ASSALAMUALAIKUM...
Ha.. amik.. panjang berjela2 nama tajuk kek tu.. Kang lebih senang kalau dishortform cam selalu dibuat. DLCSJC...hehehe.. (bila tengok preview, penuh dr hujung ke hujung tajuk tu haha..) Resipi asal dr Alma MyResipi. Dah pernah buat dolu2.. tp masa tu tak jd blogger lagi. Masa zaman merempit kat forum MyR. Kebetulan baru2 ni Along request nak makan ciskek, jadi K.Nor buat lah kek pebret dia ni. Sebelum tu K.Nor buat ciskek jenis chill tp K.Nor yg lebih melantak dr anak2.. Eh... anak dara pun suka jenis chill gak. Dia pun sama naik dgn si emak dia tu yg antu chilled cheesecake.
Utk hasilkan DLCSJC ni, cuma bahagikan adunan kepada 2 bahagian, satu bahagian tu plain dan satu bahagian lagi K.Nor campurkan 1 sudu besar chocolate emulco. Hasilnya???? Bertambah2 lah keenakkan ciskek pojaan hati anak2 ni. Org tak ada gigi pun boleh ngap kek yg lembut cam kapas ni. Nak ke? Sori banyak2 ya.. ni kek edisi tertunggak.. rasanya 2 minggu lepas buat kalau tak silap.. ngeeeeeeeee......... biasa lah kan, kurang rajin melebihi rajin.. Tambah2 dgn kebizian yg melanda... Jangan marahhhh .. nak gi godek sendiri pastu ngap puas2 yaaaaa....... ^____^
sumber : Alma MyResipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram
Bahan-bahan ( 8-inci )
Bahan A:
250g cream cheese
50g butter
100 ml susu segar (fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sdb jus lemon
1/4 sdk garam
60g tepung kek / tepung superfine
20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
140g gula (granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sdk jus lemon
Cara-cara
Utk adunan A: Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hgga sebati (gaul guna senduk kayu sj).
Utk adunan B: Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). Lepas tu, tmbhkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).
Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bwhnye & tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dlm tin kek.
Bakar kek dlm kira2 sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160 degrees C / 325 degrees F. Pd sesapa yg kurang pasti waterbath tu cmner, buatnye simpel jer. Lepas letak adunan dlm dlm tin kek, balut bwh hgga sparuh tinggi tin kek dgn aluminunium foil (ni double protection agar air xmasuk esp springfoam pan, saya x konfiden tu yg wat gitu hehe, kalo xmo buat ok je tp advisable balut). Then, letak tin kek tu atas dulang pembakar, pastu tuang air panas atas dulang pembakar, preferably ½ tinggi tin kek tu, lepas tu letak ler dlm oven then bakar ler, tu aje).
* Utk hasilkan double layer cake seperti yg K.Nor buat:
- bahagikan kek kepada 2 bahagian
- satu bahagian dicampur dgn 1 sudu besar chocolate emulco, kacau hingga sebati (jgn overmix)
- masukkan adunan coklat ke dalam loyang dan ratakan, kemudian baru masukkan adunan plain keatasnya dan ratakan