f Secubit Garam: 5A JUGA UTK LUQMAN HAKIM ^__^

Friday, November 18, 2011

5A JUGA UTK LUQMAN HAKIM ^__^

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah ya Allah.. Segala rasa syukur dipanjatkan padaMu, hanya Engkau yg selayaknya dipuji. Engkau maha berkuasa atas segala sesuatu. Berakhirnya satu debaran pagi semalam (masih ada satu lagi debaran yg lebih kuat menunggu bulan Dec nanti heeee) bila Luqman mengikuti jejak langkah abang2 dan kakaknya yg menempa kejayaan dalam Peperiksaan UPSR. Alhamdulillah.. Memang dia agak konsisten dlm setiap ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun dan juga peperiksaan percubaan sebelum ni. Tapi hati ibu tetap berdebar (mmg sentiasa berdebar tiap2 kali anak2 nak amik result.. sesuatu yg tak boleh nak elak tuh.. hehe) walaupun dia nampak relaks dan yakin jer bila habis peperiksaan UPSR hari tu. Bukan bimbang dia tak leh jawab dgn baik cuma bimbang berlaku kecuaian dlm menjawab soalan. Syukurlah tak berlaku semua tu.. akhirnya dia berjaya mendapat 5A spt yg diidamkan.. Tahniah buat anak mak, hero bongsu mak MUHAMMAD LUQMAN HAKIM.. semoga akan terus mencapai kejayaan demi kejayaan di masa akan datang juga berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.. amin....


Tak lupa juga nak ucapkan tahniah buat Hasue dan hero sulongnya serta Azita (Lestari Kehidupanku) dan heronya jugak.. eemmm K.Ida (1001 Resipi) dan hero bongsu nya... (sapa lagi yg anaknya pun amik UPSR? maaf lah kalau K.Nor tertinggal/terlupa ya..) wahh semua hero ni ya...  semoga hero2 kita ni akan terus menempa kejayaan di peringkat lebih tinggi nanti.. insyaallah...


Jom layan gambar2 sekitar acara pengumuman keputusan Peperiksaan UPSR 2011 yg diadakan di Sek Keb. Chabang 3 semalam. Di kesempatan ni jugak nak ucapkan tahniah kepada pihak sekolah terutamanya guru2 tahun 6 yg terlibat dalam mendidik anak2 murid hingga mencapai kejayaan terbaik pada tahun ni dgn 50 org pelajar telah mendapat 5A. Pencapaian tertinggi setakat ini utk Sekolah Chabang 3. Ke empat2 org anak K.Nor menduduki UPSR di sekolah ni dan Luqman adalah yg terakhir belajar di SKPCT. Dah tak ada lagi murid yg dipanggil Tolahah di sekolah tu nanti (anak2 K.Nor lebih dikenali dgn nama ayah sbb jarang2 org ada nama tu, cikgu2 pun lebih senang panggil nama ayah dr nama anak hehehe) Jutaan terima kasih juga para guru2 SKPCT yg dah mendidik kesemua anak2 K.Nor hingga masing2 menggenggam kejayaan yg cemerlang. Semoga Allah juga yg membalas budi dan jasa guru2 semua. 

Before (gambar atas.. tengah berdebar tu hehe) & After (gambar bawah) the result ^___^