Wednesday, November 30, 2011

KEK COKLAT KUKUS TANPA TELUR

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni kebizian banyak ya.. so no pot pet panjang2. Layan kek cekelat kukus terbaru dari Dayang ni. Sebenarnya buat kek ni minggu lepas lagi dah.. tp disebabkan ada banyak gambar2 lain dlm folder jd kena peram dulu kejap. Dayang, jgn marah ek... Sian Dayang, dah banyak hari nunggu K.Nor entrikan kek ni... :)


Dayang, K.Nor nak share resipi tu kat sini lak ya.. Mana tau kut2 lepas ni virus kek cekelat ni akan tersebar.. hehe

KEK COKLAT KUKUS TANPA TELUR
by : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan : loyang 6" x 6"

Bahan A :
125 g tepung gandum
1 sudu kecil serbuk soda bikarbonat ~ 1/4
2 sudu kecil serbuk penaik ~ 1sk

Bahan B :
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang (sila lebihkan gula jika menggunakan serbuk koko pahit/pure cocoa) ~ 3/4 caw
1/2 cawan susu pekat manis 1/2caw
1 sudu kecil esen vanilla atau 1 sudu kecil coffee emulco
2 cawan susu cair/susu segar 1 3/4
1/2 cawan minyak jagung/minyak masak sayuran
1/4 sudu kecil atau secubit garam

Bahan C :
1 sudu besar cuka makan atau jus lemon


Cara-cara :
Sediakan pengukus. Didihkan airnya.
Ayakkan bahan A dan kacau rata-rata. Ketepikan.
Satukan kesemua bahan B ke dalam periuk dan dengan menggunakan api perlahan, kacau adunan hingga gula larut dan sebati. Tutupkan api dan biarkan ia suam.
Kemudian satukan bahan A dan B dengan menggunakan hand whisk atau rubber spatula. Kacau hingga sebati. Pastikan adunan tidak bergentel.
Akhir sekali masukkan bahan C. Terus kacau serta merta tetapi jangan terlebih kacau atau terlalu lama. Kemudian tuangkan adunan ke dalam loyang yang sudah digriskan dengan mentega.
Tutupkan loyang dengan kertas foil.
Kukuslah selama lebih kurang 45 minit atau 1 jam.
Setelah habis dikukus, padamkan api. Biarkan sebentar selama 10 minit sebelum mengeluarkan kek dari loyang.
Sejukkan kek sebelum dipotong. Boleh juga dihiaskan dengan topping kesukaan masing-masing.
kek ini bersaiz kecil sahaja. Sila gandakan sukatan jika menggunakan loyang besar.
kek ini boleh juga dibakar. Namun kemanisan kek versi kukus tak sama dengan yang dibakar. Jika menggunakan kaedah bakar, sila kurangkan sukatan gulanya atau mengikut citarasa sendiri.
kek akan menjadi lebih moist dan sedap jika dibiarkan semalaman.

Tuesday, November 29, 2011

PUDING BUIH

ASSALAMUALAIKUM...

Rasanya dah banyak kali tayang entri Puding Buih. Kalau ikutkan males dah nak posing dan masukkan entri yg sama gini tp bila tengok cute aje puding yg dihasilkan terasa nak shooting pulak hehe. Tak kisah la, yg dah biasa tengok tu, jeling2 aje pun tak per.. no hal.. Yg tak pernah tengok dan yg tak jemu2 nak tengok tu silakanlah menjamu selera mata ya.. hehe


Dah banyak hari hero bongsu duk request Puding Buih. Si tukang masak agak kurang rajin nak memuding, maklum ler duk hujan jer. Kebetulan cik abg keluar baru2 ni mintak dia singgah kat tempat org jual kuih dan belikan sebekas puding buih utk Luqman. Bila makan, rupa2nya bukan puding buih tp puding jagung. Nasib baik hero tu peminat puding jagung gak. Kesian pulak tengok dia nak makan puding kegemarannya tu jadi smlm K.Nor godek la bagi menunaikan hajatnya yg tak kesampaiannya tu.. Alhamdulillah.. cam biasa mmg dia hadap sungguh2 kalau bab Puding Buih yg K.Nor buat ni.


PUDING BUIH
resipi asal : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 paket agar2 serbuk  (1pkt 10gm)
1.2 liter air
6 sudu besar gula
1 helai daun pandan ~ disimpul
4 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
1 tin fruit cocktail ~ optional
pewarna dan paste/emulco ikut citarasa

utk kuah:
1 tin susu cair
2 tin air (guna tin susu cair)
7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
2 sudu besar tepung kastard
1 biji kuning telur yg diambil dari 4 biji telur td
2 helai daun pandan ~ disimpulkan
1/4 sudu kecil garam

Cara membuat puding:
Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih.
Bila dah mendidih padamkan api dan biarkan sejuk sedikit.
Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 4 putih dan 3 kuning sahaja ya).
Bagi yg cuma ada mixer biasa or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian jika nak buat 2 lapisan/kaler puding. Masukkan pewarna dan paste yg disukai dan kacau hingga sebati.
Basahkan acuan dgn air biasa dan tuangkan adunan pertama dan biarkan mengeras sedikit dibahagian atas.
Kemudian tuangkan lapisan seterusnya dgn perlahan2 ditepi bahagian mould (seeloknya tuang atas belakang sudu/senduk) supaya adunan tak jerlus kedalam lapisan sebelumnya.
Bila puding dah tak panas lagi, masukkan ke dalam peti ais dan sejukkan sebelum dihidangkan.

Cara membuah kuah:
Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah dan letakkan fruit cocktail. Sedap dimakan masa sejuk.

Monday, November 28, 2011

SUP ANGEL HAIR

ASSALAMUALAIKUM..

Rasanya dah ramai yg maklum K.Nor pernah dan agak ulangkali gak tayang Sup Makaroni. Akhir2 K.Nor dah tak lagi buat versi makaroni tapi bertukar pada angel hair. Mula2 buat versi angel hair ni kes tak perasan stok makaroni dah nak abis. Masa tu kuah sup dah hampir siap, cuma tunggu nak masukkan makaroni jer dlm periuk. Bila check rupanya hanya ada secawan jer makaroni, nak gi beli masa tu dah dekat nak waktu berbuka. Jadi K.Nor amik angel hair yg mmg sentiasa ada stok kat rumah dan patahkan dua. Pastu humban jer dalam periuk bersama dgn spiral makaroni yg cuma ada 1 cawan tu. Alhamdulillah... rupanya sedap pulak bila makan sup yg diletakkan angel hair. Sejak hari tu, bila ditanya si anak dara nak berbuka dgn apa, mesti dia request Sup Angel Hair tu. Bukan dia aje suka, Naim pun kadang2 request gak benda yg sama. Tukang masak dgn suami tukang masak semua pulun hehehe..


Sup Angel Hair ni K.Nor buat based pada resipi SUP MAKARONI (resipi Masz Kajang.. Masz!! rindu sama laling weh... hehe) Pastikan ada sambal kicap time makan Sup Angel Hair ni utk keenakkan yg berganda hehe.. 

SUP ANGEL HAIR
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
220gm pasta angel hair
1 mangkuk daging yg dihiris panjang dan nipis
bebola ayam ~ dipotong 2 atau 4
5 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1in halia ~ diketuk
2 sudu besar rempah sup (boleh gantikan dgn 2 sup bunjut)
1 sudu kecil serbuk lada hitam ~ kalau nak lebih pedas boleh lebihkan
2 liter air
kobis ~ dipotong
carrot ~ disagat
1 bj tomato ~ dipotong 8
garam, gula
minyak
daun sup ~ dihiris
limau nipis/kasturi

Bahan penumis:
1 btg kulit kayu manis
3 bj buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
3 kelopak bunga lawang

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia wangi.
Masukkan bahan penumis dan biarkan seketika.
Masukkan hirisan daging dan goreng hingga daging berubah warna dan masukkan pula rempah sup dan serbuk lada hitam serta sedikit air.
Goreng hingga pecah minyak dan masukkan baki air. Masak hingga daging empuk.
Masukkan pasta angel hair dan bebola ayam, biarkan mendidih.
Masukkan kobis, carrot, garam dan sedikit gula.
Bila pasta dah lembut/masak, masukkan tomato yg dipotong tadi. (angel hair tak perlu dimasak lama sbb ia halus dan cepat lembut/masak)
Biarkan seketika dan tutup api.
Hidangkan ke dlm mangkuk bersama daun sup dan potongan limau nipis/kasturi serta sambal kicap.


Sunday, November 27, 2011

PUDING ROTI KARAMEL

ASSALAMUALAIKUM...

Sebelum meneruskan kepada entri hari ni, K.Nor sekeluarga mengucapkan Salam Maal Hirjah buat semua pengunjung SecubitGaramNor67. Semoga kita diberikan kesihatan yg baik dan juga semoga hati dan jiwa kita sentiasa 'bersih' dan kuat utk menempuh ujian di hari2 yg mendatang.. aminn...


Alhamdulillah.. ramai yg berpuasa sunat awal Muharram hari ni kan... Dah siap juadah berbuka belum? Masih sempat lagi kalau nak godek kuih2 atau dessert utk dijadikan juadah pemanis mulut disamping masakan utk berbuka yg lain. Kali ni K.Nor nak buat ulangtayang dessert yg dah acapkali buat, PUDING ROTI KARAMEL. Biasalah kalau ada lebihan roti yg nak expired tu mula la nak menggodek utk dijadikan juadah. Kalau duk bior gitu jer gerenti bakal jadi habuan cik tong. 


Resipi PUDING ROTI KARAMEL NI K.Nor guna yg pernah K.Nor buat dulu, resipi dari Rosaliza. Mekasih ya Rosaliza.. K.Nor nak share sekali lagi resipi tu kat sini.. Opss.. sebelum mengudurkan diri, nak ucapkan SELAMAT BERBUKA PUASA bagi mereka yg berpuasa sunat hari ni... Semoga segala ibadah kita diterima dgn baik oleh Allah Taala.. aminn...

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je

Saturday, November 26, 2011

DAGING GORENG BEREMPAH

ASSALAMUALAIKUM..

Menu hari ni pun adalah edisi entri tertunggak. Daging goreng ni dah lama K.Nor buat tp tak berkesempatan nak enterpreme disebabkan kena bagi laluan pada entri yg lain. Ampun ya Along, lama sungguh Nor peram entri ni.. Apapun mmg sedap daging yg dimasak simple gini. 

sori ya.. nak mekap hidangan pun agak kurang ghajen haishhh....

Kalau ikut resipi asal, Along guna daging kamben tp K.Nor gantikan dgn daging lembu qurban yg masih ada lagi dlm freezer nun. Daging ni K.Nor suka makan ratah2 gitu2 ajer, sedap! Ada kesilapan teknik sket masa K.Nor masak daging ni, takper lah biar lah Along jer yg tahu.. hehehe.. Maceh ya Along, Nor nak share resipi tu kat sini lak ya... 

KAMBING GORENG BEREMPAH
resipi : AlongRoz@HomeKreation

BAHAN2:
1 kg Daging Kambing (Lamb Shoulders) - potong saiz 2" persegi ( k.nor guna daging lembu)

2 sb Tpg Gandum
1 sb Serbuk Kunyit
3 sb Cili Mesin
5 btg Serai*
10 ulas Bwg Merah*
3 ulas Bwg Putih*
4" Halia*
2 sb Biji Ketumbar*
1sb Jintan Manis*
1 sb Jintan Putih* (* blend)
Garam & Gula
1 cwn Minyak

CARA2:
1. Gaul kambing dgn tpg sehingga rata & bilas.
(tujuan nya utk menghilangkan bau hamis kambing)
2. Gaul dgg kambing dgn garam, serbuk kunyit & cili mesin sehingga rata.
Gaulkan dgn bhn2 blend, garam & gula.
Perap selama sekurang2nya 1/2 jam.
3. Panaskan 1 cwn minyak di dlm periuk/kuali tak melekat.
Masak sehingga kering & rempah2 nya garing.
4. Angkat & biarkan di dalam tapis sebentar utk mengasingkan minyak yg berlebihan.

Friday, November 25, 2011

BUTTER CHEESE CAKE

ASSALAMUALAIKUM...

Bertemu lagi di petang Jumaat yg sejuk.. Matahari pun agak malu2 nak muncul, kejap gelap dan hujan turun disertai angin. Happening gak la Monsoon Cup tahun ni kalau cuaca gini rasanya hehe..


Meh layan BUTTER CHEESE CAKE, resipi yg dah berperam lama dlm folder. Pernah tengok kat blog Wana@Potret Kasih kalau tak silap tp K.Nor copy resipi dr rumah Jun. Saja gatal tangan buat kaler sket dgn menambahkan strawberry emulco dan warna pink dlm sedikit adunan utk menghasilkan efek yg lebih cun, seakan marble. Dan sudah tentu lah hasilnya lagi enak dgn rasa strawberi tu.. 


Ni adegan memecah dara SM yg dibeli oleh Along masa dia ke UK Mei lalu.. Maceh anak mak ya... cayang dia <hugs> & <kiss (kat pipi tau hehe)> utk anak mak :)

BUTTER CHEESE CAKE
sumber : Jun@Yummylicous
sumber : K.Nor@SecubitGaram

A:-
225gm tepung
1 1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam

B:-
200gm butter
175gm cream cheese
1/2 sudu teh lemon zest
175gm gula
5 biji kuning telur

C:-
5 biji putih telur
1 sudu teh jus lemon




Pukul butter n cream cheese hingga kembang. masukkan gula, pukul lagi.
Masukkan kuning telur n kulit lemon, pukul lagi.
Masukkan bahan A n gaul rata.
Dalam mangkuk lain, pukul bahan C hingga kental.
Kemudian masukkan kedalam campuran butter tadi n kacau rata.
Masukkan kedalam loyang n bakar pada 180'c selama 30min.


Thursday, November 24, 2011

MUFFIN PANDAN

ASSALAMUALAIKUM..

Dah ada idea nak makan apa utk petang ni? Atau utk brekpes pagi esok? hehee... awalnya kan, dah pikir apa nak makan pagi esok. Yer la.. skrg dah cuti sekolah.. Anak2 ada kat rumah, tambah lak hujan aje akhir2 ni, perut pun cepat berkeroncong  Jadi kepala tukang masak pun kena ligat sket la cuti2 ni duk fikir apa nak buat utk mengenyangkan perut yg minta diisi tu.. hehe


Dah selalu sgt duk buat muffin atau kek berperisa coklat, jadi sesekali nak bertukar selera la pulak kan. Jadi google la resipi muffin pandan, ada banyak gak la yg keluar tp hati teringin nak menerai resipi Muffin Pandan  yg K.Nor jumpa kat dapur Rinnchan ni. Alhamduillah.. tak sia2 mencuba.. terasa lemak berkrim dan wangi daun pandan tu terutamanya masa nak masak tu. 


Sapa2 yg suka muffin yg harum dgn bau pandan ni jom la cuba resipi ni. Maaflah K.Nor tak tau siapa pemilik asal resipi ni, sbb K.Nor ambil kat dapur Rinnchan yg katanya dia dapat dari forum Cari.com. Terima kasih pada Rinnchan dan owner asal resipi.

MUFFIN PANDAN
Sumber : Cari.com & Rinnchan
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.


Wednesday, November 23, 2011

AYAM SAMBAL HUTAN

ASSALAMUALAIKUM...

Menu hari ni, AYAM SAMBAL HUTAN, resipi yg K.Nor ambil kat rumah Ayu S'pore. Masakan ni K.Nor gandingkan dengan NASI SERAI. Jangan tanya K.Nor kenapa namanya sambal hutan ya.. Bukan guna ayam hutan ya... Sambalnya tu dinamakan gitu oleh tuan resipinya, jadi kita ikut aje la... hehe.. 


Boleh tahan gak rasa masakan ni, macam ayam msak merah berrempah pun ada gak. Perbezaannya cuma ada lengkuas dlm sambalnya tu. Mintak izin ya Ayu, nak share kat sini lak.. Tq :)


AYAM SAMBAL HUTAN
Sources:-From Hjh Alijah Abdullah
Sources: From Ayu@Curlybabesatisfaction

Bahan2:-
1 ekor ayam dibuang kulit dan lemak, dipotong ikut suka
2cm lengkuas, dititik
2 batang serai, dititik
garam dan gula secukup rasa
minyak untuk menumis

Bahan kisar:-
2 sudu makan penuh ketumbar biji
2 sudu teh penuh jintan halus
15 biji lada kering
12 biji bawang merah
8 biji bawang puith
2cm kunyit hidup

Cara:-
Gaul ayam yang telah dicuci bersih(Ayu cuci dgn air asam) dengan bahan kisar. 
Panaskan 1 senduk lauk minyak dan tumis serai & lengkuas hingga wangi. 
Masukkan ayam dan gaul rata. Kemudian masukkan sedikit air dan kacau sehingga rata. 
Masak hingga ayam empuk dan kuahnya menjadi pekat. 
Taburkan gula dan garam secukup rasa. 
Enak disajikan dengan nasi atau roti.

Tuesday, November 22, 2011

PITTAYA PANNA COTTA

ASSALAMUALAIKUM...

Apa hal la hujan2 tayang atau buat dessert kan..  Nak buat camana, gambar dah lama terperuk dlm folder, kena la keluarkan tak kira lah time hujan ke, banjir ke.. Nanti terus lupa adanya gambar2 tu, tak terpublish.. Tak kisah lah, hujan ke panas ke.. semua rahmat Allah.. Jom layan dessert yg amat mudah dan cepat disediakan tapi mengambil masa yg panjang utk set dan baru boleh dinikmati. Tapi kalau dah makan tu boleh pejam2 mata menikmati kelazatannya.. 


Dah banyak versi panna cotta yg K.Nor cuba, bermula dgn MANGO, LAICI, KIWI, DURIAN, KIWI GOLD dan last sekali ROSE SYRUP. (terima kasih kepada Gert, org yg bertanggungjawab memperkenalkan panna cotta pd K.Nor, yg telah membuatkan K.Nor sekeluarga jatuh cinta pada panna cotta :).. thanks Gert!)Semuanya enak2 belaka. Kali ni K.Nor cuba versi pittaya atau nama lainnya dragon fruit atau buah naga dlm bahasa org kita. Kebetulan beli buah naga ni masa ke Merchang baru2 ni, tengok kat tepi jalan area Penjara Marang tu ada org jual buah naga. Mintak cik abg stop kereta sbb nak beli buah naga. Dah lama tak beli buah naga ni, anak2 K.Nor suka buah naga ni dibuat jus atau suka gak makan gitu aje. 


Jom layan PITTAYA PANNA COTTA, resipi hasil olahan dr Mango Panna Cotta yg mula2 dulu try buat, resipi dari Gert. Rasa panna cotta ni manis (rasa manis tu kita ejjas sendiri ya..) dan buah yg sesuai digunakan utk digandingkan adalah buah yg ada rasa masam2 atau masam2 manis. Kalau ikutkan buah naga ni rasanya manis kan, tak masam. Jadi utk menghasilkan panna cotta yg ada combination manis dan masam, K.Nor masukkan sedikit jus lemon kedalam puri buah naga tu. Baru la best, kalau tak manis bertemu manis tak berapa syok sgt. Kena ada rasa masam2 sket kat puree tu baru ngam! Bagi yg dah pernah merasai keenakkan panna cotta, jom try versi PITTAYA PANNA COTTA lak ya... :)

PITTAYA PANNA COTTA
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
9gm gelatin (lebih kurang 1 sudu besar dan di lebih sket)
4 sudu besar air
2 ½ cawan susu segar/fresh milk
1/4 cawan gula
1 sudu teh vanila

utk puree pittaya:
1/2 - 1 biji buah pittaya@buah naga
2 - 3 sudu besar gula
1 sudu besar perahan lemon/limau nipis

Cara2:
1. Masukkan gelatin ke dalam air dan biarkan mengembang.
2. Masukkan susu dan gula ke dalam periuk dan masak dgn api sederhana hingga susu di bahagian tepi periuk mengeluarkan buih2 kecil.
3. Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
4. Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yg sesuai.
5. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
6. Blend buah pittaya dan masukkan gula dan perahan lemon. Kacau hingga sebati.
6. Tuangkan puri pittaya keatasnya dan bolehlah dihidangkan.

Monday, November 21, 2011

HOKKAIDO MILKY LOAF

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. bersiaran lagi hari ni. Setelah sekian lama, mood meroti kini kembali. Kalau ikutkan cuaca skrg ni yg selalu hujan mmg takkan hadir mood meroti tu. Tapi bila K.Nor baca kat blog mana ntah kaedah menaikkah doh dgn cepat terutamnya dlm cuaca sejuk2 gini, terus K.Nor praktikkan masa meroti kali ni. K.Nor panaskan oven pada suhu 160C pastu tutup suis oven. Bukak pintu oven sekejap utk keluarkan haba yg kuat dlm oven tu dan masukkan mangkuk berisi doh kedalam oven. Jangan lupa utk cover bahagian atas mangkuk dgn towel lembab ya.. Alhamdulillah.. tak perlu tunggu berjam2 utk doh naik, kejap jer doh naik dgn elok. Terus prepare alatan utk membentuk dan menyiapkan roti.


Bila dah siap bentukkan dan letak dlm tray, masukkan balik dlm oven yg masih suam2 tu. Kalau dah sejuk, panaskan balik sekejap dan ulang proses tadi. Insyaallah.. doh mengembang dgn elok dan tak makan masa yg lama utk makan homemade bread yg enak :)

Berbalik pd roti yg dihasilkan kali ni.. K.Nor tertarik utk mencuba Hokkaido Milky Loaf setelah tengok roti yg Wendy@Tablefor2 tayang kat blognya baru2 ni. Kebetulan ada sekotak whipping cream dlm esbok.. Terus jer la dgn projek meroti ni. Alhamduillah.. tak sia2 menerai resipi roti ni, roti yg dihasilkan cam kapas lembut dan putihnya. Memang sedap! Makan gitu aje pun sedap! Dan roti ni masih lagi lembut keesokkan harinya. Tak perlu panaskan balik utk rasa yg lembut tu. (Sori lah ya, K.Nor lupa nak shoot gambar roti yg dah dipotong) Pada yg suka meroti, meh la cuba resipi Hokkaido Milky Loaf ni. Thanks to Wendy yg dah share resipi tu kat blognya...


Selain dibentuk menjadi loaf K.Nor buat juga bentuk bun kosong, satunya ditabur bijan dan satu lg ditabur gula. Memang lembut, gebus dan best roti ni.. :)



HOKKAIDO MILKY LOAF
Source: Angie's Recipes & Wendy
Makes: One 5X5X13 inch pullman tin, without lid
source : K.Nor

540 gm Bread flour
60 gm Cake flour
10 gm instant yeast
30 gm Milk powder
80 gm Sugar
9 gm Salt
1 large Egg
250 gm Fresh milk
150 gm Whipping cream

1. Mix everything together and mix until a dough forms.
2. Knead on speed 4 (Kitchen Aid) for 20 minutes until a smooth, glossy and elastic (It will pass the window pane test)
dough is achieved.
3. Cover and let dough proof for 1 hour or until doubled.
4. Punch down and separate dough into 4 pieces. Make them round and let them rest for 10-20 minutes.
5. Roll out dough (like a longish oval) and roll up (like making swiss roll) and place them into a greased pullman tin.
6. Let dough rise until 2/3 full. Preheat oven. Brush on egg wash if preferred.
7. Bake for 40 minutes or until pan sounds hollow when tapped.

Sunday, November 20, 2011

SOTONG MASAK LADA HITAM

ASSALAMUALAIKUM...

Entri bisu aci tak? hehehe... Jom layan gambar dan resipi aje ya hari ni... Tuan rumah sakit kepala ^___^


SOTONG MASAK LADA HITAM 
resipi :  K.Hanieliza (Buku Masakan Makanan Laut)
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A
300gm sotong (dipotong kecil)
1 labu bawang besar (dipotong gelang)
3 sudu besar sos lada hitam
1 sudu besar ladan hitam (ditumbuk kasar)
1 pokok daun bawang
garam (sekiranya perlu)

Bahan B (kesemuanya dihiris)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 bj cili merah

Cara2:
Panaskan minyak dan tumiskan bahan B hingga layu.
Masukkan sotong, lada hitam, bawang besar, cili merah dan sos lada hitam.
Kacau rata dan biarkan mendidih sebentar.
Tutup api dan taburkan daun bawang.
Sedia dihidangkan.

tip dr K.Liza:
garam tidak perlu ditambah kerana sos lada hitam sudah masin


#tip dr K.Nor :)
sotong tak perlu dimasak lama utk mengelakkan dr rasa liat/keras
boleh gak dicuba cara ni: (ni kaedah K.Nor ya.. bukan nak menunjuk pandai.. terpulang pd cara masing2)
  • panaskan sedikit minyak dan goreng dulu sebentar sotong yg dah ditoskan sehingga keluar air.
  • angkat dan ketepikan.(jgn goreng terlalu lama)
  • panaskan sedikit minyak yg lain, baru la ditumis bahan2 B hingga layu dan masukkan sos lada hitam, lada hitam tumbuk dan bawang besar.
  • masukkan air sotong td dan masak hingga sedikit pekat baru la dimasukkan sotong.
  • kacau2 hingga rempah2 mesra dgn sotong dan bolehlah dihidangkan.

Saturday, November 19, 2011

MEE GORENG MAMAK

ASSALAMUALAIKUM...


Mencuba resipi Mee Goreng Mamak, resipi K.Hanieliza tp hasil selongkar dapur Izah. (rasanya Izah amik kat dapur Hana kan..) Pastu part kicap pekat tu K.Nor gunakan KICAP CAMPUR, resipi Mas. Alhamdulillah.. sedap... Mekasih pd 4 org mak daras ni kerana sudi berkongsi resipi. K.Liza, Nor share resipi tu kat sini lak ya.. Mekasih..

MEE GORENG MAMAK
resepi: Chef Hanieliza
sumber: Izah

Bahan-bahan
500 gm mee kuning
100 gm daging ) hiris nipis
100 gm fish cake ~ k.nor tak letak
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi [potong kecil] *tuko kobis
3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari
3 sudu kicap pekat ~ k.nor ganti dgn kicap campur
2 sudu minyak masak
1 labu bawang besar [cincang halus]
1 cawan putih telur @ 3 biji telur
3 biji cili hijau@merah[hiris nipis]
hana tambah tomato ~ k.nor letak gak tomato

Cara-cara
Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan fish cake. Biar sebentar.
Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
Masukkan taugeh dan sawi.
Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
Masakkan mee agak kering.
Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.

Friday, November 18, 2011

EGG FREE CHOCOLATE CUPCAKES

ASSALAMUALAIKUM...

Mekasih atas ucapan utk anakanda Luqman kat n3 bawah tu ya...  Terharu dia bila tengok ramai sekali dui ucap tahniah baik di fb (smlm) dan juga di entri tu.. Jutaan terima kasih dari K.Nor dan Luqman terutamanya buat semua. Semoga anak2 kita akan sentiasa cemerlang dlm pelajaran dan hidup, di dunia dan di akhirat.. amin..


Meh la layan entri petang ni lak. Tengok Ayu S'pore tayang cupcakenya aritu terus save resipi. Yer la pantang tengok org post resipi yg mudah2 tambah lak yg versi coklat, cepat jer tergoda. Alhamdulillah .... tak sia2 mencuba resipi mudah ni. Memang mudah dan berbaloi utk dicuba. Hasilnya sangat sedap. Kebiasaannya muffin yg digodek gitu tp kali ni cupcake. Memang mula2 tak konfiden gak, sbb cupcake biasanya dipukul spt buat kek gak. Tapi terai aje la ikut step yg dinyatakan tu. Cupcake ni tak la segebu cupcake yg dipukul, teksturnya tak jugak padat sgt cam muffin. Kiranya tengah2 gitu. Rasa pun sedap! K.Nor ikut cara Ayu kurangkan sukatan gulanya tu, tu pun ada rasa manis gak lagi. Opss lupa nak beritau K.Nor tak letak coklat chips tp kepingan coklat yg bulat tu. Rasanya kalau nak letak coklat chips perlu kurangkan sket lagi (1 - 2 sudu besar gula) sbb coklat chips pun manis gak kan. Apa pun terpulang pd selera masing2. Memang resipi ni boleh dibuat lagi lain kali..  


Mekasih Ayu, Nor share kat sini lak resipi mudah dan sedap ni ya.. Nor ada tambah baking powder sket sbb nampak tak ada baking powder dlm adunan tu. Jgn marah ya... hehe K.Nor tak buat frosting kat bawah tu ya tp saja nak tempek gak resipi tu kat sini.. 

EGG FREE CHOCOLATE CUPCAKES
source : AYU S'pore
Sources:-From Art of Dessert
Makes about 2 dozen cupcakes
Allergy note: contains wheat and dairy ingredients
(Ayu made 1/2 amount of below & adjusted to taste)

3 cups all-purpose flour -(Ayu used 11/2 cup)
2 1/2 cups sugar-(11/4 but Ayu used only 1 cup)
1 cup cocoa powder-(Ayu used 1/2 cup)
2 tsp. baking soda-(Ayu used 1 tsp)
1 tsp. salt-(Ayu used 1/2 tsp)
2 cups whole milk-(Ayu used 1 cup UHT milk)
1 cup butter, melted-(Ayu used 1/2 cup- 115g)
4 tsp. honey-(Ayu used 2 tsp)
2 tsp. vanilla extract-(Ayu used 1 tsp)
1/2 cup semi-sweet chocolate chips -(Ayu used 1/4 cup)

Preheat oven to 325 F degrees. Line two muffin pans with baking cups. Sift together flour, sugar, cocoa powder, baking soda and salt. In a separate mixing bowl, combine milk, butter, honey and vanilla extract. Slowly add the dry ingredients into the milk/butter mixture. Mix until combined. Fold in the semi-sweet chocolate chips. Pour in the batter into the lined muffin pan to 2/3 full. Bake for 25 to 30 or until a toothpick inserted in the center of the cupcake comes out clean. Let cool completely before decorating.



CHOCOLATE BUTTERCREAM FROSTING
makes about 2 1/2 cups frosting
Allergy note: contains dairy ingredients
(Ayu didnt manage to do this)

4 cups powdered sugar, sifted
1 cup cocoa powder
1/2 cup butter, softened to room temperature
1/3-1/2 cup whole milk*
1 tsp. vanilla extract

*start out with 1/3 cup of milk and add more milk to your desired consistency

In a large mixing bowl, sift together powdered sugar and cocoa powder. Add the butter, milk and vanilla extract. Using an electric mixer, slowly mix together at a low speed. Once all the ingredients are combined, increase the speed and beat till fluffy.

5A JUGA UTK LUQMAN HAKIM ^__^

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah ya Allah.. Segala rasa syukur dipanjatkan padaMu, hanya Engkau yg selayaknya dipuji. Engkau maha berkuasa atas segala sesuatu. Berakhirnya satu debaran pagi semalam (masih ada satu lagi debaran yg lebih kuat menunggu bulan Dec nanti heeee) bila Luqman mengikuti jejak langkah abang2 dan kakaknya yg menempa kejayaan dalam Peperiksaan UPSR. Alhamdulillah.. Memang dia agak konsisten dlm setiap ujian bulanan, peperiksaan pertengahan tahun dan juga peperiksaan percubaan sebelum ni. Tapi hati ibu tetap berdebar (mmg sentiasa berdebar tiap2 kali anak2 nak amik result.. sesuatu yg tak boleh nak elak tuh.. hehe) walaupun dia nampak relaks dan yakin jer bila habis peperiksaan UPSR hari tu. Bukan bimbang dia tak leh jawab dgn baik cuma bimbang berlaku kecuaian dlm menjawab soalan. Syukurlah tak berlaku semua tu.. akhirnya dia berjaya mendapat 5A spt yg diidamkan.. Tahniah buat anak mak, hero bongsu mak MUHAMMAD LUQMAN HAKIM.. semoga akan terus mencapai kejayaan demi kejayaan di masa akan datang juga berjaya dalam hidup di dunia dan di akhirat.. amin....


Tak lupa juga nak ucapkan tahniah buat Hasue dan hero sulongnya serta Azita (Lestari Kehidupanku) dan heronya jugak.. eemmm K.Ida (1001 Resipi) dan hero bongsu nya... (sapa lagi yg anaknya pun amik UPSR? maaf lah kalau K.Nor tertinggal/terlupa ya..) wahh semua hero ni ya...  semoga hero2 kita ni akan terus menempa kejayaan di peringkat lebih tinggi nanti.. insyaallah...


Jom layan gambar2 sekitar acara pengumuman keputusan Peperiksaan UPSR 2011 yg diadakan di Sek Keb. Chabang 3 semalam. Di kesempatan ni jugak nak ucapkan tahniah kepada pihak sekolah terutamanya guru2 tahun 6 yg terlibat dalam mendidik anak2 murid hingga mencapai kejayaan terbaik pada tahun ni dgn 50 org pelajar telah mendapat 5A. Pencapaian tertinggi setakat ini utk Sekolah Chabang 3. Ke empat2 org anak K.Nor menduduki UPSR di sekolah ni dan Luqman adalah yg terakhir belajar di SKPCT. Dah tak ada lagi murid yg dipanggil Tolahah di sekolah tu nanti (anak2 K.Nor lebih dikenali dgn nama ayah sbb jarang2 org ada nama tu, cikgu2 pun lebih senang panggil nama ayah dr nama anak hehehe) Jutaan terima kasih juga para guru2 SKPCT yg dah mendidik kesemua anak2 K.Nor hingga masing2 menggenggam kejayaan yg cemerlang. Semoga Allah juga yg membalas budi dan jasa guru2 semua. 

Before (gambar atas.. tengah berdebar tu hehe) & After (gambar bawah) the result ^___^

Thursday, November 17, 2011

KUETIAW HAUFAN & KICAP CAMPUR

ASSALAMUALAIKUM...

Di kala mood berblogging dah kembali (walau tak tinggi dulu2) tiba2 merudum balik. Ni gara2 PC K.Nor buat hal lak tu. Petang smlm masa nak mula kerja menghapdet, tiba2 jer ia stuck. Bila try guna tak boleh, dah restart pun tak boleh. Adeh..... gini la kalau dah jd blogger... kalau apa2 berkaitan dgn computer, lappy, modem atau internet buat ha, sedikit sebanyak mesti buat para bloggers mati kutu hehe Bukannya tak ada computer lain atau lappy lain yg boleh digunakan sementara PC tu dibaiki tp yg satu tu si IMac cik abg yg guna utk buat kerja2 dia. Notebook yg K.Nor guna utk buat n3 ni anak dara dan Luqman yg duk guna. Biasalah, masing2 dah abis exam mmg K.Nor bg kelonggaran utk guna. Lagipun K.Nor tak beberapa minat guna notebook atau laptop time menghapdet entri. Kurang best time menaip, banyak jer error/typo hehe.. Tapi apa nak buat, kena gak la guna notebook ni sementara doktor merawat sakit PC K.Nor tu.. huhu..

Ok lah.. kita kembali ke entri hari ni. Punya la lama Mas Duniaku post resipi Kicap Campur dia (K.Nor ada mintak dia poskan resipi tu sbb nak try goreng kuetiaw guna kicap tu. Masa tu dia baru jer disahkan preggy. Tahniah ya Mas, semoga sihat dan selamat hingga akhirnya dan semoga alahan tu hilang tak lama lagi. Ermm.. mek yung sorang lagi tu pun duk bertarung dgn alahan gak tu. kesian dua2 mekyung ni.. sepi jer dunia blog tanpa dua org mekyung yg rajin hapdet tiap2 hari ni hehe.. mudah2an tol kat anak tekak tu segera hilang ya Jah... hehe) Utk buat kicap tu amik masa seminggu lebih gak kes asyik bertangguh. Bila dah siap kicap, kesihatan K.Nor pulak tak mengizinkan utk makan benda2 pedas dan berminyak. KIV lagi ... Bila tengok situ sini duk tayang Kuetiaw Haufan yg Mas post resipi kat blognya tu.. lagi la gerammmmmmmm jer rasa. Nak buat tp tak leh... Kena tahan jer nafsu nak makan yg pedas2 dan berminyak ni. Alhamdulillah.. bila dah sihat, dah ok sket terus la cari bahan2 nak buat Kuetiaw Haufan.


Lorrrr.... mudah yg amat nak Kuetiaw Haufan ni rupanya. Kuetiaw tu digoreng dgn sedikit minyak dan kicap campur tu pastu utk pedas kena tambah cili api sket. Pastu buat jer kuah dia.. mmg mudah sgt2.. Kejap jer dah siap dan dah boleh makan. Naim siap angkat ibu jari tau Mas bila makan KTH ni.. mmg kena betul la tu dgn selera dia.. K.Nor dan cik abg pun suka gak. Ada banyak lg kicap tu walau K.Nor buat 1/2 adunan jer.  Tu pun dpt banyak gak. Boleh la try guna masa buat mee goreng ke, mihun goreng ke lain kali kan Mas :)

Mekasih Mas ya sbb sudi share resipi ibu Mas tu. Semoga Allah memberkati ibu Mas dan juga Mas seisi keluarga.. Izinkan K.Nor share resipi2 tu kat sini lak ya... Tq ... :)


KUETIAW HAUFAN
Resepi : MasDuniaku

Bahan A :
500gm kuetiaw
3 sudu besar kicap campur
sedikit minyak untuk menumis

Bahan B :
3 cawan stok ayam - kalau tak ada air biasa pun boleh
1 pokok sawi - basuh dan potong2
12 ekor udang
3 sudu besar tepung jagung ~ k.nor guna 2 sb jer sbb tak nak pekat sgt
3 sudu besar kicap campur
2 biji telur
sedikit lada sulah

Cara memasak :
Panaskan minyak, masukkan kuetiaw ( kalau suka pedas masukkan cili padi yang diketuk sekali ) dan kacau, masukkan kicap campur dan kacau hingga kuetiaw kelihatan sebati @ garing sikit jika suka. Angkat dan letakkan dalam pinggan.
Masukkan stok ayam dalam periuk,apabila mendidih masukkan sedikit kiub ayam, udang dan sawi, apabila udang bertukar warna masukkan kicap campur(kalau rasa kurang masin boleh tambah lagi ), kacau, kemudian masukkan bancuhan tepung jagung (kalau suka kuah pekat boleh letak lebih) masukkan bancuhan tepung sedikit2 dan kacau untuk lihat kepekatan kuah, kacau lagi, apabila mendidih, pecahkan telur dan masukkan telur kedalam kuah tadi dan terus tutup api.
Kacau kuah tadi bentuk bulat dan tuang keatas kuetiaw yang digoreng tadi.Tabur lada sulah diatasnya. Sedia dimakan.

~~~~~~~ *** ~~~~~~~~


KICAP CAMPUR
Resepi : MasDuniaku

Bahan :
1 cawan kicap pekat
1 cawan kicap cair
1 cawan sos ikan
1cawan sos tiram
1/2 cawan gula
1/2 cawan garam
1/2 cawan ajinamoto ~ k.nor skip tp gantikan dgn gula nisan 

Cara membuatnya :
Masukkan semua bhn2 yang telah disukat tadi kedalam periuk. Sebatikan dulu kemudian baru dikacau atas api perlahan hingga sebati tanpa henti yerk untuk mengelakkan kicap tu hangit, bila dah tak dengar bunyi gula tu masa mengacau, boleh tutup api dan biarkan kicap tu sejuk baru boleh masukkan kicap campur tu dalam bekas dan disimpan didalam peti.
Kicap campur ni sesuai digunakan untuk menggoreng mee, bihun, kuetiaw, mee hailam, sedapp juga dibuat ayam masak kicap.....


Tuesday, November 15, 2011

KEK KASTARD CHIFFON

ASSALAMUALAIKUM...

Uishh sejuknyer!! Hujan sepanjang hari jer ni, skrg pun tengah lebat. Tadi baca status Along dia kata kat Jordan pun hujan.. lebat gak tu. Lagi la sejuk kat sana.. Memang K.Nor tak tahan sejuk2 nih.. jenis berdarah sejuk bukan berdarah panas! hehe


Ok berbalik pd entri hari ni. Di sana sinun org duk tayang Kek Puding Karamel. Memang tengah hebat virus kek ni spread kan. K.Nor wat derk jer selama ni sbb dah pernah buat dulu tp versi yg plain jer keknya tu. Kalau tak silap lah asalnya Kek Puding Karamel ni dari Yani MyResipi. Yani post resipi ni kat MyResipi pada awal tahun 2007 lagi.. Tengok tu punya la lama kek ni kan.. Masa tu dia buat stail plain jer kek tu. Lapisan puding karamel yg pun nice, tebal dan tak nipis mcm yg Kek Puding Karamel yg tengah melotops skrg ni dan dah diedit sukatan bahan2 yg digunakan. Dah ramai yg buat ikut resipi Yani tu termasuk K.Nor jugak hehe. Pastu kalau tak silap K.Nor, samada Hana ataupun Ika yg mula2 buat stail belang2/lapis. Entah la ya.. dua tahun dulu kut. Kena check kat n3 Ika atau Hana utk pastikan. ermmm.. baru2 ni Noorsha pun buat versi resipi Yani. K.Nor pun sama cam Noorsha, suka versi Puding Karamel tebal, baru syok makan. Tapi masih wat derk lagi bila org duk tayang hehe.. Ingatkan kebal tp rupanya tak kebal gak. Tertewas gak bila salah sorang 'adik' kat fb tag K.Nor dgn keknya yg sangat cun! Memang K.Nor cukup jatuh hati bila tengok kek dia tu. Dia guna kaler kuning, biru dan hitam. Memang cantik sungguh. Dia tak buat versi pelangi tp versi marble. Dari situ K.Nor tanya resipi mana dia guna dan terus K.Nor bookmark bila dia bagi link blog resipi yg dia amik tu. Tapi ampun sgt2 buat 'si adik' ni.. K.Nor dah lupa la sapa yg tag aritu.. Skrg ni memori dah makin berkuragan.. sedih gak bila kurang ingat benda2 yg lepas.  Harap2 jika 'si adik' tu baca entri K.Nor hari ni tolong PM kat inbox K.Nor di fb ya.. K.Nor dah cuba cari gambar kat 'photos' di fb tp tak ada. Rasanya dia cuma tag nama jer dan tak tag pada gambar. 


Teknik yg K.Nor buat ikut stail si adik tu buat tp tak menjadi sgt marble. Rasanya kena putar/pusing sket adunan lepas dah siap tu kut..


Memang berbeza nama kek ni kan, KEK KASTARD CHIFFON. Menurut tuan empunya blog tu, resipi ni ibu dia yg buat, guna resipi yg diambil kat kotak tepung Blue Key. K.Nor buat keputusan nak try resipi yg berbeza dari yg org ramai duk buat skrg ni. Lagipun penggunaan telur tak la sebanyak yg digunakan seperti dlm resipi lain tu. Dan K.Nor juga ikut si adik tu guna resipi PUDING ROTI KARAMEL (resipi asal dr Rosaliza) yg K.Nor pernah cuba dulu (K.Nor edit gak sket part sukatan bahan2 dlm puding ni). Bukan dia aje yg suka rasa puding roti tu K.Nor pun! Tekstur puding tu pun cantik dan tak berongga.. Hasil yg dapat pun tebal dan sedap. K.Nor ejjas sket penggunaan telur dlm adunan puding karamel tu. Alhamdulillah.. hasilnya sangat memuaskan. Tak puas makan dan rasanya K.Nor yg paling banyak makan kek tu hehehe. Tambah lagi bila dah bermalam dgn esbok. Rasa macam kek aiskrim jer.. perghhh.. syok abis.. (K.Nor guna tepung kek Softasilk pemberian sorang adik blogger cun.. mmg halus jer tekstur kek bila makan cam air dlm mulut.. sangat2 sedap!) Jadi digalalkan menggunakan tepung kek/tepung superfine utk buat kek ni ya.. Utk memberi hasil yg sangat mabeles. Tapi kalau tak ada tepung kek boleh aje guna tepung gandum biasa, cuma tekstur tak sehalus kalau kita guna tepung kek la..

Jom kita tengok resipi yg dah diolah sket ni.. Terima kasi pada 'si adik' yg berkongsi resipi tu dgn K.Nor dan juga terima kasih pada pemilik blog Mars & family. K.Nor letak kat sini utk mudahkan bila nak buat lagi lain kali .. :) Utk tengok resipi asal yg dibuat oleh Ibu Mars tu sila klik kat SINI ya.. 

Agak kurang puas hati bila tengok gambar ni. Ada kesilapan teknikal masa memotong. Sepatutnya jangan angkat pisau tu ke atas bila dah siap potong, baru lah bahagian kek yg melekat dipisau tak melekat pd puding. Jadi nampak sememeh sket kan..  haish...


KEK KASTARD CHIFFON
sumber asal resipi : Mars
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan A (karamel)
2 sudu besar gula pasir

Bahan B (kastard/puding)
2 keping roti gardenia
1 bj telur + 2 kuning telur - dikocok
1 cawan susu cair
1 cawan air
1/3 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanila

Bahan C (kek)
120gm tepung superfine
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar gula castor
1/4 cwn minyak jagung
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cwn air

Bahan D (kek)
5 biji putih telur
¼ sudu kecil krim of tartar ~ k.nor skip
4 sudu besar gula halus

Cara membuatnya:
Masak gula dalam tin/loyang berukuran bulat 8" dengan api perlahan sehingga perang & hancur kesemuanya dan ketepikan.
Blend/kisar roti (tak perlu buang kulit tepi) bersama susu cair. Kemudian campurkan kesemua bahan B & gaul hingga sebati (gaul manja2 jer) & rehatkan sebentar.
Campurkan kesemua bahan C & gaul hingga sebati, halus & lembut.
Dalam mangkuk lain yg bersih & kering, pukul bahan D hingga kembang & ringan (soft peak). Kemudian masukkan C kedalam D & kaup balikkan perlahan2 hingga sebati semuanya.
Tuangkan adunan puding (B) ke dalam loyang gula hangus tadi, kemudian tuangkan adunan kek chiffon(C+D) ke atas lapisan kastard perlahan2.
Letakkan acuan kek ke dalam dulang yg berisi air ½ inci. Letakkan dlm oven & bakar dgn suhu 180°c selama 45 minit/sehingga masak(kaedah double boiling).
Bila masak, keluarkan dari oven & kena keluarkan kek ini ketika masih panas.
Caranya.. gunakan spatula/pisau utk longgarkan tepi kek dari acuan & terbalikkan kek ke atas pinggan hidangan. Lapisan karemel/kastard akan berada diatas.

notajari:
Elok ratakan karamel/gula hangus dgn belakang sudu ke seluruh permukaan loyang ketika ia masih panas(cair).
Sekiranya anda ingini kek berwarna warni:
Bahagi adunan kpd 2 atau 3 bahagian & warnakan dgn warna pilihan anda. Kemudian sendukkan perlahan2 berselang seli ikut kreativiti masing2.
Berdasarkan pengalaman mak membuat kek chiffon:Seeloknya gunalah tepung naik sendiri atau tepung halus(kena + serbuk penaik). utk semua jenis Kek Chiffon
sbb ia akan menjadikan tekstur kek ni halus mulus bila dipotong & lagi sedap bila masuk mulut. Jika guna tepung biasa, teksturnya kelihatan sedikit kasar -

* K.Nor bakar dgn suhu oven 160C lebih kurang 50 - 55 min. K.Nor rendahkan suhu oven supaya kek tidak naik terlalu membumbung dan supaya kek tidak melimpah keluar dr loyang. Puding karamel yg dihasilkan tidak menghasilkan banyak air yg meleleh bila ditelangkupkan kek pd pinggan jd kek tidak la basah lencun bahagian bawahnya tu.

Monday, November 14, 2011

KAM HEONG CHICKEN/FRAGRANT CHICKEN

ASSALAMUALAIKUM...


Resipi ambil kat dapur Gert, mmg wangi dan sedap terutamanya bila dimakan dgn nasi panas2... Jom layan resipi dr Gert ni.. Gert, Nor share resipi tu kat sini ya.. TQ :)

Pendek jer karangan hari ni kan.. sori la.. kebuntuan idea nak mengarang hehe

KAM HEONG CHICKEN/FRAGRANT CHICKEN
Recipe source: My Kitchen Snippets
source : K.Nor

Ingredients:
2 chicken breast - sliced
1/2 egg white
1 tbsp soy sauce
½ tsp salt
a few dash of pepper
1 tsp cooking wine - optional ~ k.nor skip
3 tbsp cornstarch


For the sauce:
2 cloves garlic- finely chopped
1 small onion – cut into chunks
10 curry leaves
2 tbsp dried shrimps – soak and finely chopped
4 birds eye chilies, roughly chopped
1 tbsp curry powder
1 1/2 tbsp oyster sauce
1 tbsp light soy sauce
1/2 tsp dark soy sauce
3 tbsp water
1 tbsp sugar
salt to taste


1. Marinate the meat with egg white, soy sauce, salt, pepper and cooking wine. Set it aside for at least an hour. Heat up some vegetable oil for drying. Stir in the cornstarch to the chicken. Mix well.
2. Fry the chicken until golden brown. Remove and drain the oil on paper towels. Remove most of the oil from the frying pan and leave about 2 tbsp spoons for cooking the sauce.
3. Heat up the oil and stir-fry the garlic and onion until fragrant and lightly brown. Stir in the dried shrimps, chilies and curry leaves and continue to stir-fry until fragrant.
4. Add in the rest of the seasonings and water. Simmer for a few seconds and toss in the chicken. Mix until well combined.
5. Serve with warm rice.

Saturday, November 12, 2011

CHOCOLATE BANANA MUFFINS

ASSALAMUALAIKUM....

Mekasih diucapkan pada semua yg dah wish pada Along dan serta K.Nor semalam. Tak terucap dgn kata2 bila lihat ramai yg memberi komen baik di fb maupun di entri smlm. Bertambah lagi terharu bila baca tu. K.Nor faham hati sorang ibu mmg mudah tersentuh kan.. Semoga anak2 kita semua akan menempa kejayaan yg cemerlang di dunia dan di akhirat hendaknya... amin...


Ok lah.. meh layan cuci mata dgn mapin mudah dan sedap ni. Resipi amik kat rumah Rima. Takyah la perkenalkan lagi sapa Rima tu kan. Tak ada org boleh challange hasil tangan dia kalau bab kek lapis. Memang melopong la tengok betapa halusnya lapisan kek tu.. Bukan kek lapis jer, semua sentuhan dia hebat2 kejadiannya. Rima, bukan bodek ya.. tp kenyataan.. dan jugak bukan dengki atau busuk hati tapi sangat kagum! hehe..

CHOCOLATE BANANA MUFFINS
source : Rima
source : K.Nor

Ingredients:
1 3/4 cups (230 grams) all-purpose flour
1/4 cup (30 grams) cocoa powder - i used cocoa berry
1 cup (200 grams) granulated sugar ~ k.nor letak 3/4 cawan jer
1 tsp baking powder
1 tsp baking soda
1/4 tsp salt
2 large eggs, beaten lightly
1/2 cup (113 grams) butter - melted and cooled
3-4 ripe bananas (about 400-450 grams), mash with a fork
1 tsp pure vanilla extract - I use vanilla essence

Garnish (optional):
Chocolate chips ~ k.nor tambah hirisan badam

Method:
1. Preheat the oven to 200'C (I used 180C) Prepare muffin paper cup (bluder cup) or a baking sheet covered with paper muffin cups for cupcakes to a smaller size. Set aside.
2. In a large bowl, sift flour, cocoa powder, baking powder, baking soda and salt. Add sugar. Mix well. Set aside.
3. In another bowl, combine bananas, eggs, melted butter and vanilla. Stir well. Pour wet ingredients into the flour mixture and stir gently with rubber spatula. Stir just enough to mix it.
4. Pour batter into paper cups. Sprinkle chocolate chips on it. Bake in preheated oven for 30 minutes or until cooked. Do the prick tests with a clean toothpick or stick. Remove from oven. Serve warm.


Friday, November 11, 2011

MY HERO IN YOUTUBE ! ^__^

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. Pagi tadi tengok kat wall K.Nor di fb ternampak Along K.Nor share satu link dr youtube. Tak tau pulak hal ni dari awal sbb dia tak mention apa2 pun pada K.Nor. Lagipun sekarang ni dia berada di Mesir, menghabiskan cuti raya haji seminggu kat sana (insyaallah esok balik semula ke Jordan) Kalau ikutkan plan asal dia nak mengerjakan haji pada tahun ni, tahun terakhir pengajian kat Jordan tp dek kerajaan Jordan tak bagi visa utk student bawah 30 jadi tak tercapai hajatnya tu..Memang K.Nor dan Along agak sedih dan terkilan dlm hal ni tapi bila pegang yg Allah tak mengizinkan lagi, takper lah.. Alhamdulillah semua dah ketentuan Dia kan..


Berbalik pada video yg ditayangkan ni, rupanya rancagan Kampus Dunia menayangkan proses pembelajaran di   U yg Along study, Jordan University of Science & Technology (JUST). Di tayangkan camana proses pembelajaran pelajar2 Malaysia dalam jurusan Pergigian dan salah sorang yg terlibat adalah anak sulong K.Nor Mohd Shukri Tolahah atau lebih mesra dgn panggilan Along di kalangan famili K.Nor. Insyaallah ni adalah tahun terakhir pengajiannya dan akan tamat pada bulan Jun tahun depan. Alhamdulillah.. sekejap jer masa 5 tahun hampir berlalu. Tak sabar gak menunggu kepulangannya kepangkuan kami semua.


Kalau nak tengok yg mana satu Along K.Nor ni, cuba tengok kat minit 6.38 -6.56. Anak muda yg berkaca mata tu la My Along! hehe.. Tak terucap dng kata2, berbaur rasa perasaan. Sebak, terharu, bangga dan rindu pun ada pada anak yg sorang ni... Sebelum ni hanya tengok gambar2 still jer dia dgn uniform doc tu. Tapi kali ni bila tengok secara 'life' dia duk 'bertugas'.. ermmm...hebatnya anak mak! Tahniah Along dan semoga Along teruskan kecemerlangan bila balik bertugas di tanahair ya...

Terima kasih buat yg sudi melayan video tu.. Saja la K.Nor letak kat sini utk kenang kenangan kami seisi keluarga di masa akan datang. Dan rasanya kena letak gambar still gak, mana tau suatu hari nanti video tu terpadam atau dideletekan.. kan..

Along... mak, ayah dan adik2, sangat2 bangga dgn Along.. We all luv u ^___^

Dan tak lupa, sekalung ucapan tahniah juga buat semua pelajar2 lain iaitu rakan2 seperjuagan anak K.Nor yg sama2 menuntut di JUST.. Semoga terus sukses dlm bidang yg diceburi... amin... 





BERTAUT KASIH LAGI...

ASSALAMUALAIKUM....

Otak dah beku, payah betul nak cari idea nak ngarang. Bila dah lama bercuti mula la payah nak susun ayat. Mood nak update atau blogging pun suam2 kuku jer. Tak update kang, kesian gak kat pengunjung SGN67 (Jah, pinjam ayat ya... hehe) Ikutkan hati nak bercuti gak menemankan 2 org mekyung nun. Teman bercuti jer la.. bukan teman utk sama2 jd mekyung.. tak mo dah.. insyaallah.. Dah sampai masa utk berehat, bagi peluang pada adik2 la pulak kan..

Ok.. berbalik pd entri hari ni, sori la ya... ni menu tertunggak. Sepanjang tak bersiaran ni, mmg masak dan mmg  ada adegan tembak menembak. Cuma tak ada adegan mengedit gambo dan mengarang jer. Lemau betul bila time nak ngedit gambo.. Dah upload tp simpan jer dlm fail. Kalau ikutkan semalam dah plan nak panaskan enjin balik (tu pun setelah dirayu2 dek CT@Zaliedana kat pesbuk hehe..) Tapi sebab semalam kurang sihat sket, kepala berdenyut cam nak pecah jer, terus terpadam niat nak menghapdet. Jadi pagi ni kena kuatkan gak semangat nak buat semua ni. Kalau makin dilayan makin la menjadi2 kemalasan nak masukkan entri. Kang mengalahkan org peknek lak yg tengah mabuk tu... hehehe.. 


Puding Kasih Bertaut ni K.Nor buat pd malam raya. Kiranya juadah raya la tp bukan utk kat rumah ni tp utk rumah PIL dan rumah adik kat K.Berang. Hari raya tak buat juadah banyak pun, K.Nor cuma buatkan puding ni dan juga Daging Goreng Berempah utk dimakan bersama ketupat palas ( buat kat pasar ya.. :) Biasalah raya haji tak beria2 sgt juadah yg disediakan, cuma ala kadar jer. Sapa2 yg nak resipi sila klik link kat nama masakan tu ya...  TQ...

Butterflies in Butterfly ^__^