f Secubit Garam: MEE GORENG MAMAK

Saturday, November 19, 2011

MEE GORENG MAMAK

ASSALAMUALAIKUM...


Mencuba resipi Mee Goreng Mamak, resipi K.Hanieliza tp hasil selongkar dapur Izah. (rasanya Izah amik kat dapur Hana kan..) Pastu part kicap pekat tu K.Nor gunakan KICAP CAMPUR, resipi Mas. Alhamdulillah.. sedap... Mekasih pd 4 org mak daras ni kerana sudi berkongsi resipi. K.Liza, Nor share resipi tu kat sini lak ya.. Mekasih..

MEE GORENG MAMAK
resepi: Chef Hanieliza
sumber: Izah

Bahan-bahan
500 gm mee kuning
100 gm daging ) hiris nipis
100 gm fish cake ~ k.nor tak letak
1 cawan taugeh
1 mangkuk sawi [potong kecil] *tuko kobis
3 sudu cili mesin.~~ nak pedas bubuhlah lebih
1 sudu rempah kari
3 sudu kicap pekat ~ k.nor ganti dgn kicap campur
2 sudu minyak masak
1 labu bawang besar [cincang halus]
1 cawan putih telur @ 3 biji telur
3 biji cili hijau@merah[hiris nipis]
hana tambah tomato ~ k.nor letak gak tomato

Cara-cara
Panaskan minyak. Masukkan bawang dan cili & rempah dan biarkan garing dan wangi.
Masukkan daging dan kacau rata.
Masukkan fish cake. Biar sebentar.
Masukkan kicap dan mee. Kacau rata.
Masukkan taugeh dan sawi.
Ketepikan mee dan masukkan telur di tengah-tengah kuali.
Biarkan telur tu masak sikit barulah dikacau dan gaul rata.
Masakkan mee agak kering.
Hidangkan dalam pinggan leper dan hiaskan.