Friday, September 9, 2011

UDANG GRIL TOMYAM

ASSALAMUALAIKUM...

Satu resipi yg amat patut dibuat bagi penggemar masakan udang atau juga kepada penggemar masakan Thai. Sangat2 menyelerakan dan tak rugi mencubanya. Penyediaannya bahan2 dan cara memasak juga mudah, insyaallah, rasanya pasti memikat selera. Ratah aje laaaaaaaaaagi la sedap!


Resipi asal hasil gali2 kat blog Glorius Treat yg banyak memaparkan resipi2 enak. Owner blog ni mmg suka dgn masakan Thai, ada bermacam2 resipi masakan Thai walaupun dia tu Canadian (kalau tak silap K.Nor la) Dia juga suka mencuba pelbagai resipi dari negara2 lain.. ishhhh... cam promote la pulak! hehe Takper.. nanti kalau income blog dia naik, masyuk banyak, boleh gak gi claim royalti dgn dia kan.. hehee

UDANG GRIL TOMYAM
resipi asal dari : Glorius Treat (Tom Yum Grill Shrimp)
sumber dan diolah : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
500gm udang ~ dibuang kulit dan kepala
2 btg serai ~ dihiris halus(boleh gantikan dgn parutan kulit lemon)
3 ulas bawang putih
1in lengkuas ~ dihiris nipis
1/2in halia ~ dihiris
3 - 5 bj cili padi
1 biji limau nipis ~ ambil jus
2 btg daun bawang ~ dihiris
1/2 sudu teh belacan ~ optional
2 sudu besar sos ikan
2 sudu besar minyak
2 sudu besar gula ~ boleh guna gula putih atau gula perang/gula melaka
1/4 cawan daun ketumbar ~ dihiris halus
lidi satay secukupnya

Cara:
Tumbuk kesemua bahan kecuali udang dan daun ketumbar hingga halus (lebih senang kalau digunakan food processer). Gaulkan dgn daun ketumbar yg dihiris halus.
Perapkan udang dgn bahan2 tadi sekurang2nya 10 min.
Cucuk udang menggunakan lidi satay.



Kemudian gril udang (menggunakan grill pan atau frying pan) (2-3 minit utk sebelah udang)
Bila masak, hidangkan atas pinggan (jgn masak terlalu lama, nanti isi udang jd keras dan tak juicy)


Panaskan lebihan perapan udang sekejap hingga sedikit kering dan tuang atas udang tadi.
Sedia utk dinikmati :)