Thursday, October 6, 2011

De BELANG2 LAGI..

ASSALAMUALAIKUM..

Baru2 ni Izah tayang Blueberry Slice Cheese Cake.. memang tergoda tapi tak leh nak buat la stail mek Jah tu.. Kang Luqman tak makan.. Memang dah sedia maklum, dia takkan punya. Dia mmg tak suka dgn blueberry ke strawberry kalau letak dlm kek gitu. Dia suka yg plain jer.. Kesian gak, sbb dia duk teringin sgt makan kek cheese ni. Nak2 bila gi gergasi, mesti dia tunjuk jer kek tu. Dari beli yg mahal tp cikit jer tu baik buat sendiri kan. Lagi puas hati.. ongkos pun lebih jimat sih.. hehe


Dah acapkali buat Slice Cheese cake versi asal mengikut resipi dan pernah buat versi marble (belang2 gak la kat SINI. Memang kek ni syok dimakan, tapi lepas tu sendiri tanggung la ya.. K.Nor kena lebihkan brisk walking ler.. nak nyahkan balik lemak2 yg bergayutan ni.. hehe

Kek ku yg terireng .. sikit jer kan.. ayat penyedap hati ni.. hehe
Saja diterbalikkan sbb nak tayang alur pada kek tu.. 
Ni lah mould yg digunakan.. mould dr UK, pemberian anakanda tersayang..
Maceh ya Along.. ^__^

Resipi dari Ros JintanManis.. Mekasih ya Ros.. mmg tip top resipi ni. Sejak dah pandai buat sendiri ni dah tak heran dgn ciskek yg kat gergasi nun.. hehehehe ermmm.. kalau nak versi satu lagi yg guna cream cheese boleh guna resipi HaSue ni.. Light Cheese Cake..

SLICE CHEESE CAKE
sumber : Ros(Onigiri)@MyResipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila


Cara:

potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar
kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.
masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul
akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. masukkan adunan kek di dalam acuan .
bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.