ASSALAMUALAIKUM..
Masih dalam mood Syawal atau mood beraya lagi kan, terutamanya org pantai barat la. Kalau org pantai timur dah tak beraya mana dah, kecuali bagi org2 yg berpuasa 6 atau puasa sunat Syawal, hari ni adalah Hari Raya 6. Kalau org tua dulu2 atau yg tinggal di kampung2, Raya 6 ni sambutannya lebih meriah dari raya 1 Syawal.
Rasanya tak jadi hal lagi kan nak tayang satu lagi kukis yg K.Nor sempat buat pada akhir2 Ramadhan baru2 ni. Masa tu kebizian yg amat dan tak sempat nak buat entri secepat mungkin campur dgn mood nak menghapdet pun tak ada bila dah penat sangat kan. K.Nor nak masukkan gak entri ni utk dijadikan rujukan di lain waktu andai nak buat lagi kukis ni atau pun boleh dijadikan rujukan pengunjung2 lain utk membuatnya pada masa akan datang.
Disebabkan ramai yg duk bermain snow jer dgn almond masa bulan puasa baru2 ni terpanggil gak la nak mencuba bermain dgn snow. Dari awal org duk buat tu mmg teringin gak nak buat tp bila tengok perlu guna nestum, pendam jer la niat tu. Kat rumah ni oats mmg ada tp kalau nestum mmg tarak! Alang kepalang nak gi beli kalau setakat nak guna sikit jer utk kukis ni kan. Last2 datang idea nak derhakakan resipi tu, K.Nor tukar nestum kepada cornflakes! Kebetulan ada lebihan cornflakes masa buat Chocolate Cornflakes utk Along sebelum tu, K.Nor blend jer la kasi halus cornflakes tu. Pastu utk breadcrumbs tu, K.Nor gelek2kan dgn pencanai (breadcrumb tu diletakkan dlm plastik bersih) utk menghaluskan sket teksturnya tu supaya tak keras sangat. Bila dah halus tu lebih sedap dimakan.
K.Nor guna resipi yg agak ramai blogger2 lain guna utk Snow Almond ni iaitu resipi yg diambil dari MyResipi yg sumber asalnya dari Majalah Saji. Mekasih pada penyumbang resipi ya dan juga kepada mereka2 yg dah buat dan yg memberi idea utk K.Nor mencuba juga kukis ni.. Tq all...
SNOW ALMOND
sumber asal : Majalah Saji
Bahan-bahan ( bergantung saiz penerap yg diguna )
BAHAN A:
200gm butter
100gm gula kastor
1 sudu besar shortening
1 sudu kecil esen kopi ~ k.nor guna esen mocha
1 biji kuning telur
BAHAN B:
220gm tepung gandum
70gm tepung ubi
50gm nestum - dikisar ~ k.nor gantikan dgn cornflakes
40gm badam kisar
1 sudu besar coffeemate - saya guna susu tepung ~ sama
HIASAN:
Coklat masakan - dicairkan
white breadcrumb ~ digelek hingga halus
Cara-cara
Pukul butter,gula dan shortening hingga sebati. Masukkan esen kopi dan kuning telur. Gaulkan rata.
Satukan kesemua bahan B dan masukkan ke dalam adunan A, sedikit demi sedikit.
Uli dan canai doh, terap menggunakan acuan pilihan anda.
Bakar pada suhu 175cc selama 20minit. Angkat dan biarkan sejuk dahulu.
Setelah sejuk, celupkan ke dalam coklat masakan yang telah dicairkan. Kemudian golekkan pula ke dalam serbuk roti putih tadi.
Setelah coklat kering, bolehlah simpan dalam bekas kedap udara.
sumber : UmiFeeza MyR & K.Nor

Special show utk Along..
Menggunakan cutter yg diterbangkan dr Jordan..
Kalau buat utk fancy cookies ni pun smart kan.. hehee