Thursday, September 15, 2011

KETUPAT SOTONG II

ASSALAMUALAIKUM..

Selalunya melayan selera anak tekak anak2 kan.. Kali ni melayan selera anak tekak Cik Abg lak. Kebetulan awal pagi semalam lepas dia hantar Luqman ke sekolah, kita org naik kuda besi gi ke jeti Pulau Kambing atau juga dikenali Pasar Nelayan. Tu la 1st time gi. Sebelum ni cik abg dah beberapa kali gi tp utk adegan shooting suasana nelayan turunkan hasil laut juga suasana jual beli antara peraih dan peniaga ikan. Bila K.Nor gi semalam fuhhhhhhh.. punya la syok tengok banyak nyer ikan dan hasil tangkapan laut yg segar2 dan banyak menimbun tu.. Paling syok tengok sutun! Banyak sungguh dan pastinya harga lebih rendah dr yg dijual dipasar. Dah la fresh, murah lak tu.. Tengok sutun2 tu teringat ke Ketupat Sotong sbb saiz sotong2 tu mmg sesuai sgt dibuat Ketupat Sotong. Bila tanya cik abg nak makan tak Ketupat Sotong, terus angguk sambil senyum.. Memang masakan kegemaran dia tu.. Terus K.Nor beli 2kg sutun! hehe.. tamak terus... ishh bukan nak buat semua pun.. utk masakan lain la jugak kan.. :)


Ni la Ketupat Sotong atau kalau org Tganu panggil Tupak Sutun hehe..  Kalau versi Tganu, Ketupat Sotong kaler putih manakala versi Kelantan, lebih gelap sbb letak nisan/nisse. Dan semestinya versi Kelantan lebih manis la.. Kalau nak tau resipi versi Kelantan, maaf la ya.. K.Nor mmg tak tau.. kena bertanya dgn en. google la. Rasanya dlm MyResipi ada resipi tu kalau tak silap. Yg K.Nor buat ni stail K.Nor sendiri ya.. Kalau ada persamaan dgn resipi org lain/blogger lain tu adalah secara kebetulan semata2. Dah mmg gini stail Ketupat Sotong ni dimasak. Jadi tak ada beza sangat lah resipi antara satu sama lain kan..


KETUPAT SOTONG II
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 kg sotong
1 1/2 cawan beras pulut ~ direndam 15min
santan cair secukupnya
3 biji bawang merah ~ dimayang halus
1 in halia ~ dihiris panjang
1 sudu besar halba
3/4 cawan santan pekat/fresh
1 1/4 cawan air
garam & sedikit gula
lidi/pencungkil gigi


Cara:
Kukus beras pulut bersama santan cair dan sedikit garam lebih kurang 10 min. (Santan cair hendaklah sama aras/tinggi dgn beras)
Sementara itu bersihkan sotong dan buang kulit luarnya. Toskan hingga kering.
Bila pulut dah siap dikukus, masukkan pulut kedalam sotong sambil dipadatkan sedikit (supaya nanti pulut tidak berderai bila dah masak) Pulut diisikan lebih kurang 3/4 bahagian saja dr badan sotong.
Kemaskan hujung sotong dgn lidi/pencungkil gigi.
Masukkan santan pekat, air, bawang merah, halia, halba, garam dan sedikit gula ke dalam kuali/periuk.
Masukkan pula sotong yg dah siap disumbatkan dgn pulut tadi dan masak dgn api sederhana hingga mendidih. (Hendaklah sentiasa mengacau semasa proses memasak ni supaya santan tidak pecah/naik kepala. Jgn kacau terlalu kuat ya... )
Ketupat sotong sedia utk dimakan.