Sunday, October 30, 2011

FLUFFY BUTTERSCOTCH PANCAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Aikk.. SecubitGaram bersiaran di hari Ahad? hehee... dah lama kan, SG tak bersiaran di hari Ahad. Tau aje la akhir2 ni bila mood tak berapa nak kebah ni, hari Sabtu dan Ahad tuan rumah payah sket nak menghapdet. Padahal bukan hari minggu utk org negeri Tganu pun kan.. Tapi bila Sabtu dan Ahad jer, blog2 agak suram tu yg jadi terjangkit sama kat K.Nor ni.. Tapi disebabkan nak menunaikan janji yg dibuat semalam kat entri FLUFFY PANCAKE jadi kenalah ghajen kan diri mengarang hari ni.. 


Ni dia resipi pancake yg dah K.Nor beri tambahan bahan lain. Menghasilkan pancake yg sangat sedap dan sangat wangi dgn adanya penggunaan BUTTERSCOTCH. hehe.. tuan rumah dah mabuk dgn butterscotch. Ni sejak Ros tayang Buttermilk Doughnuts dia yg K.Nor dah tukar kepada Butterscotch Doughnuts. Masa buat pancake ni pada kali pertama minggu lepas, tak terfikir pun nak edit apa2. Masa tu dah merasai keenakkan pancake yg gebus gebas tu. Pastu masa buat lagi pancake ni pada hari Jumaat baru2 ni, K.Nor terfikir nak tambah butterscotch ke dalam adunan. Hari tu K.Nor buat 2 adunan sekaligus baru puas hati anak2 makan (termasuk si tukang masak) sbb masa buat kali pertama K.Nor cuma buat 1 adunan jer. Memang wangi semerbak pancake ni. Sambil makan sambil mulut duk ..ermmm... ermmm... enaknya.. wanginya.... best!!

Butterscotch essence

Pada yg tak nak menerai pancake wangi ni bolehlah dapatkan butterscotch kat kedai baking ya.. Dan kalau bagi yg ada vit R yg lebih2 tu boleh la try buat sendiri butterscotch sauce ni.. Ni K.Nor dah carikan 3 resipi utk buat butterscotch yg mudah nak buat. Nanti K.Nor letak resipi beserta linknya kat bawah ya.. Jom tengok resipi FLUFFY BUTTERSCOTCH PANCAKE yg best ni dulu..

FLUFFY BUTTERSCOTCH PANCAKE
resipi : K.Nor@SecubitGaram
olahan dari resipi FLUFFY PANCAKE

Bahan:
1 1/2 cawan susu
4 sudu besar cuka/jus lemon
2 cawan tepung serbaguna/gandum biasa
3 - 4 sudu besar gula castor
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonate
1/2 sudu teh garam
2 biji telur A
2 sudu besar butterscotch essence
4 sudu besar butter ~ dicairkan

Cara:
Masukkan cuka/jus lemon kedalam susu. Kacau sedikit dan biarkan lebih kurang 5 minit (kaedah ni menghasilkan buttermilk)
Dalam satu mangkuk yg besar, ayakkan tepung, baking powder, soda bikarbonate dan garam.
Masukkan gula dan kacau hingga rata.
Pukul sedikit telur dgn garfu, masukkan butter dan butterscotch. Kacau.
Masukkan pula bancuhan susu tadi dan kacau hingga sebati.
Tuangkan bancuhan cecair kedalam mangkuk berisi bahan2 kering tadi.
Kacau hingga adunan sebati. * Perapkan adunan 10 - 15 min ut mendapatkan hasil pancake yg cantik dan gebu
Panaskan nonstick frying pan dgn api yg sederhana panas dan tuangkan sesenduk adunan, biarkan dlm keadaan membulat dan masak hingga keluar buih2 pada permukaannya dan balikkan.
Masak hingga pancake masak dan angkat.
Hidangkan pancake dgn jem/butter/sos coklat/madu/golden syrup atau apa2 yg disukai. (K.Nor suka makan dgn susu pekat hehe)


***********

Resipi butterscotch: (pilih lah yg mana2 berkenan, kalau terlebih rajin, gi cari jer kat kedai baking hehe)
1.
How to Make Butterscotch

INGREDIENTS
4 tablespoons unsalted butter
1 cup of tightly packed dark brown sugar
¾ cup heavy whipping cream (not ultra-pasteurized)
1 tablespoon vanilla extract
1 teaspoon kosher salt

METHOD
Butterscotch takes about a half an hour to make, from start to finish.

1 First, before you begin, make sure you have everything ready to go - the cream and the brown sugar next to the pan, measured and waiting. Making butterscotch is a fast process that cannot wait for hunting around for ingredients.

2 In a heavy bottomed stainless steel 2 quart saucepan, melt butter over low to medium heat. Just before butter is melted, add all dark brown sugar at once and stir with wooden spoon until sugar is uniformly wet.


2.
BUTTERSCOTCH SAUCE

Ingredients:
½ cup unsalted butter
1 cup packed dark brown sugar
1 cup heavy cream
½ teaspoon salt
1 teaspoon vanilla extract

Directions:
1) Melt butter in a medium pot over medium heat; add sugar, cream, and salt and whisk to combine. Bring to a gentle simmer over medium high, whisking constantly; cook 5 minutes, until thickened, whisking. Stir in vanilla and serve.

3.
BUTTERSCOTCH SAUCE

Ingredients:
3/4 cup light brown sugar, packed
1/2 cup light corn syrup
2 tablespoons butter
1/2 cup whipping cream
1 teaspoon vanilla

Preparation:
Combine brown sugar, corn syrup, and margarine in a small saucepan. Bring to a boil over medium heat, stirring constantly. Boil for 1 minute; remove from heat. Stir in cream and vanilla immediately. Cool; store in the refrigerator. Stir before serving over ice cream, puddings, or desserts.
Makes about 1 1/2 cups of butterscotch sauce.
This could be made up and given as gifts in hot sterile half-pint jars, with instructions to keep refrigerated and use within 2 weeks.


Butterscotch sauce ni selain dibuat pancake, boleh juga digunakan utk membuat puding, roti dll.. Insyaallah kalau K.Nor ada masa nanti, nak try buat sauce ni dan nak try jugak membuat dessert2 lain menggunakan butterscotch... ^__^