f Secubit Garam: PUDING ROTI KARAMEL

Sunday, November 27, 2011

PUDING ROTI KARAMEL

ASSALAMUALAIKUM...

Sebelum meneruskan kepada entri hari ni, K.Nor sekeluarga mengucapkan Salam Maal Hirjah buat semua pengunjung SecubitGaramNor67. Semoga kita diberikan kesihatan yg baik dan juga semoga hati dan jiwa kita sentiasa 'bersih' dan kuat utk menempuh ujian di hari2 yg mendatang.. aminn...


Alhamdulillah.. ramai yg berpuasa sunat awal Muharram hari ni kan... Dah siap juadah berbuka belum? Masih sempat lagi kalau nak godek kuih2 atau dessert utk dijadikan juadah pemanis mulut disamping masakan utk berbuka yg lain. Kali ni K.Nor nak buat ulangtayang dessert yg dah acapkali buat, PUDING ROTI KARAMEL. Biasalah kalau ada lebihan roti yg nak expired tu mula la nak menggodek utk dijadikan juadah. Kalau duk bior gitu jer gerenti bakal jadi habuan cik tong. 


Resipi PUDING ROTI KARAMEL NI K.Nor guna yg pernah K.Nor buat dulu, resipi dari Rosaliza. Mekasih ya Rosaliza.. K.Nor nak share sekali lagi resipi tu kat sini.. Opss.. sebelum mengudurkan diri, nak ucapkan SELAMAT BERBUKA PUASA bagi mereka yg berpuasa sunat hari ni... Semoga segala ibadah kita diterima dgn baik oleh Allah Taala.. aminn...

RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
resepi asal : rosaliza@embunkasih
sumber : Lina.pg & Hana
sumber: K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur A @ 4 biji gred B - di pukul manja dan di tapis
2 cawan air suam @ (1cwn susu cair+1cwn air suam)
1/2 cawan susu pekat - resepi asal 1 cawan
esen vanilla (1sk)

Cara-cara
Cara membuat gula hangus , masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam) - hana kukus 30min je