f Secubit Garam: NASI KABSA ~~~~ so..... yummy!

Tuesday, October 18, 2011

NASI KABSA ~~~~ so..... yummy!

ASSALAMUALAIKUM..

Masih ingat lagi tak, K.Nor pernah menang GA dari Ayu yg duk nun di Kuwait. Tak ingat? Terlepas entri tu? Sila tengok kat SINI ya.. hehehe Mekasih banyak2 Ayu dgn hadiah2 tu semua.. Selain dari barangan tupperware dah Queen Ann yg K.Nor dpt tu, Ayu juga bagi 2 paket rempah yg tak pernah K.Nor jumpa kat sini. Rasanya mmg tak dpt kat pasaran di Msia pun kan..


Hari Ahad baru2 ni K.Nor pun google la mencari resipi utk masak nasi menggunakan rempah kabsa ni. Mula2 teringat kat Nasi Mandhi yg dah masak 2 - 3 kali sebelum ni menggunakan resipi dari Raidah. Pastu saja2 search pulak resipi nasi kabsa. Link yg diklik utk resipi Nasi Kabsa rupanya ada di rumah Raidah jugak. Sebab dah tau kalau Raidah yg masak nasi stail arab ni mmg best, jadi K.Nor guna lah resipi Nasi Kabsa yg dia post kat blog dia tu. Hasilnya? Alhamdulillah.. sedap sangat2. Luqman makan bertambah2. Ingat nak buat lebih tp disebabkan beras basmathi ada ngam2 jer 3 pot, jd banyak tu jer la boleh dimasak. Alhamdulillah.. cukup lah utk K.Nor sekeluarga makan. Time lunch semua makan tp time dinner, hanya anak2 jer yg makan nasi sbb si tukang masak dan suami tukang masak mmg tak makan nasi malam2 hehe.. Diet? Oh tidak.. Bukan kerana diet sgt ya.. tapi dah jadi amalan K.Nor dan suami jarang makan nasi malam@dinner. Kita org biasanya makan yg ringan2 jer. Gula dalam badan harus dikontrol lagi pun cik abg tu mmg ada family history dgn penyakit diabetis ni. Sebab tu lah, K.Nor sentiasa mengurangkan sukatan gula dalam apa yg K.Nor masak. Lagipun K.Nor sendiri mmg tak suka manis2 dan masin2.. hehe



Berbalik pada Nasi Kabsa ni, rasanya kena buat lagi lepas ni tapi rempah kabsa yg berbaki tu sikit jer lagi. Kena buat sendiri la nampaknya rempah kabsa. Kat resipi di bawah ni pun ada Raidah sertakan resipi rempah kabsa dan rasanya Zaliedana pun pernah buat rempah kabsa kan.. Takper.. lepas ni kita jd tokey rempah kabsa lak.. hehehe

Mekasih buat Raidah yg dah berkongsi resipi Nasi Kabsa yg sedap ni. Izinkan K.Nor kongsikan kat sini lak ya..  (nampak jer cerewet nak masak nasi ni tapi mudah jer tu.. percayalahhhhhhhh .. hehe)

NASI KABSA
resipi : ResipiRaidah
Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ~ k.nor tak letak
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

**
utk lemon kering tu K.Nor gantikan dgn sedikit perahan lemon.
utk sukatan air, setelah ayam masak, terdapat air dari ayam bercampur dgn rempah ratus tu jadi K.Nor kurangkan sukatan air sebanyak 3/4 cawan. Alhamdulillah elok jer nasi masak dan tak lembik tak juga keras. tapi kena ingat ya, sukatan air ni bergantung pada jenis beras yg digunakan.

Sos:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.


Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.