Friday, November 11, 2011

MY HERO IN YOUTUBE ! ^__^

ASSALAMUALAIKUM...

Alhamdulillah.. Pagi tadi tengok kat wall K.Nor di fb ternampak Along K.Nor share satu link dr youtube. Tak tau pulak hal ni dari awal sbb dia tak mention apa2 pun pada K.Nor. Lagipun sekarang ni dia berada di Mesir, menghabiskan cuti raya haji seminggu kat sana (insyaallah esok balik semula ke Jordan) Kalau ikutkan plan asal dia nak mengerjakan haji pada tahun ni, tahun terakhir pengajian kat Jordan tp dek kerajaan Jordan tak bagi visa utk student bawah 30 jadi tak tercapai hajatnya tu..Memang K.Nor dan Along agak sedih dan terkilan dlm hal ni tapi bila pegang yg Allah tak mengizinkan lagi, takper lah.. Alhamdulillah semua dah ketentuan Dia kan..


Berbalik pada video yg ditayangkan ni, rupanya rancagan Kampus Dunia menayangkan proses pembelajaran di   U yg Along study, Jordan University of Science & Technology (JUST). Di tayangkan camana proses pembelajaran pelajar2 Malaysia dalam jurusan Pergigian dan salah sorang yg terlibat adalah anak sulong K.Nor Mohd Shukri Tolahah atau lebih mesra dgn panggilan Along di kalangan famili K.Nor. Insyaallah ni adalah tahun terakhir pengajiannya dan akan tamat pada bulan Jun tahun depan. Alhamdulillah.. sekejap jer masa 5 tahun hampir berlalu. Tak sabar gak menunggu kepulangannya kepangkuan kami semua.


Kalau nak tengok yg mana satu Along K.Nor ni, cuba tengok kat minit 6.38 -6.56. Anak muda yg berkaca mata tu la My Along! hehe.. Tak terucap dng kata2, berbaur rasa perasaan. Sebak, terharu, bangga dan rindu pun ada pada anak yg sorang ni... Sebelum ni hanya tengok gambar2 still jer dia dgn uniform doc tu. Tapi kali ni bila tengok secara 'life' dia duk 'bertugas'.. ermmm...hebatnya anak mak! Tahniah Along dan semoga Along teruskan kecemerlangan bila balik bertugas di tanahair ya...

Terima kasih buat yg sudi melayan video tu.. Saja la K.Nor letak kat sini utk kenang kenangan kami seisi keluarga di masa akan datang. Dan rasanya kena letak gambar still gak, mana tau suatu hari nanti video tu terpadam atau dideletekan.. kan..

Along... mak, ayah dan adik2, sangat2 bangga dgn Along.. We all luv u ^___^

Dan tak lupa, sekalung ucapan tahniah juga buat semua pelajar2 lain iaitu rakan2 seperjuagan anak K.Nor yg sama2 menuntut di JUST.. Semoga terus sukses dlm bidang yg diceburi... amin...