f Secubit Garam: ENTRI TERAKHIR....

Friday, December 30, 2011

ENTRI TERAKHIR....

ASSALAMUALAIKUM...

Betul la tu.. tak silap baca. Memang entri terakhir.. terakhir utk tahun 2011. Kalau ikutkan mmg nak jadikan entri terakhir terus utk SecubitGaram, tapi banyak benda yg perlu diambil kira. Kalau diikutkan hati dan perasaan mmg nak mengakhirkan aje SG tp bila diambil kira ramai lagi yg suka dari yg membenci.. tak jadilah nak teruskan niat tu. Sampai bila kita nak busuk hati dgn org lain.. Takyah la nak kacau2, nak tembak2 org lain.. kita tembak gambar masakan kita aje dah lah.. kan.. hehe 

Begitu banyak suka duka sepanjang 2011 ni.. Alhamdulillah.. segala puji bagi Allah juga sbb yg baik2 tu adalah dariNya manakala yg buruk2 tu adalah dari kita manusia yg tak pernah lepas dr membuat dosa dan menganiaya diri kita sendiri. Semoga 2012 akan memberi sinar baru, menjadikan dunia blogger lebih baik lagi dari segi dalaman dan luaran.


Jom kita balik pada entri terakhir 2011 bagi SecubitGaram.. NASI KABSA DAGING. Sebelum ni K.Nor dah pernah buat Nasi Kabsa Ayam, menggunakan resipi Raidah dan juga menggunakan rempah nasi kabsa yg K.Nor dapat, pemberian Ayu Kuwait. Lepas tu K.Nor sembang2 dgn Along (masa tu dia kat Jordan) tanya dia ada tak rempah nasi kabsa atau nasi mandi kat tempat dia. Along kata mmg banyak, ada yg dijual timbang dan ada yg dlm kotak. Terus K.Nor mintak dia belikan rempah2 tu dan bawak pulang kalau dia balik bercuti. Jadi smlm K.Nor amik peluang masak Nasi Kabsa menggunakan rempah asli dari Jordan sementara kesemua anak2 ada lagi kat rumah ni. 

Alhamdulillah.. walaupun hasil tak menyerupai 100% Nasi Kabsa org Arab tp tetap sedap kat anak tekak K.Nor sekeluarga. Tanya Along, sedap ke tak, dia jawab sedap cuma kaler jer tak sama. Rasanya K.Nor tak letak safron yg mencukupi masa masak nasi tu. Takper.. lain kali cuba lagi dgn menambah sukatan safron.. hehe


Jom cuci mata dgn Nasi Kabsa versi org Melayu ya.. Nak offer pun dah abis, kalau ikutkan nak post smlm lg nasi ni tp disebabkan USB port buat hal smlm, terpaksa la KIV utk masukkan entri. Nasib baik hero sulong pandai baiki .. kalau tak mmg tak leh nak upload gambo la jawabnya :)

NASI KABSA 
resipi : ResipiRaidah
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan:
1 ekor ayam (dibelah 2) @ 1 kg daging kambing + tulang
3 pot/cwn beras basmati ~ cuci dan rendam 30 mionit, toskan
4 1/2 pot/cwn @ secukupnya air panas
2 sudu minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kayu manis
3 biji buah pelaga
2 biji bunga cengkih
1 biji bawang besar - dipotong dadu
3 ulas bawang putih - dipotong dadu
1 batang karot ~ diparut
1 biji buah tomato - dikisar
2 sudu tomato puri
1/2 sudu kecil pewarna kuning (saffron)
1 sudu besar rempah kabsa
1 biji lemon hitam/kering - dicucuk bahagian tengahnya ~ k.nor tak letak
1 biji lada bengala merah (red capsicum) ~ dipotong dadu
1 sudu kecil lada hitam biji/serbuk
2 biji cili merah ~ jgn potong
1/4 cawan kismis
Garam secukup rasa dan gula (kalau suka)
***Klik pada rempah kabsa untuk resepi

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumiskan kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga, bawang putih dan besar dan goreng sehingga wangi.
2. Masukkan buah tomato, tomato puree, lemon, saffron dan rempah kabsa dan goreng sebentar.
3. Kemudian masukkan ayam dan masak sehingga ayam masak. Tambahkan garam secukup rasa dan juga gula.
4. Masukkan karot, capsicum, cili merah, kismis dan beras. Masukkan air panas secukupnya dan masaklah nasi sehingga masak.
5. Kacau/gembur nasi bila nasi betul2 masak, selepas 30 minit supaya nasi tidak hancur.

**
kali ni k.nor guna rempah kabsa ori..
utk lemon kering tu boleh gantikan dgn perahan lemon
utk sukatan air, setelah ayam masak, terdapat air dari ayam bercampur dgn rempah ratus tu jadi K.Nor kurangkan sukatan air sebanyak 3/4 cawan. Alhamdulillah elok jer nasi masak dan tak lembik tak juga keras. tapi kena ingat ya, sukatan air ni bergantung pada jenis beras yg digunakan.
Bila K.Nor guna daging, K.Nor masak dulu daging bersama dgn bahan2 lain tu hingga daging empuk. Sebelum masukkan beras, angkat daging tu keluar dan barulah dimasukkan beras. Masukkan balik daging dan masak lah hingga nasi masak.

SOS

Bahan:
1 biji tomato ~ hiris
5 biji cili besar hijau (nk pedas tmbh lagi) ~ hiris
1 tangkai batang ketumbar ~ dihiris halus
Garam
Gula
Perahan lemon.

Cara penyediaan:
~ Kisar semua bahan (kecuali daun ketumbar) dengan perahan air lemon, sekejap sahaja. Jangan sampai terlalu hancur.