbb K.Nor ni bukan pengunjung setia restoran mamak. Apapun, silakan mencuba resipi mudah ni, jgn lupa nanti bagi feedback ya.. :)

Mesti heran ya, banyak betul kepala sutun dlm gambo ni... hehe sbb ni kepala sutun lebihan buat Ketupat Sotong baru2 ni.. :)

SOTONG GORENG BEREMPAH
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
500gm sotong
3 ulas bawang putih ~ dihiris
1 biji bawang besar ~ dihiris
1 in halia ~ dihiris
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar rempah kari *
1 sudu kecil serbuk ketumbar *
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih *
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis * ~ (* dibancuh dgn sedikit air hingga menjadi paste)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 biji tomato ~ dihiris
1 tangkai daun kari
1 biji limau kasturi
garam
gula
minyak

Cara:
Bersihkan sotong dan potong. Toskan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yg dihiris hingga wangi dan kekuningan.
Masukkan cili mesih dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan paste rempah dan daun kari. Kacau.
Masukkan pula sos tiram, kicap dan tomato.
Goreng lagi hingga pecah minyak atau garing.
Masukkan sotong, garam dan gula secukup rasa.
Masak hingga kuah menjadi sedikit kering dan bolehlah dipadamkan api.
Perahkan limau kasturi dan kacau rata.
Angkat dan hidangkan panas2.

*Air dari sotong akan menjadikan masakan sedikit berkuah sbb tu tak perlu masukkan sebarang air semasa memasak.


Yg telah mencuba ... tq.. :)


Tuesday, September 20, 2011

PUDING ROSE

ASSALAMUALAIKUM..


Ni lah dia Mas, hasil godekan ptg semalam bagi adegan menyelamatkan lebihan roti. Alhamdulillah.. percubaan menghasilkan puding menggunakan lebihan roti ni mendapat sambutan yg cukup baik dr ahli dalam rumah terutamanya hero bongsu. Berulang2 dia makan, tanda kena dengan selera la tu walau puding ni rupanya simple jer, tak ada belang2, tak ada layer2. Disebabkan nak memecah dara SM cun pemberian adik blogger yg duk jauh nun di ******* yg berbentuk bunga rose jd K.Nor create la satu resipi yg sehati sejiwa dgn bunga ros... chewahh.. ayat tuh.. sebenarnya dah puas pikir tak tau nak sebut apa ayat yg boleh digunakan.. hehe.. Yer la kan, dan mouldnya berbentuk bunga ros, kaler pink lagi, jadi K.Nor rasa, puding yg guna sirap rose la yg ngam kan. Bila sirap rose, kena guna kaler merah utk hasilkan puding kaler pink (mana ada pewarna pink! hehe)



Dengan resipi ni boleh ajer diolah menjadi puding lain spt puding marble, puding pelangi ataupun puding belang. Pandai2 lah campur dgn pewarna lain dan buatkan layer2 atau stail marble. Jangan lupa skip part sirap ros dan pewarna merah tu dan letak dgn pewarna yg disukai. Mudah aje kan.. Dari satu resipi boleh dipelbagaikan hasilnya nanti.. Insyaallah.. sedap!


Mas, nampak tak puding K.Nor pun berbintik2 ni, tak licin@mulus jer kan. K.Nor dah tau pasal apa puding Mas tempohari jadi gitu gak. Agaknya Mas bilas/basahkan dulu mould sebelum tuang adunan puding kan. Ni gak yg terjadi pada Puding Rose K.Nor ni .. hu hu... Ni gara2 tengok loyang tu cam berdebu jer jd K.Nor basuh la. Lupa pulak nak lap hingg kering sebelum tuangkan adunan puding. Jadi bila ada titik2 air pada mould tu yg menyebabkan puding jadi tak smooth ni. Sebelum ni tak pernah guna mould yg basah, kebetulan jer gi basuh mould rose sebelum guna. Ermmm... kan dah dapat satu pengajaran bila nak guna SM kan..  Berbintik2 jer puding ku, nasib baik rasanya sedap! ^___^  So take note ya.. Pastikan SM kita betul2 kering sebelum menuang adunan puding.. 




PUDING ROSE
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram


Bahan:

1 paket (10gm)  agar2 serbuk 

1 liter/4 cawan air
9 sudu besar gula 
4 keping roti (gardenia) ~ dibuang kulit
300 ml susu cair
1 biji telur (A)
2 sudu besar mentega
2 helai daun pandan
2 sudu besar sirap ros
pewarna merah


Cara:
Masak air bersama serbuk agar2 dan daun pandan sehingga agar2 larut kemudian masukkan gula.

Masak lagi hingga mendidih.
Kisar roti bersama susu cair dan telur hinggal halus.
Tuangkan ke dalam adunan agar2 tadi dan masak lagi hingga mendidih (jgn lupa buang dulu daun pandan)
Masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair dan sebati.
Masukkan sirap ros dan sedikit pewarna merah utk menaikkan warna bagi puding ini.
Tuangkan ke dalam loyang yg disukai.
Biarkan puding sejuk/mengeras sebelum dimasukkan ke dalam peti ais.
Bila puding dah betul2 sejuk, bolehlah dihidangkan.


*1 cawan metrik yg K.Nor gunakan menyamai 250ml cecair  (air/susu cair)


Ni lah rupa SM yg K.Nor gunakan utk buat Puding Rose ni, pemberian adik blogger yg jauh nun di ******.. Yg bawah tu pun berbentuk bunga ros gak tp kecik2.. sweet!! Mekasih banyak2 ya *****.. Semoga Allah membalas budi baik ***** dan melimpahkan rahmat dan keberkatan dlm kehidupan ***** bersama keluarga  serta memakbulkan segala doa2 yg dipanjatkan.. amin....



Monday, September 19, 2011

LALA SOS PEDAS

ASSALAMUALAIKUM..

Dah selalu sgt kalau beli lala dibuat Lala Masak Serai. Kali ni nak cuba stail lain pulak. Kalau yg Lala Masak Serai tu versi yg simple dan tak pedas, yg ni pulak versi pedas dan lebih syok dimakan dgn nasi putih maupun diratah. Memang sedap! ^___^


Jom tengok resipi, tuan rumah nak BW lak ni .. hehe

LALA SOS PEDAS
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1kg lala ~ dibersihkan dan toskan
3 ulas bawang putih ~ diketuk
1 in halia ~ dihiris spt batang mancis
2 batang serai ~ dihiris serong
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili thai
2 sudu besar sos ikan
2 helai daun limau purut ~ dicarikkan
sepokok daun ketumbar ~ dihiris
1 bj cili merah ~ dihiris
1 biji limau kasturi/nipis
1/4 cawan air
garam
gula
minyak


Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan serai hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga cili garing.
Masukkan kicap manis, sos tiram, sos cili thai dan sos ikan .
Kacau seketika dan masukkan air.
Biarkan hingga mendidih dan masukkan lala, daun limau purut, garam dan gula secukup rasa.
Tutupkan kuali dan biarkan lala masak (sehingga kulit lala berubah warna kemerahan)
Masukkan daun ketumbar, jus limau dan cili merah.
Padamkan api dan kacau.
Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.

Yg dah mencuba.. tq so much!

Sunday, September 18, 2011

KAILAN GORENG UDANG

ASSALAMUALAIKUM...

Benarlah spt yg Izah kata tu kan, hari ni SEPI dan SUNYI  jer.. Tak banyak blog yg dihapdet dari siang tadi (termasuk SecubitGaram jugak hehe) Yer lah.. cuti hujung minggu yg lebih panjang dgn mood beraya yg masih belum abis terutamanya open house yg masih diadakan di negeri2 lain. Syok wehh layan lepaking lama2 nih.. kan..  :)


Kali ni nak tayang satu menu ringkas yg complete gak la. Kiranya kalau masak menu ni dgn nasi atau bubur pun dah cukup sedap. Kebetulan pagi tadi duk merayau mencari resipi nak sayur yg nak digandingkan dgn Asam Pedas Ikan Pari (tak letak entri/gambar la.. sbb dah banyak kali sangat dah letak) ternampak Wana Potret Kasih post Brokoli Goreng Udang. Satu menu yg sangat simple dan menyelerakan jer. Terus K.Nor save resipi (lepas mintak izin) dan masak utk lauk lunch tadi. Memang sedap dan kalau ratah aje pun sedap gak (boleh dijadikan menu diet gak ni kan.. hehe)

Ehhh lupa nak cakap, K.Nor tukar brokoli tu kepada kailan sbb kebetulan masa tu mmg nak goreng kailan (sebab tu tajuk entri Kailan Goreng Udang). Lagipun tak ada stok brokoli dlm esbok, lain kali try dgn brokoli lak ya.. insyaallah.. Maaf ya Wana K.Nor dah derhaka sket pd resipi Wana ni dan K.Nor mintak izin share resipi tu kat sini lak ya.. tq.. :)

BROKOLI (Kailan) GORENG UDANG ( utk 1 org makan… )
resipi : Wana@Potret Kasih
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 pokok brokoli saiz kecil ~ k.nor guna kailan
3-6 ekor udang
1 keping dada ayam ( potong kecil2 )
2 ulas bawang putih ( di ketuk/tumbuk )
4 biji cili api ( di ketuk/ditumbuk )
1/2 biji bawang besar
2 – 4 sudu makan penuh sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu kecil sos ikan
( garam tak perlu bubuh sebab sos tiram, sos ikan dan sos cili dah masin… )

Cara Penyediaan
1. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api hingga wangi.
2. Kemudian masukkan semua sos2, isi ayam dan sedikit air untuk kuah.
3. Masak hingga ayam empuk kemudian masukkan udang dan brokoli.
4. Tutup sebentar kemudian kacau, barulah diangkat utk dihidangkan.

Saturday, September 17, 2011

REZEKI SYAWAL

ASSALAMUALAIKUM...

Aduhai... lemau betul nak menghapdet dua tiga hari ni.. eh.. dah seminggu pun rasa lemau ni.. ehhh.. ke lebih lama lagi dr tu ek.. rasanya sejak raya rasa lemau nak masukkan entri masih berterusan. Masih memaksakan diri nak menghapdet.. Dah ramai yg pulih dr sindrom lepas raya ni kan.. kalau diikutkan atau dilayan rasa lemau ni.. mmg payah ler nak kebah atau jd elok cam dulu2.. boleh buat 2 entri utk sehari gitu..ermmm.... ikutkan hati mmg rasa nak cuti blogging utk sebulan dua (kan Izah Daud hehe) tp rasa kesian gak bila org dtg, entri tak berubah2.. duk tayang entri lama lagi.. Insyaallah akan diteruskan blogging cuma tak leh nak sekerap dulu la masukkan entri.. Ada banyak sebab kenapa mood blogging hilang bukan sekadar en mood gi beraya tak pandai cari jalan pulang tp ada sebab2 lain.. Merajuk? Kecik ati? ermmmm... semua ada .. yg pasti.. simpan sendiri aje la ...


Ok lah... berbalik pada entri hari ni.. Yeayy!! ALHAMDULILLAH..  memang rezeki yg tak disangka2 sebelum ni, telah K.Nor terima pada hari Khamis baru2 ni. Dah snap gambo tp bila mood tarak, peram jer gambo tu dlm folder. Hari ni kena buat gak entri ni, kesian kat org yg buat GA tu, dah bagi hadiah cantik2 dan berharga K.Nor peram jer dlm folder kan.. hehe.. Mekasih banyak2 buat Ayu@AymyWithLove.blogspot.com yg baik hati menganjurkan  1st GA semasa dia pulang bercuti@beraya kat M'sia tahun ni. K.Nor join GA Ayu ni pun last minit dah.. kalau tak silap hari terakhir GA tu, tu pun kebetulan ternampak kat bloglist yg Ayu ada buat GA. Saja2 la join utk meriahkan GA Ayu. Lepas dah join tu, langsung tak teringat nak check balik bila Ayu buat announcement pemenang. Maklum lah.. bulan Ramadhan masa tu, mmg kebizian lebih sket kan.. masa utk BW pun terhad. Last2 Ayu tinggalkan mssg kat inbox di FB yg beritau K.Nor adalah pemenang bagi kategori follower GA dia tu.. Memang terkejut ler, tak sangka sungguh! Dah la menang yg kategori follower, dapat hadiah extra lak tu.. ehehhe.. sapa yg tak seronok kan.. Mekasih Ayu, mekasih daun keladi. lain kali buat la lagi ya.. Kut2 ada rezeki lagi di lain waktu lak kan.. hehehe

Kotak pun sangat sweet!! Anak dara terus chop kotak utk dia.. hehe

Nak tau hadiah yg K.Nor dapat? 3 bj Tupperware kaler ijau tau! Cun abis.. Pastu ada perencah Kabsa dan Chicken Shawarma yg amat mudah disediakan. Rasanya kat M'sia tak ada rempah ni kan Ayu..Ni Kuwait mari tau.. hehe Pastu dpt lak special gift utk follower iaitu Set Condiment Queen Anne.. tq.. tq... Ok lah.. jom tengok gambo hadiah2 yg K.Nor dpt ni.. Kalau nak tengok satu persatu hadiah dgn lebih jelas boleh gi rumah Ayu ni ya.. ^___^

TQ so much Ayu.. 
Semoga Allah murahkan rezeki dan memberkati Ayu sekeluarga.. amin...

Tak lupa terima kasih jugak buat adik Ayu yg tolong mengeposkan hadiah ni sbb Ayu pd masa ni dah kembali ke bumi Kuwait..  :)


Thursday, September 15, 2011

KETUPAT SOTONG II

ASSALAMUALAIKUM..

Selalunya melayan selera anak tekak anak2 kan.. Kali ni melayan selera anak tekak Cik Abg lak. Kebetulan awal pagi semalam lepas dia hantar Luqman ke sekolah, kita org naik kuda besi gi ke jeti Pulau Kambing atau juga dikenali Pasar Nelayan. Tu la 1st time gi. Sebelum ni cik abg dah beberapa kali gi tp utk adegan shooting suasana nelayan turunkan hasil laut juga suasana jual beli antara peraih dan peniaga ikan. Bila K.Nor gi semalam fuhhhhhhh.. punya la syok tengok banyak nyer ikan dan hasil tangkapan laut yg segar2 dan banyak menimbun tu.. Paling syok tengok sutun! Banyak sungguh dan pastinya harga lebih rendah dr yg dijual dipasar. Dah la fresh, murah lak tu.. Tengok sutun2 tu teringat ke Ketupat Sotong sbb saiz sotong2 tu mmg sesuai sgt dibuat Ketupat Sotong. Bila tanya cik abg nak makan tak Ketupat Sotong, terus angguk sambil senyum.. Memang masakan kegemaran dia tu.. Terus K.Nor beli 2kg sutun! hehe.. tamak terus... ishh bukan nak buat semua pun.. utk masakan lain la jugak kan.. :)


Ni la Ketupat Sotong atau kalau org Tganu panggil Tupak Sutun hehe..  Kalau versi Tganu, Ketupat Sotong kaler putih manakala versi Kelantan, lebih gelap sbb letak nisan/nisse. Dan semestinya versi Kelantan lebih manis la.. Kalau nak tau resipi versi Kelantan, maaf la ya.. K.Nor mmg tak tau.. kena bertanya dgn en. google la. Rasanya dlm MyResipi ada resipi tu kalau tak silap. Yg K.Nor buat ni stail K.Nor sendiri ya.. Kalau ada persamaan dgn resipi org lain/blogger lain tu adalah secara kebetulan semata2. Dah mmg gini stail Ketupat Sotong ni dimasak. Jadi tak ada beza sangat lah resipi antara satu sama lain kan..


KETUPAT SOTONG II
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 kg sotong
1 1/2 cawan beras pulut ~ direndam 15min
santan cair secukupnya
3 biji bawang merah ~ dimayang halus
1 in halia ~ dihiris panjang
1 sudu besar halba
3/4 cawan santan pekat/fresh
1 1/4 cawan air
garam & sedikit gula
lidi/pencungkil gigi


Cara:
Kukus beras pulut bersama santan cair dan sedikit garam lebih kurang 10 min. (Santan cair hendaklah sama aras/tinggi dgn beras)
Sementara itu bersihkan sotong dan buang kulit luarnya. Toskan hingga kering.
Bila pulut dah siap dikukus, masukkan pulut kedalam sotong sambil dipadatkan sedikit (supaya nanti pulut tidak berderai bila dah masak) Pulut diisikan lebih kurang 3/4 bahagian saja dr badan sotong.
Kemaskan hujung sotong dgn lidi/pencungkil gigi.
Masukkan santan pekat, air, bawang merah, halia, halba, garam dan sedikit gula ke dalam kuali/periuk.
Masukkan pula sotong yg dah siap disumbatkan dgn pulut tadi dan masak dgn api sederhana hingga mendidih. (Hendaklah sentiasa mengacau semasa proses memasak ni supaya santan tidak pecah/naik kepala. Jgn kacau terlalu kuat ya... )
Ketupat sotong sedia utk dimakan.

Wednesday, September 14, 2011

TIRAMISU (K.Liza)

ASSALAMUALAIKUM.....

Dessert yg dibuat utk berbuka semalam. Dessert yg mudah sbb tu dapat gak buat walau badan tak sihat sgt semalam. Lagipun tekak perit kan, bila berbuka tu pekena dessert yg sejuk ni.. ermmmmmmm.. nyaman wehh... ^___^


Kat tajuk tu kena letak nama K.Liza ya, utk mudahkan nak search resipi yg asalnya dari K.Liza ni kalau nak buat lagi nanti atau utk memudahkan pengunjung nak tau resipi mana nak buat kan.. Mekasih pd K.Liza atas resipi Tiramisu yg mudah dan sedap ni. Ada rasa masam2 yogurt disamping lemak2 dr cream cheese dan manis filling strawberi (ni K.Nor tambah sbb mmg suka letak filling strawberi, memberikan rasa yg cukup enak pada tiramisu). Utk syrup strawberi ni K.Nor guna resipi dari Strawberry Tiramisu (resipi asal Blueberry Tiramisu dari Rabiatun yg dah pernah K.Nor buat dulu) Mekasih pada K.Liza dan Tun.. Mintak izin nak share resipi2 tu kat sini ya..



TIRAMISU
resipi : K.Hanieliza
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan
24 keping biskut tiramisu ~ boleh juga guna swiss roll perisa kopi250 gm keju cream [philidephia]
150 ml yogurt asli
1/2 cawan gula
1 biji lemon [ambil jusnya] ~ k.nor tak letak
serbuk nescafe ~ bancuh dgn air 

Larutan Agar-agar
1/4 cawan air
1 sudu kecil serbuk agar-agar

Cara
1. Susunkan 12 keping biskut tiramisu.
2. Basahkan biskut tiramisu dengan air nescafee.
3. Pukul keju dan gula sehingga gebu.
4. Masukkan yogurt dan pukul lagi sehingga rata.
5. Masukkan bahan B dan kacau rata.
6. Sapukan sebahagian adunan keju atas biskut tiramisu.
7. Ulangkan lagi untuk lapisan kedua sama saperti lapisan pertama.
8. Ayakkan serbuk koko [coklat] atas lapisan yg kedua.
9. Sejukkan beberapa jam sebelum dihidangkan.

Bahan untuk syrup: 
150 g blueberry (strawberry) filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit ~ k.nor letak 1 sudu besar jer
sedikit parutan kulit lemon ~ optional

Tuesday, September 13, 2011

IKAN TONGKOL TUMIS TOMYAM

ASSALAMUALAIKUM..

Tak ada mood nak pot pet banyak2, tekak perit sgt dr ptg semalam lagi.. Hidung pun dah mula tersumbat..eh.. ada kaitan ke pot pet menggunakan jari dgn tekak yg perit? hehe.. takper la ya.. Layan jer menu ikan yg menyelerakan ni, resipi dari Ratna@Madihaa. Ikan tongkol mmg kegemaran K.Nor.. buat la apa pun dgnnya mmg sentiasa sedap dimakan.. 


Mekasih Ratna, mintak izin ya nak kopipes resipi tu kat sini pulak.. :)

IKAN TONGKOL TUMIS TOMYAM
Resepi : MaDiHaA a.k.a Ratna
sumber; K.Nor@SecubitGaram

Bahan2
6 keping ikan tongkol ~ gaul garam, goreng & ketepikan
1 biji tomato ~ dibelah 6
2 pokok daun bawang ~ potong 1 inci
1 inci halia ~ hiris halus memanjang
4 ulas bawang putih *
5 ulas bawang merah*
1 biji bawang besar*
(bahan2 bertanda* dimayang)
7 biji cili padi ~ diketuk
3 helai daun limau purut
1 batang serai ~ diketuk
3 cawan air atau lebih
1 sudu besar asam jawa + air ambil jus
2 sudu besar pes tomyam + sikit air panas dibancuh
garam, aji & gula secukupnya
minyak masak

Cara penyediaan
1. Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bahan2 yang dihiris & halia hingga layu & wangi. Masukkan air, air asam jawa, pes tomyam, serai, daun limau & cili padi.
2. Bila mendidih masukkan ikan, daun bawang & tomato. Sesuaikan rasa dengan menambah garam, gula & perasa. Padamkan api & bolehlah dihidang.

Monday, September 12, 2011

.. & THE WINNER IS........

ASSALAMUALAIKUM...


Alhamdulillah.. Kita dah ada pemenang bagi segmen JOM MENIMBANG yg dah diadakan bermula pada awal Ramadhan 1432 baru2 ni. Masa mula2 buat tu tak sangka akan mendapat sambutan yg agak menggalakkan dr teman2 blogger. Maaf la ya kerana mengambil lebih masa utk hasilkan satu entri khas utk mengumumkan pemenang bagi segmen ni. Kebetulan ada beberapa org peserta yg lambat bagi result timbangan akhir dan kebetulan juga jatuh pada hujung minggu jadi K.Nor tangguh sket la utk post entri ni.  Biasalah.. kalau hujung minggu blog agak suram jadi kena tunggu Monday jugak baru boleh post entri ni. Kita tengok balik carta berat setiap peserta start dari awal minggu pertama hinggalah ke minggu terakhir (seminggu lepas raya).


Terima kasih K.Nor ucapkan kepada semua teman2 blogger yg sudi join segmen ni tempohari iaitu, K.Erna, Teratai, Jiejah, Sha, Mas, Ilah, Siti Zahim, Azlita, Wani, Lisa, Suha, Nonie, Izah dan Siti Naemah. Segmen yg dibuat secara suka2 dan penyertaan secara sukarela tanpa paksaan ni boleh dijadikan sebagai satu galakan utk makan secara lebih berhemah bila berbuka puasa dan terutamanya semasa beraya. Ada gak yg berat naik semula seperti mula2 (sebelum puasa) dan ada yg turun secara maintain.. Bagi org yg dah agak berumur spt K.Nor, K.Erna, Teratai dan Ilah mmg agak payah la nak turun berat badan ni disebabkan faktor usia dan juga kadar metabolisma yg dah agak liat ni. Lemak2 pun dah enjoy sakan dalam body masing2 hehee...


Bila dibuat carta begini, bolehlah kita tengok berat sapa yg paling banyak penurunannya kan.. Ada 4 org yg turun berat badan paling banyak tapi dah disebutkan dari mula2 segmen dulu K.Nor hanya nak sorang pemenang yg turun berat paling banyak sepanjang segmen ni jadi... pemenangnya adalah......



TAHNIAH buat NONIE RAHMAN yg telah berjaya mengalahkan teman2 lain dalam pengurangan berat badan sebanyak 5kg dalam segmen JOM MENIMBANG yg julung2 kali diadakan ni. Tahniah juga kepada JIEJAH yg berjaya menurunkan berat sebanyak 4.5kg (sikit jer lagi nak menyamai Nonie tu hehe) serta SHA & LISA sebanyak 3kg.. Tak lupa juga sekalung tahniah kepada semua teman2 peserta lain yg terlibat.. Kita semua adalah pemenang juga ya.. kita juga berjaya menurunkan berat badan sepanjang bulan Ramadhan baru2 ni walau tak sebanyak yg ke tiga2 org ni berjaya turunkan tau.. so jgn sedih2.. be happy.. Tanamkan azam yg lebih kuat utk terus turunkan berat badan kepada berat yg lebih ideal supaya badan kita lebih sihat.

Opss... lupa... ada satu pengumuman istimewa spt yg telah dijanjikan tempohari.. jeng.. jeng.. jengggggg.... Kepada pemenang kita kali ni iaitu Nonie, insyaallah anda akan menerima beberapa hari lagi hadiah cenderamatadari K.Nor dan juga dari sorang penaja misteri yg baik hati dan bermurah hati yg telah sudi menjadi penaja bagi segmen JOM MENIMBANG kali ni.. Memang K.Nor plan dari awal nak bagi sedikit cenderamata kepada pemenang segmen ni masa mula2 buat dulu. Kebetulan teman blogger ni pun tertarik hati sama nak jadi penaja. Alhamdulillah.. kecik tapak tangan, stadium runtuh K.Nor tadahkan.. hehehehe.. Mekasih banyak2 ya... Semoga Allah memurahkan rezeki anda sekeluarga ya..

Agak2 tahun depan nak buat lagi tak segmen ni? Eh.. nak jadi penaja lagi tak? Atau ada teman2 lain yg bermurah hati nak join sama jadi penaja? Syok gak kan... ^___^ Eh.. nak tengok hadiah ke? Mesti lah nak kan.. Hadiah dari K.Nor ni biasa2 jer tapi hadiah dari penaja yg lebih hebat tau.. Jom kita tengok :)

Hadiah dari penaja budiman :)
Yg tak seberapa ni dari tuan rumah :)
Macamana Nonie, seronok tak? hehe.. jangan lupa inbox alamat dan no hp kat fb K.Nor ya.. Hadiah dari penaja tu akan dipos direct kepada Nonie nanti, insyaallah..

Ok lah.. dah panjang lebar ni.. Sebelum mengundurkan diri, ampun maaf K.Nor minta pada semua yg terlibat jika ada yg tersinggung, tercuit rasa sepanjang segmen ni dijalankan. Yer la, ketuk2 pintu rumah, ketuk2 tingkap kat fb utk dapatkan berat timbangan mereka yg join ni. Kut2 ada yg rasa tak selesa bila dibuat gitu.. Tak dinafikan tuan rumah sendiri pun ada rasa terkilan di hati.. nak buat camnakan.. Terasa macam pemintak sedekah jer bila terpaksa berulangkali meminta2 berat timbangan org nih.. erm...takper lah.  Andai di masa akan datang, kalau nak join tu harap join dgn hati yg ikhlas ya.. K.Nor tak paksa sesiapa utk join ni masa mula2 buat dulu. Sekadar keikhlasan masing2 jer utk turut serta. Kalau rasa nak tarik diri tu, boleh cakap awal2 atau boleh tinggalkan mssg dlm inbox kat fb nun. Tak ada masalah sebenarnya kalau nak tarik diri. Kepada Ilah, Nor tak marah ya.. tak terasa pun dgn Ilah, mmg Nor faham situasi Ilah ya.. ^___^


Sunday, September 11, 2011

AYAM CENCALUK

ASSALAMUALAIKUM...

Menu ulangtayang ya... So no pot pet panjang2.. ^__________^


AYAM CENCALUK 
resipi : CMGebu
sumber : K.Nor@SecubitGaram

BAHAN-BAHANNYA :-)
8 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*(*dihiris halus)
600 g dada ayam, potong sedernana kecil
1/2 cawan cencalok, toskan airnya
3 helai daun limau purut
1/2 cawan jus asam jawa
3 biji limau kasturi, ambil jusnya
2 camca besar gula
2 biji cili merah, hiris
2 biji cili hijau, hiris ~ k.nor tambah cili padi sket
8 biji bawang merah*
2 cm kunyit hidup*
3 batang serai, hiris halus*(*dikisar halus)
Garam (jika perlu)
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)
Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 1 1/2 cawan), goreng hirisan bawang merah dan bawang putih hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan. Keluarkan minyak tadi dan tinggalkan lebih kurang 1/2 cawan. Tumis bahan2 kisar hingga harum dan pecah minyak, gunakan api sederhana.
Masukkan ayam, cencalok dan daun limau purut, gaul rata. Masukkan air asam dan tambah gula dan juga air. Kacau dan biar mendidih. Masukkan sebahagian bawang merah/putih goreng tadi dan juga hirisan cili merah/hijau. Kacau rata2.
Perlahankan api dan renih hingga ayam masak dan pekat. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, kacau dan rasa. Jika perlu tambah garam (tapi rasa mat tak perlu lah tambah garam, sebab cencalok pun dah masin). Hidangkan segera bersama nasi hangat.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau nak pedas cili hijau/merah tu tadi boleh ditukar dengan hirisan cili padi. Guna udang pun sedap juga, campur dengan petai....Sesuaikan rasa ikut citarasa individu, kalau tak nak masam, tak payah letak jus limau kasturi (tapi kurang "kick")....Selamat mencuba!...




Saturday, September 10, 2011

TIFFLE ISTIMEWA CMG

ASSALAMUALAIKUM..

Makin lama makin lemau nak menghapdet.. Dari 2 entri sehari dah jadi 1 entri sehari.. esok2.. no more entry heeeeeee........

Triffle Istimewa ni, dibuat atas permintaan anak dara, utk dibawa ke sekolah pada hari Khamis lepas. Mcm biasa lah, lepas raya kan selalunya ada jamuan raya kat sekolah. Ni baru part anak dara, anak teruna bongsu tu tak tau apa lak yg direquestnya sbb kat sekolahnya belum lagi buat jamuan raya. Mula2nya nak buat hari Khamis yg sama gak, tp ditangguh sbb tak lama lagi UPSR. Mungkin GB dan para cikgu tahun 6 tak nak bazirkan 1 hari masa pelajar yg bakal duduki UPSR yg bermula pada hari Selasa minggu depan.

Ni utk santapan anak tekak tukang masak sekeluarga ^___^

Mulanya anak dara tu suruh buat Puding Laici atau Puding Tembikai.Laici mmg ada setin lg kat dapur tp rasanya tak cukup jer kalau buat 1 adunan jer. Jadi K.Nor plan nak buat Puding Tembikai, pastu pagi Rabu tu mintak cik abg belikan cincau kat pasar (lepas hantar Luqman ke sekolah). Bila dah belikan, tup2 si anak dara call dr sekolah, cakap kawan2nya nak Puding Triffle.. amboiiii.. syok ya mengorder! hehe Simpan aje la cincau yg dibelikan dan dibuat minum dgn air bandung pun best gak kan.. Kebetulan mmg hari tu nak ke kedai utk top up barangan dapur, so boleh la beli sekali bahan2 utk Triffle.

Yg ni dibawa ke jamuan kat sekolah anak dara..
Licinnnnnnn.......

Kali ni K.Nor try guna resipi lain utk Puding Triffle ni. Kalau dulu dan kebiasaannya K.Nor guna resipi K.Hanieliza, kali ni K.Nor guna resipi CMGebu, TRIFFLE ISTIMEWA MAT GEBU lak. Bahan2 tak banyak sgt berbeza dalam Puding Triffle ni. Tapi disebabkan K.Nor buat Puding Triffle dari 3 bj swiss roll (beli aje ya.. tak kose nak buat banyak2 nih hehe) jadi adunan mmg banyak lari la.. ada yg ditambah dan ada yg dikurangkan. Memang derhaka tahap dewa gak la.. Ampun ya Che Mat, memang terpaksa diderhakakan, cam biasalah kan, tak derhaka tak sah hehe.. Tapi overall mmg best rasa Triffle Istimewa ni, lemak2 berkrim jer kastard tu sbb guna susu cair dan ada tambahan telur. Cuma telur K.Nor tak letak ikut sukatan lah.. ermmm... K.Nor nak letak apa yg K.Nor buat pun tak ingat dah sbb aritu main campak2 jer sbb bila buat 2 adunan dr bahan2 utk kastard rasa cam tak cukup jer utk kesemua 3 swiss roll. Last2 tambah lagi satu adunan tp dah tak sukat sangat, susu cair pun tak guna sepenuhnya, campur2 dgn susu fresh. Apapun, bagi sapa2 yg nak try bolehlah ikut sepenuhnya resipi Che Mat ni ya.. insyaallah mmg sedap! 

Mintak izin ya Che Mat, K.Nor nak letak resipi tu kat sini utk dijadikan rujukan di lain waktu.. Mekasih ...

TRIFFLE ISTIMEWA MAT GEBU
resipi : CMGebu
sumber: K.Nor@SecubitGaram

BAHAN KEK SPONGE :-) ~ k.nor guna swiss roll jer
200 gram tepung optima (instant cake flour)
3 biji telur gred B
50 gram mentega, cair dan sejukkan
50 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla

BAHAN KASTARD :-)
200 ml susu sejat IDEAL
100 ml air
2 kuning telur
2 camca besar penuh tepung kastard
4 camca besar gula atau secukup rasa
3/4 camca teh esen vanilla

BAHAN JELLY :-) ~ k.nor guna instant jelly dlm kotak
1/2 camca teh konnyaku jelly powder
Gula secukup rasa,
500 ml air
1/2 camca teh strawberry emulco
Beberapa titik pewarna merah

BAHAN LAIN :-)
1 tin besar buah2an koktel, ditoskan, asing jusnya
200 ml whipping cream (1 kotak kecil), disejukkan ~ k.nor skip
Jus dari buah2an koktel tadi

CARA MEMBUATNYA :-)

UNTUK SPONGE CAKE :- Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan esen vanilla, ke dalam mesin kek, putar pada kelajuan sederhana sehingga semua bahan bersatu, kemudian putar pada kelajuan tinggi hingga adunan kembang dan pekat. Masukkan mentega dan esen vanilla, kaup balik hingga adunan rata. Tuang dalam loyang 12 inci x 12 inci yang telah dialas kertas minyak dan bakar pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (pastikan oven telah dipanaskan). Sejukkan atas jaringan bila kek masak.

UNTUK KASTARD :- Satukan semua bahan kastard kecuali esen vanilla, kacau rata dan masak dengan api sederhana sambil dikacau tanpa henti hingga bancuhan menjadi pekat. Masukkan esen vanilla, kacau rata dan ketikan.

UNTUK JELLY :- Satukan semua bahan2 untu jelly dalam periuk, tang gula tu pandai2 lah agak, tapi jangan manis sangat, manis lite2 sudah cukup yea. Kacau rata dengan whisk dan jerang hingga mendidih dan gila hancur, kacau hingga sebati. Ketepikan dan biar sejuk sedikit.

UNTUK TRIFLE :- Sediakan bekas sesuai, potong kek sponge tadi, bagi kepada 2 bahagian dan susun 1 bahagian seperti dalam gambar. Basahkan kek sponge tadi dengan jus buah koktel. Sementara itu putar whipping cream hingga kembang dan kental, jangan terlebih putar. Lapiskan whipping cream tadi atas kek. Tabur 1/2 bahagian buah2an koktel tadi.
Susun lebihan kek atas buah2an koktel tadi. Basahkan dengan jus. Tuang kastard suam atasnya dan ratakan dengan spatula. Biar sejukk sekejap. Tabur baki buah2 tadi, rata. Dan akhir sekali, sendukkan jelly cair atasnya hingga memenuhi ruang seperti dalam gambar. Simpan dalam peti ais hingga jelly membeku.. sedap dihidangkan dingin...hnmmm..


Friday, September 9, 2011

UDANG GRIL TOMYAM

ASSALAMUALAIKUM...

Satu resipi yg amat patut dibuat bagi penggemar masakan udang atau juga kepada penggemar masakan Thai. Sangat2 menyelerakan dan tak rugi mencubanya. Penyediaannya bahan2 dan cara memasak juga mudah, insyaallah, rasanya pasti memikat selera. Ratah aje laaaaaaaaaagi la sedap!


Resipi asal hasil gali2 kat blog Glorius Treat yg banyak memaparkan resipi2 enak. Owner blog ni mmg suka dgn masakan Thai, ada bermacam2 resipi masakan Thai walaupun dia tu Canadian (kalau tak silap K.Nor la) Dia juga suka mencuba pelbagai resipi dari negara2 lain.. ishhhh... cam promote la pulak! hehe Takper.. nanti kalau income blog dia naik, masyuk banyak, boleh gak gi claim royalti dgn dia kan.. hehee

UDANG GRIL TOMYAM
resipi asal dari : Glorius Treat (Tom Yum Grill Shrimp)
sumber dan diolah : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
500gm udang ~ dibuang kulit dan kepala
2 btg serai ~ dihiris halus(boleh gantikan dgn parutan kulit lemon)
3 ulas bawang putih
1in lengkuas ~ dihiris nipis
1/2in halia ~ dihiris
3 - 5 bj cili padi
1 biji limau nipis ~ ambil jus
2 btg daun bawang ~ dihiris
1/2 sudu teh belacan ~ optional
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar minyak
2 sudu besar gula ~ boleh guna gula putih atau gula perang/gula melaka
1/4 cawan daun ketumbar ~ dihiris halus
lidi satay secukupnya

Cara:
Tumbuk kesemua bahan kecuali udang dan daun ketumbar hingga halus (lebih senang kalau digunakan food processer). Gaulkan dgn daun ketumbar yg dihiris halus.
Perapkan udang dgn bahan2 tadi sekurang2nya 10 min.
Cucuk udang menggunakan lidi satay.



Kemudian gril udang (menggunakan grill pan atau frying pan) (2-3 minit utk sebelah udang)
Bila masak, hidangkan atas pinggan (jgn masak terlalu lama, nanti isi udang jd keras dan tak juicy)


Panaskan lebihan perapan udang sekejap hingga sedikit kering dan tuang atas udang tadi.
Sedia utk dinikmati :)



JOM MENIMBANG ~ FINALE

ASSALAMUALAIKUM...

Akhirnya, kita dapat juga buat entri finale bagi segmen JOM MENIMBANG. Bagi yg tertinggal keretapi boleh check balik kat entri Jom Menimbang yg lepas2 ya..

Amacam semua? Berat masing2 naik balik ke lepas raya? Hehehe.. sama jer dgn tuan rumah.. Semestinya naik kan, duk pulun ngap jer time beraya. Tapi Alhamdulillah.. walaupun naik tak lah lebih dr berat sebelum puasa aritu. Bukan mudah nak turunkan berat badan, tambah lagi kalau yg dah tepu lemak2 dan metabolisma yg dah liat ni. Dapat turun 2kg sebulan dah kira satu rahmat. (nak naik bukan main mudah lagi kan.. haishhh...) 

Ok lah.. pada peserta segmen Jom Menimbang.. cepat! Gi timbang berat masing2. Penyertaan dah nak ditutup ni. Jgn lambat2 kang disqualified hehehe.. Untuk makluman peserta2 segmen, K.Nor akan umumkan siapa yg berjaya menurunkan berat badan yg paling banyak sepanjang segmen ni berjalan dan akan ada pengumuman istimewa jugak disamping tu nanti. Jadi segerakan lah beritau berat terkini (hari ni atau petang ni) masing2 .. oppsssss... jgn lupa kalau ada yg terlupa mention berat badan pada minggu ke 4 baru2, silakan nyatakan sekali berat timbangan tu ya... Sebab ramai yg tak beritau berat masing2 pada minggu tersebut (sangat2 faham, sbb ramai yg dah balik kg atau dek kebizian mengukis atau membuat persiapan raya kan.. )


JOM MENIMBANG ~ WEEK 6

credit to mr google





Thursday, September 8, 2011

KIWI (GOLD) PANNA COTTA

ASSALAMUALAIKUM...

Berkenan bila tengok Yatie Memories duk buat Kiwi Panna Cotta versi kiwi gold sebelum ni. So K.Nor try la buat versi gold, mmg lebih sedap guna kiwi gold dari kiwi biasa yg kaler hijau sbb kiwi gold ni lebih manis berbanding kiwi hijau yg agak masam.


Tq Yatie, bagi idea nak guna kiwi gold utk Kiwi Panna Cotta ni.. :)

KIWI PANNA COTTA versi gold
source : Gert (Mango Panna Cotta)
diolah : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila
3 biji buah kiwi gold ~ blend utk dijadikan puri + 2 - 3 sudu besar gula


Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramakin atau gelas yg sesuai. Boleh juga jika nak masukkan sedikit potong buah kiwi ke dalamnya.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Tuangkan puri kiwi keatasnya dan bolehlah dihidangkan.