Thursday, October 13, 2011

KUIH KUKUS BAWANG GORENG

ASSALAMUALAIKUM...

Dua malam lepas masa duk sembang dgn Izah, K.Nor ada cakap kat dia nak derhaka kat resipi Kuih Kukus dia ni. Dia pun dah bagi green light. ehhh.. kalau tak bagi green light pun tetap ku derhaka kan jugak kan.. dah jenis suka main edit2 tang resipi, kasi new look, kasi ikut selera anak tekak ahli dlm rumah yg nak makan. Rasanya tak ada akta lagi kan melarang edit atau dgn kata lain derhaka kat resipi. Tengok cam smlm dah la, K.Nor derhaka kat resipi Madihah@Ratna (dlm resipi Ayam Tumis Tomyam) kebetulan pulak dia derhaka kat resipi Ayam Masak Merah Berempah resipi K.Nor. Tak jadi hal sebenarnya bab nak edit atau derhaka ni. Bagi org yg tau atau dgn kata lain yg arif bab masak ni, kita masak tak leh 100% ikut resipi. Kena gak edit situ sini, selalunya depend atas stok bahan kat dapur dan jugak yg lazimnya kerana nak ikut selera anak tekak anak2 dan suami yg nak makan. Betul tak? Betul kan.. sendiri tanya sendiri jawab ler.. tp mmg betul pong ... hehe


Ni lah dia hasil derhaka tang resipi Kuih Kukus Bawang Goreng, kuih yg agak meletop sebelum ni kan. Lepas jer Izah post resipi ni, berderet org mencuba. Rasanya Sheila, K.Aznim, Madihah@Ratna, AlongRoz dah pun cuba.. sapa lagi ek.. Maaflah kalau termiss dlm senarai ni ya.. Kuih ni seakan2 kuih Hasidah/Kasidah, kuih tradisional Trg kalau dilihat penggunaan bawang goreng tu. Tapi bila dah makan rasanya tak sama dgn Hasidah yg lebih lemak2 sbb ada diletakkan telur dan lebih wangi sbb dicampurkan jugak dgn minyak sapi. Nanti la, tunggu mood rajin dulu, akan ku godek Kuih Hasidah, salah satu kuih pebret K.Nor.

Minta izin ya Jah, akak nak share kat sini lak resipi Kuih Kukus mu itew.. hehe..  Amacam, tak marah kan, dah jd cam bendera Kedah dah tu.. hehe

 Jah, apasal akak dpt nipis jer? Rasanya dah guna loyang yg kecik ni..

KUIH KUKUS BAWANG GORENG
resipi asal : Izah Daud
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3/4 cawan + 2 sb tepung gandum
1/4 cawan tepung ubi kayu
1/2 cawan gula halus
1 cwan air pandan *5-7 helai daun pandan
1 cawan santan pekat
sedikit pewarna hijau apple * jika suka
1/2 genggam bawang goreng

Caranya:
Panaskan kukusan.
Campurkan semua bahan di atas kecuali bawang goreng.
Kemudian blend/ kisar sehingga sebati.
Masukkan ke dalam mangkuk, masukkan bawang goreng. Kacau-kacaukan.
Kemudian tuang ke dalam loyang yang telah disapu minyak.
Kukus sehingga masak (30-40 minit).
Tunggu sejuk kemudian hidang.

*kuih ni dapat kecik comel je. Kena gunakan loyang palingg kecil.
*disyorkan menggunakan bahan2 semula jadi. Contoh: bawang goreng buat sendiri, santan perah dan daun pandan.
*bawang goreng kena letak sikit aje, nak kasi rasa lite lite gitu. Dalam gambar tu, saya letak terbanyak bawang goreng nyer. sedikit menjejaskan rasa.