Wednesday, October 5, 2011

SARDIN MASAK KICAP PEDAS

ASSALAMUALIKUM..

Entri ringkas2 jer ni.. nak cakap pun ringkas jer bersesuaian dgn masakan ringkas yg dibuat. Menu yg menjadi pojaan hati ku (termasuk jugak cik abg), setelah sekian lama tak masak. Ni menu hari apa ek.. Sabtu kut (ni la akibatnya bila lemau menghapdet, bukan tak masak tp duk peram jer gambar2 masakan dlm fail hehe). Buat ni masa Luqman ada perkemahan kat sekolah. Dia tak minat masakan sardin, jadi kena buat time dia tak ada jer. Best betul melayan masakan sardin, pastu pekena dgn telur dadar dan sambal kicap yg dipotong cili padi.. Enak weh... ^___^


SARDIN MASAK KICAP PEDAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 tin kecil sardin ~ k.nor guna brand Pertima
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 ulas bawang merah ~ dimayang
1 sudu besar cili mesin
5 - 7 sudu besar kicap manis
5 biji cili api ~ diketuk
1/2 cawan air
1/2 labu bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji limau kasturi
sedikit garam
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan pula kicap dan sos dalam tin sardin.
Masak sekejap dan masukkan air dan garam. Masak lagi hingga mendidih.
Masukkan ikan sardin dan cili api, biarkan merenih.
Masukkan hirisan bawang besar, kacau seketika dan padamkan api.
Perahkan limau kasturi ke dalam masakan dan kacau rata.
Angkat dan hidangkan.