f Secubit Garam: MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH

Tuesday, January 3, 2012

MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH

ASSALAMUALAIKUM...

Entri masakan pertama utk 2012, MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH.. Dah agak lama tak goreng makaroni. Dah agak senyap cajun yg satu masa dulu agak heboh di dapur GMM. Mungkin akan ada yg bertanya apa itu CAJUN disebabkan tak tau apa bendanya tu, sila klik ke SINI. Ada K.Nor letak gambar cajun. Cajun ni sebenarnya sejenis rempah dan boleh didapati dipasaraya2 ya.. Boleh pelbagaikan penggunaan cajun ni selain dibuat pasta yg digoreng gini, boleh juga dijadikan bahan perap pada daging atau ayam (boleh digoreng atau dibakar atau bbq). Boleh juga ditambah lg gorengan sayur utk menghasilkan satu masakan yg enak. 




MAKARONI GORENG PEDAS BEREMPAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 cawan makaroni ~ k.nor guna jenis shell
1 kpg dada ayam ~ dipotong kecil
3 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar *
1 biji tomato (besar) *
1/2 batang carrot *
1/3 biji capsicum merah *
1/3 biji capsicum hijau * (* dipotong dadu)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1 sudu besar serbuk cili kasar
1/2 sudu besar cajun
2 sudu besar sos cili
1 cawan air rebusan makaroni
1 biji telur ~ dipukul sedikit
garam
sedikit gula
daun sup ~ dihiris
minyak

Cara:
Rebus makaroni sehingga lembut dan toskan. (Asingkan 1 cawan air rebusan)
Panaskan minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih hingga wangi.
Masukkan ayam dan masak hingga isi ayam bertukar warna putih.
Masukkan tomato, carrot, capsicum merah dan hijau dan goreng seketika.
Masukkan pula serbuk lada hitam, serbuk cili kasar, cajun, sos cili, garam dan sedikit gula jika suka.
Masak hingga tumisan berbau wangi dan alihkan bahan2 ketepi kuali dan masukkan telur.
Biarkan telur masak sedikit lepas tu kacau hingga menjadi seperti scramble egg.
Masukkan makaroni dan juga air rebusan tadi (tujuan dimasukkan air adalah utk menghasilkan makaroni yg sedikit basah dan tidak terlalu kering.. boleh skip jika lebih suka makaroni yg kering)
Kacau goreng lagi sekejap dan bolehlah dihidangkan dlm pinggan.
Taburkan daun saderi sebelum dihidangkan.

* Isi ayam boleh digantikan kepada hirisan daging atau daging cincang.