ASSALAMUALAIKUM..
Ampun Ros.. ribu2 ampun.. K.Nor dah edit resipi donut Ros ni. Sebenarnya K.Nor kompius sgt tengok botol 'buttermilk' yg Ros tayang tu. Kalau ikut apa yg K.Nor tau dan tengok pada link yg Ros bagi tu, buttermilk ni dibuat dari susu dan kalau tak ada yg readymade boleh buat dgn membancuh susu fresh dgn jus lemon atau cuka. Dan hasilnya pastilah tetap warna putih dan setau K.Nor buttermilk kalernya putih cam susu tu. Bila tengok gambar yg Ros tayang tu, sebiji rupa/tekstur butterscotch sbb K.Nor pun ada sebotol butterscotch kat dapur. Lagipun Ros kata, donut yg dihasilkan wangi, jdi kalau guna butterscotch baru la wangi semerbak donut kalau nak dibandingkan dgn menggunakan buttermilk. Jadi K.Nor decide nak guna butterscotch yg ada tu utk buat donut menggunakan resipi ButterMilk Doughnuts Ros ni.
Alhamdulillah.. donut yg dihasilkan mmg lembut dan wangi hasil dr penggunaan butterscotch. Luqman yg mmg antu donut suka betul dgn donut ni. Disebabkan tukang masak tu kurang kerajinan nak mencanai dan menerap donut, jadi digentel2 jer doh tu menjadi bulat. Jadilah donut ball kan. Terpulanglah pada citarasa masing2 nak membentuk donut tu, cuma tukang masak ni jer suka main bulat2. Cepat sket siap dan kurang sket peralatan utk dibasuh.. hehe
Mintak izin ya Ros, K.Nor nak share resipi donut Ros tu kat sini lak ya.. (dgn sedikit ubahsuai) .
Ni butterscotch yg K.Nor gunakan..
Dibeli kat kedai baking ya..
BUTTERMILK DOUGHNUTS (Butterscotch)
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com
sumber: K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahanya
2 sudu kecil baking powder
180 gram tepung roti
220gram tepung gandum
2 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin@butter@shortening
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
3 sudu kecil buttermilk ( beli kat kedai bahan bakery seperti gambar di atas) ~ k.nor guna butterscotch
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut ini nanti.
1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.
4. Bahagi doh pada bebola kecil dan rehatkan selama 6 hingga 8 minit, kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnye, biarkan naik dua kali ganda, dan goreng sehingga ke-emasan, gunakan api sederhana, angkat dan salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba.
- kalau dah buat buttermilk sendiri guna susu dan cuka tu, kuantiti air suam@cecair yang 140ml tu boleh ditukar terus pada buttermilk, dan tepung roti tu juga boleh ditukar pada tepung gandum sahaja.
*K.Nor lebihkan 1 sudu butter dan tambahkan hampir 1/4 cawan air masa menguli sbb aritu masa buat doh keras sket. Mungkin K.Nor dah tersilap sukat tepung kut.