f Secubit Garam: AYAM OATS PEDAS MANIS

Friday, October 7, 2011

AYAM OATS PEDAS MANIS

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama simpan resipi ni dalam draf tp tak terbuat. Bila nak buat asyik tak cukup bahan jer. Last2 smlm duk merayau  tak tau nak masak menu apa, teringat kat menu ni. Lantak jer la, bahan tak cukup pun..  Dah malas nak pikir menu yg nak dimasak. Memang banyak edisi derhaka dalam menu ayam yg K.Nor buat ni. Bukan saja2 nak derhaka tp sbb tak cukup bahan! Harap2 Ida dan Ratna tak marah ya.. hehe.. Apapun mmg sangat2 sedap ayam dimasak gini. Ratah aje pun sedap. Anak2 K.Nor duk meratah jer lepas makan nasi.


Mekasih Ida dan Ratna, dah kongsi resipi yg sedap ni.. Memang berbaloi2 mencubanya. Nak buat pun mudah yg amat, Opps.. sebelum tu kena beritau dulu tang mana K.Nor derhaka ya.. Mula2 tang ayam, ikut resipi perlu guna isi/dada ayam. K.Nor guna 1/2 ekor ayam tapi dipotong kecik2 sket.  Nak guna dada saja mmg tak cukup sbb tu kena guna 1/2 ekor ayam. Pastu time nak campurkan oats dgn tepung jagung baru perasan tepung jagung yillek! Datang idea ganti dgn tepung beras sbb rasanya fungsi tepung jagung tu nak bagi rangup salutan ayam tu kan. Bagi K.Nor bila letak tepung beras lagi rangup rasanya gorengan ayam kita. Ok.. pastu lemon lak tak ada.. ganti dgn limau nipis jer. Tak kisahlah asalkan dpt rasa masam2 dah la kan. hehehe.. Last sekali tang oren yg disusun atas pinggan tu.. Tu pun yillek.. so tak berhias la ayam K.Nor.. Tapi no problemo sbb rasa masakan ni dah cukup sedap dgn apa yg dihidangkan tu.. Sangat2 sedap ya... Try la kalau tak caya hehe.. ehh sila tanya Zaliedana.. dia dah 2x buat, ke lebih lagi CT? Memang sedap kan.. :)

AYAM OATS PEDAS MANIS/Sweet & Spicy Chicken Oats
Resepi : Quaker Oats@myhealthyheart.com
Sumber : Normarlida & MaDiHaA

Bahan2
2 ketul dada ayam (dada ayam dari seekor ayam saiz sedang) ~ k.nor guna 1/2 ekor ayam yg dipotong kecik2
1 cawan Quaker Oats Quick Cook
½ cawan tepong jagung ~ k.nor gantikan dgn tepung beras
½ sudu kecil garam
1 sudu besar sos ikan nampla
Lada sulah secukupnya
1 biji telur, dipukul sedikit
Minyak masak secukupnya

Bahan2 Sos
3 sudu besar Sos Chili Thai
2 sudu besar jus lemon ~ k.nor guna limau nipis
1 sudu besar sos ikan nampla
Secubit garam atau secukup rasa


Bahan2 Tambahan
2 ulas bawang merah ~ dihiris nipis
5 chili padi ~ dihiris halus
1 batang carrot ~ disagat/hiris halus memanjang
1 biji oren ~ buang kulit & hiris nipis (optional) ~ k.nor tak letak
1 sudu besar bijan (disangai terlebih dulu)

Cara2 Menyediakan
1. Buangkan tulang ayam pada bahagian dada ayam tadi & ambil isinya saja. Hiris nipis memanjang kesemua isi dada ayam tadi. Perap bersama sos ikan, garam & lada sulah. Gaul rata & perapkan selama 5 minit.
2. Sementara itu.. campurkan Quaker Oat Quick Cook bersama dengan tepong jagung & digaul rata. Ketepikan dahulu.
3. Masukkan telur yang dipukul terlebih dulu ke dalam isi ayam yang diperap.
4. Salutkan isi ayam dengan bancuhan oats dengan tepong jagung tadi. Aturkan dalam pinggan atau bekas yang sesuai.
5. Panaskan minyak secukupnya. Goreng isi ayam dikedua2 bahagian sehingga kekuningan. Angkat & tos.
6. Dalam mangkuk kecil.. campurkan Sos Chili Thai bersama dengan jus lemon & sos ikan nampla.
7. Dalam satu bekas yang sesuai.. campurkan isi ayam yang digoreng tadi, hirisan carrot, hirisan bawang merah, bijan sangai, secubit garam & cili padi. Tuangkan bancuhan sos tadi & gaul rata & biarkan secukup rasa. Letakkan di atas pinggan hidangan & hias dengan oren yang dihiris. Hidangkan segera! Sedap & menyelerakan!

Nota MaDiHaA: Jika rasa ada yang kurang... bolehlah tambah bahan2 perasa apa yang patut ikut kesesuaian rasa sendiri yer.. Sebab kemungkinan kuantiti ayam/bahan2 yang digunakan tak sama banyak dengan kuantiti bahan2 yang MaDiHaA buat ni.. jadi sukatan bahan2 lain yang ditulis mungkin tak mencukupi.. So pandai2 ejas sendiri yer..

*nota K.Nor :
kalau nak buat 1/2 ekor ayam, bahan2 sos tu perlu didoublekan atau ditriplekan.. baru ngam :)