ASSALAMUALAIKUM..
Dessert yg direquest oleh hero bongsu yg tak sihat baru2 ni. Lychee Panna Cotta, salah satu dessert kegemaran dia. K.Nor doublekan adunan supaya dia dapat makan puas2. Alhamdulillah.. dia dah pulih skrg ni dan selera makannya dah kembali normal dan tak muntah2 lagi..
Sebenarnya tak ada mood nak pot pet panjang2 sbb mcm2 kes terjadi akhir2 ni pada blogger masakan yg sekadar di pinggiran ni. Resipi panna cotta ni pun salah satunya dr kes yg terlibat.. Kalau ikutkan banyak lagi resipi dr SecubitGaram yg 'terkena' tp malas lah nak kecoh2.. Memang amat memahami bila K.Nuridah ( juga di SINI), Ayu, Nadz, Mimi dan ramai lagi terkena perkara yg sama.. namun sapalah kita kan..
Idea membentuk bunga pada laici ni datang dr entri AlongRoz baru2 ni yg mana asalnya dari Ida@Sunkist MyR .. Tq ..
LYCHEE PANNA COTTA
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
1 tin laici
2 cawan susu low fat/full cream
2 sudu besar gula
3 sudu kecil gelatin ~ K.Nor guna gelatin halalgel
3 1/2 sudu besar air
1 /2 sudu teh esen vanila
1 paket jelly strawberi
Cara:
Ketepikan 5 - 6 biji laici. Blend lebihan laici bersama dgn 1 cawan jus laici.
Blend sampai betul2 halus dan tapis. Ambil air dan ketepikan.
Masukkan gelatin ke dalam mangkuk berisi 3 1/2 sudu besar air dan biarkan ia mengembang.
Masukkan susu, gula dan air laici yg ditapis tadi ke dalam periuk.
Masak hingga hampir mendidih dan hendaklah sentiasa dikacau.
Padamkan api dan masukkan vanila dan gelatin yg dah kembang tadi.
Kacau hingga sebati dan gelatin larut.
Biarkan sejuk, baru lah dituang ke dalam gelas.
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 3 jam.
Masak jelly mengikut arahan di kotak dan biarkan sejuk.
Tuangkan ke atas Lychee Panna Cotta perlahan2. (pastikan jelly dah sejuk dan panna cotta dah membeku/set supaya jelly tak tenggelam ke dalam panna cotta)
Masukkan kembali panna cotta ke dalam peti ais dan biarkan sejuk.
Hiaskan dgn hirisan laici sebelum dihidangkan.
* laici yg diblend bersama jus laici td akan menghasilkan lebih kurang 1 1/2 cawanair laici selepas ditapis.