Thursday, November 24, 2011

MUFFIN PANDAN

ASSALAMUALAIKUM..

Dah ada idea nak makan apa utk petang ni? Atau utk brekpes pagi esok? hehee... awalnya kan, dah pikir apa nak makan pagi esok. Yer la.. skrg dah cuti sekolah.. Anak2 ada kat rumah, tambah lak hujan aje akhir2 ni, perut pun cepat berkeroncong  Jadi kepala tukang masak pun kena ligat sket la cuti2 ni duk fikir apa nak buat utk mengenyangkan perut yg minta diisi tu.. hehe


Dah selalu sgt duk buat muffin atau kek berperisa coklat, jadi sesekali nak bertukar selera la pulak kan. Jadi google la resipi muffin pandan, ada banyak gak la yg keluar tp hati teringin nak menerai resipi Muffin Pandan  yg K.Nor jumpa kat dapur Rinnchan ni. Alhamduillah.. tak sia2 mencuba.. terasa lemak berkrim dan wangi daun pandan tu terutamanya masa nak masak tu. 


Sapa2 yg suka muffin yg harum dgn bau pandan ni jom la cuba resipi ni. Maaflah K.Nor tak tau siapa pemilik asal resipi ni, sbb K.Nor ambil kat dapur Rinnchan yg katanya dia dapat dari forum Cari.com. Terima kasih pada Rinnchan dan owner asal resipi.

MUFFIN PANDAN
Sumber : Cari.com & Rinnchan
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan:
200gm tepung gandum
1 1/2 tsp baking powder
1/2 tsp soda bikabonat
1/2 tsp garam halus
120gm gula castor
200ml santan kelapa (dalam kotak)
100ml minyak jagung
2 biji telur
*1 tsp pandan paste (Boleh bubuh extra kalau nak lebih hijau)
*1/2 tsp pandan essence
Bahan topping ikut selera - Almond slices, kismis, ceri etc.

Nota :
*Sekiranya tiada pandan paste atau pandan essence, boleh blend 5-7 helai daun pandan bersama 200ml santan di atas dan tapis ya .

Cara-cara:
1. Panaskan oven pada suhu 190 darj cel. Sediakan loyang muffin dan paperliners.
2. Ayak tepung, baking powder, soda bikabonat dan garam halus. Masukkan ke dalam
sebuah mangkuk besar. Campurkan gula halus dan kacau rata menggunakan whisker.
3. Campurkan ke semua bahan basah ke bahan kering. Kaup balikkan sekadar kesemua
bahan bercampur. Adunan akan kelihatan seakan berketul2 sedikit (lumpy).
4. Isikan adunan ke dalam paperliners dan taburkan kepingan almond di atasnya.
5. Bakar selama 20minit.