Tuesday, November 1, 2011

CHOCOLATE MOCHA CUSTARD PUDDING

ASSALAMUALAIKUM..

Pagi tadi tengok Izah tayang Puding Permata nilam, zamrud dan delima yg cantik menawan mata tu. Aishhh tak leh jadi, kena tayang gak puding, nak lawan dgn dessert Izah tu... hehe.. Tapi kan, puding K.Nor tak ada permata bagai.. gelap gulita aje.. Tapiiiiiiii sedappp!! Enak jer masuk anak tekak. Biasa lah, gandingan coklat dgn kopi, mana boleh lawan kan.. hehe.. 


Resipi asal puding ni adalah Coffe Moche Custard Pudding, resipi yg K.Nor amik kat blog Fatmah Bahalwan. Cam biasa, tak derhaka tak sah.. hehe.. Masa nak buat tu, K.Nor rasa cam nak letak coklat masakan jer, bg lebih rasa coklatey.. Anak2 kan lebih suka rasa coklat! Alhamdulillah.. tak sia2 projek derhaka K.Nor. Memang hasilnya sedap! Anak dara dan Luqman mmg suka sgt. Pertama kali buat cam berebut jer dua beradik tu makan. K.Nor cuma sempat ngap dua tiga sudu jer.  ehh.. lupa nak beritau. Sebenarnya puding ni dah dua kali buat. Kali pertama, mmg dah sedap kat anak tekak cuma paras rupa jer kurang cun. Tapi tetap habis licin dan dua beradik tu cam tak puas makan jer. Dua tiga hari lg lepas tu K.Nor buat sekali lagi, kali ni edit situ sikit sini sikit, baru la dpt hasil yg cun dan rasa yg lebih sedap! Memang berbaloi mencuba sampai 2 kali tau.. hehe

Tekstur dan rasanya mcm Puding Karamel dan Kuih Sekaya (kuih tradisional Tganu)

Kalau nak tengok resipi asal Puan Fatmah ada kat bawah nun ya.. Maaf ya Bu Fatmah, resipi asalnya dah diolah sket ya... Terima kasih atas resipi yg dikongsikan..

CHOCOLATE MOCHA CUSTARD PUDDING
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram
dr resipi asal Coffee Mocha Custard Pudding (Fatmah Bahalwan)

Bahan:
400 ml susu cair
70 gm gula pasir
60gm coklat masakan (dipotong kecil)
1/2 sudu kecil kopi segera (nescafe)
1 sudu kecil pes mocha
4 bj telur A
1 sudu kecil tepung kastard

Cara:
Masukkan susu cair, gula dan coklat masakan kedalam periuk dan panaskan hingga gula dan coklat masakan larut. Ketepikan.
Kocok telur menggunakan handwisk dan tuangkan bancuhan susu tadi sedikit demi sedikit hingga habis.
Kacau hingga sebati (jgn kacau dgn terlalu kuat, sekadar nak sebatikan saja)
Bancuhkan tepung kastard bersama sedikit air dan masukkan kedalam bancuhan tadi. Kacau lagi hingga sebati dan tapiskan.
Tuangkan kedalam bekas ramekin atau mangkuk kecil tahan panas.
Bakar dlm oven dengan kaedah bain marie atau water bath dgn suhu 170C, antara 45 - 55 min, atau sehingga masak (bergantung pd saiz cup/ramekin yg digunakan)
Keluarkan dan biarkan sejuk.
Kemudian masukkan ke dalam peti ais dan biarkan sejuk sebelum dihidangkan.


*telur tidak perlu dipukul hingga kembang, sekadar nak sebatikan dgn adunan susu saja. kalau terlebih pukul, teksture puding jd tak berapa cantik. kaedah ni lebih kurang mcm kita nak buat puding karamel yg mana telur tak perlu dipukul kuat dan lama.
** selepas tempoh 35 min, buka pintu oven dan letakkan sekeping aluminium foil di atas puding tadi supaya bahagian atas puding tidak menjadi hangus/garing.
*** k.nor kurangkan sukatan gula sbb dah ada manis dr coklat maskan yg ditambah dlm adunan.

Yg ni projek kali pertama, bahagian atas agak garing sket dan tekstur dlm puding pun kurang cun. Sbb tu K.Nor ada letak tip kat bawah resipi supaya jgn pukul telur terlalu kuat (jgn sampai overbeat) dan kena tutup dgn aluminium foil selepas 35 min supaya bahagian atas tu tak keras. Dan suhu yg digunakan K.Nor dah kurangkan dr dalam resipi asal. Bila api kuat, nanti puding tu mengelembung dan bila sejuk ia drop balik. Jadi lah ia cam berkedut jer spt dlm gambar yg tengah2 ni..

*******

Kat bawah ni adalah resipi asal Coffee Mocha Custard Pudding, sekiranya ada yg nak buat perbandingan dgn resipi yg dah K.Nor olah.

COFFEE MOCHA CUSTARD PUDDING
source : Fatmah Bahalwan

Ingredients:
500 ml milk
150 grams sugar
1 tablespoon instant coffee
1 teaspoon paste Mocca
5 btr egg
1 teaspoon custard powder How to make:


Heat the milk, put instant coffee and stir well. Cool.
Using a balloon whisk, beat eggs and sugar until sugar has dissolved, pour the coffee milk gradually while stirring until blended.
Dissolve the custard powder with a little water, pour in egg mixture and stir well. Add mocca pasta, stir, strain.
Pour batter into several cups of aluminum foil, then bake in the oven by Bain Marie (grilled marinated with hot water), temperature of 180'C for lk. 1 hr.
Remove, let cool and serve