ASSALAMUALAIKUM...
Benarlah spt yg Izah kata tu kan, hari ni SEPI dan SUNYI jer.. Tak banyak blog yg dihapdet dari siang tadi (termasuk SecubitGaram jugak hehe) Yer lah.. cuti hujung minggu yg lebih panjang dgn mood beraya yg masih belum abis terutamanya open house yg masih diadakan di negeri2 lain. Syok wehh layan lepaking lama2 nih.. kan.. :)
Kali ni nak tayang satu menu ringkas yg complete gak la. Kiranya kalau masak menu ni dgn nasi atau bubur pun dah cukup sedap. Kebetulan pagi tadi duk merayau mencari resipi nak sayur yg nak digandingkan dgn Asam Pedas Ikan Pari (tak letak entri/gambar la.. sbb dah banyak kali sangat dah letak) ternampak Wana Potret Kasih post Brokoli Goreng Udang. Satu menu yg sangat simple dan menyelerakan jer. Terus K.Nor save resipi (lepas mintak izin) dan masak utk lauk lunch tadi. Memang sedap dan kalau ratah aje pun sedap gak (boleh dijadikan menu diet gak ni kan.. hehe)
Ehhh lupa nak cakap, K.Nor tukar brokoli tu kepada kailan sbb kebetulan masa tu mmg nak goreng kailan (sebab tu tajuk entri Kailan Goreng Udang). Lagipun tak ada stok brokoli dlm esbok, lain kali try dgn brokoli lak ya.. insyaallah.. Maaf ya Wana K.Nor dah derhaka sket pd resipi Wana ni dan K.Nor mintak izin share resipi tu kat sini lak ya.. tq.. :)
BROKOLI (Kailan) GORENG UDANG ( utk 1 org makan… )
resipi : Wana@Potret Kasih
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
1 pokok brokoli saiz kecil ~ k.nor guna kailan
3-6 ekor udang
1 keping dada ayam ( potong kecil2 )
2 ulas bawang putih ( di ketuk/tumbuk )
4 biji cili api ( di ketuk/ditumbuk )
1/2 biji bawang besar
2 – 4 sudu makan penuh sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu kecil sos ikan
( garam tak perlu bubuh sebab sos tiram, sos ikan dan sos cili dah masin… )
Cara Penyediaan
1. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api hingga wangi.
2. Kemudian masukkan semua sos2, isi ayam dan sedikit air untuk kuah.
3. Masak hingga ayam empuk kemudian masukkan udang dan brokoli.
4. Tutup sebentar kemudian kacau, barulah diangkat utk dihidangkan.
Bahan:
1 pokok brokoli saiz kecil ~ k.nor guna kailan
3-6 ekor udang
1 keping dada ayam ( potong kecil2 )
2 ulas bawang putih ( di ketuk/tumbuk )
4 biji cili api ( di ketuk/ditumbuk )
1/2 biji bawang besar
2 – 4 sudu makan penuh sos tiram
1 sudu makan sos cili
1 sudu kecil sos ikan
( garam tak perlu bubuh sebab sos tiram, sos ikan dan sos cili dah masin… )
Cara Penyediaan
1. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili api hingga wangi.
2. Kemudian masukkan semua sos2, isi ayam dan sedikit air untuk kuah.
3. Masak hingga ayam empuk kemudian masukkan udang dan brokoli.
4. Tutup sebentar kemudian kacau, barulah diangkat utk dihidangkan.