f Secubit Garam: FRAGRANT FISH CURRY

Monday, October 24, 2011

FRAGRANT FISH CURRY

ASSALAMUALAIKUM...

Bertemu lagi di pagi Isnin yg mendung. Skrg dah masuk musim tengkujuh, biasalah kalau mendung dan hujan kan. Alhamdulillah.. semua rahmat Allah.. Berbalik pd menu hitam2 sitampuk manggis hari ni, walaupun hitam punya la sedap dan wangi masakan hasil dr resipi Diana@Melley May ni. Kalau Diana guna ikan putih (maaflah K.Nor tak tau ikan apa ikan putih ni, mungkin kat Ganu guna nama lain kut) K.Nor guna ikan talapia jer. Alhamdulillah, maintan sedap. Yer la, ikan talapia mmg sedap dimasak apa2 pun, goreng gitu aje pun sedap!


K.Nor mintak izin nak share resipi Diana kat sini lak ya.. TQ :)

FRAGRANT FISH CURRY
sumber : Diana

Bhn²
600 gm ikan putih _ d potong kecil
Garam
Tepung jagung secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Bhn² A
4 tangkai daun kari
Segenggam udang kering _ d rendam dalam air panas, toskan dan d tumbuk kasar
4 ulas bawang putih _ d cincang
4 ulas bawang merah _ d cincang
1 biji cili merah _ d hiris
Cili padi jika nak bubuh _ ( Diana tak bubuh )

Bhn² B
1 1/2 tbsp serbuk kari Baba's
1/2 tbsp sos tiram Maggi
1/2 tbsp kicap cair Loon Kee
1 1/2 tbsp kicap pekat Loon Kee
Gula secukup rasa
1kpg asam keping ~ k.nor tambah

Cara²
Lumurkan ikan bersama garam dan saluti dengan tepung jagung.
Goreng ikan d dalam minyak yang panas sehingga garing.. Angkat dan ketepikan.
Panaskan sedikit minyak d dalam kuali... tumis bawang merah dan bawang putih sehingga wangi.
Kemudian masukkan udang kering dan tumis sehingga garing.
Masukkan cili merah dan daun kari.. Tumis sehingga wangi.
Masukkan serbuk kari dan goreng sehingga terbit aromanya.
Setelah itu boleh ler d masukkan kesemua baki bhn² B dan tumis seketika.
Masukkan ikan goreng dan gaul rata.
Masak selama 3 minit d atas api kuat dan angkat.
Sedap d makan dengan nasi putih panas.
Untuk resipi nie... jangan tambahkan air yer. :)