f Secubit Garam: February 2012

Wednesday, February 29, 2012

RENDANG UDANG GALAH

ASSALAMUALAIKUM..

Setelah sekian lama duk memendam rasa nak makan si sepit biru ni, akhirnya tercapai gak hajat tengahari tadi. Yer la, mana la tak memendam rasa kalau org Mukah dan org Miri duk tayang jer si sepit biru dia org. Mentang2 la mudah nak dapat dan kena pulak dia org ni rajin memancing bila time free. Duk mencari gak kat pasar tp selalu jer tak jumpa. Mungkin tak kebetulan kut.. 


Bila dah ada si sepit biru tak pastilah nak masak apa. Dah lama ngidam nak makan Rendang Udang Galah tp rasa teringin gak nak buat masak kari. Bila post status kat fb, ramai lak yg suggest masak lomak cili api. Bukan tak nak buat tp sbb anak tekak ni kurang sket dgn masak lemak cili api dan lebih teringin yg berempah K.Nor buat gak rendang dgn si sepit biru. Lagipun daun kunyit dah beli gak tadi. Gert pun ada bg resipi yg nampaknya sangat sedap tp tak leh nak buat lg yg tu. Kena tunggu hasil tangkapan mr crab dulu hehe..

Ok jom layan RENDANG UDANG GALAH, resipi hasil ilham dr dapur Tiffin Biru dan Dapur Ku Sayang. Mekasih Che Mat dan Dayang ya.. 


RENDANG UDANG GALAH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1/2 kg udang galah
1 sudu besar cili mesih
5 bj bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 in halia *
1/4 in lengkuas *
1/2 in kunyit hidup *
2 - 5 bj cili api *
2 batang serai * (kesemua bahan2 bertanda * diblend halus)
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
2 kpg asam keping
1 sudu besar kerisik
3/4 cawan santan fresh
1 helai daun kunyit ~ dihiris halus
3 helai daun limau purut ~ dicarik2kan
sedikit gula nisan/gula melaka
garam
minyak

Cara :
Bersihkan udang galah dan toskan.
Panaskan minyak dlm kuali dan masukkan bahan2 yg diblend halus tadi.
Goreng hingga garing sedikit dan masukkan cili mesin. Goreng lagi hingga pecah minyak.
Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Masukkan sedikit air jika tumisan agak kering.
Kemudian masukkan kerisik, asam keping, gula nisan dan garam.
Masukkan juga santan, daun kunyit dan daun limau purut.
Bila hampir mendidih masukkan udang. Sesekali kacau dan balik2kan udang supaya masak serata.
Masaklah hingga kuah pekat dan udang masak.
Angkat dan hidangkan panas2 bersama nasi putih.

Monday, February 27, 2012

MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS


ASSALAMUALAIKUM...

Izah bini En Daud, dah buat belum?? Cepat buat muffin ni sbb K.Nor tau muffin lembut gebu ni mmg Jah dan anak2 minat kan.. Memang sedap muffin ni, rasa lemak berkrim. Tapi bg K.Nor la kalau ikutkan cara membuat dan hasilnya yg duk dlm cup gitu lebih kepada cupcake tp dah tuan asal bg nama muffin kita kena panggil muffin gak la.. Kang pandai ubah nama surat beranak muffin ni K.Nor lak yg kena saman hehe..


Mekasih Ayu yg menguar2kan resipi muffin ni, padahal Am dah lama buat kan. Tak perasan pulak tp cepat jer copy & save resipi bila Ayu tayang muffin ni minggu lepas. erkkk minggu lepas kan Ayu? hehe.. Satu adunan dapat sket jer ni, kalau anak ramai atau nak jamu org dtg ke rumah perlu double atau triple adunan ni. Memang sedap! Tak rugi mencuba tau.. Jadi.. jgn malu2, jgn segan2 ya.. sila lah mencubanya sendiri.. 

Eh lupa.. mekasih Ayu dan sumber2 lain yg menguarkan resipi muffin ni ya.. Halal ya.. kita kongsikan resipi ni kat sini utk rujukan di masa akan datang.. Tq :)


MUFFIN MARBLE COKLAT CHIPS
(sumber : Puan Ruhaya )
cp: Diah – badariahabdrahman.blogspot.com
Sources:-From Kak Am@Seroja Kitchen
Sources:-From Ayu@curlybabesatisfaction & K.Nor

Bahannya
100gm butter
120gm tepung gandum * @ tepung naik sendiri,
(*kalau guna tpg naik sendiri tak perlu ltk b/powder)
80gm gula halus
60ml susu segar
1 biji telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh paste coklat emulco
1 sudu besar serbuk koko

Cara - caranya :
Ayakkan tepung bersama baking powder.
Pukul butter hingga kembang & masukkan gula & pukul sebati.
Masukkan telur & esen pukul (2 minit )
Masukkan tepung berselang seli dengan susu segar (pakai senduk @ whisk bagi sebati )
Bahagian 2 bahagian..1 bahagian warna kuning & 1 bahagian bubuh serbuk koko & paste pandan.
Bubuh dalam papercup 3/4 penuh & taburkan coklat chip @ ikut suka.
Bakar 30 minit - 180' @ mengikut oven masing - masing.

Oppps.. lupa... nak ucapkan ribuan terima kasih pada yg dah membuat ucapan hari jadi kepada K.Nor, baik di entri EMPAT PULUH LIMA, maupun di fb dan melalui sms.. Mekasih banyak2 ya.. semoga Allah juga membalas budi baik semua.. Dan semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan kepada kita semua serta memberikan kesihatan yg baik buat semua.. Juga harapan dan doa K.Nor semoga ukhwah yg terjalin, kekal semekarnya hingga ke akhir hayat tanpa ada perasaan cemburu, dengki dan busuk hati. Semoga persahabatan yg dibina semata2 kerana Allah.. Yg terbaik adalah dr Nya manakala yg tak elok tu adalah dari kelemahan K.Nor sendiri.. 

D A N.............. tak lupa kepada adik baik hati yg menghantar hadiah hari jadi berupa cupcake stand yg tu K.Nor tayangkan tu bersama kad ucapan besday tuh..  Memang suprise sangat2 bila terima. Mana taknya, sedang elok jer muffin ni masak dan nak keluarkan dari oven, tup2 cik abg masuk dan hulurkan parcel yg baru jer en posmen bg. Terkejut gak bila terima, bila tanya cik abg sapa yg bagi, dia kata ********.. hehehe.. tak leh la cakap sapa bagi.. tuan badan tak kasi tau.. heheheh.. Terus ku bukak parcel, ho ho.... cupcake stand!! Ngam2 jer, mmg nak posing muffin ni lah, terus K.Nor pasang dan shoot muffin ni atas cupcake stand tu.. Macam tau2 jer sipengirim tu kan.. dah la hadiah sampai right on the the date, right on time gak tuh!! Mekasih banyak2 buat sipengirim budiman atas semua hadiah2 yg diberi.. semoga Allah melimpahkan rahmat dan rezeki buat beliau sekeluarga.. Tiap2 tahun kasi hadiah utk K.Nor ya... alahai segannyer!! Sayang sama dia.. mmmmmuah!! 


Saturday, February 25, 2012

EMPAT PULUH LIMA....

ASSALAMUALAIKUM....


ALHAMDULILLAH... Bertambah lagi usia. Yer, dah 45 tahun dah.. Buat apa malu nak sebut angka usia kan, memang dah tuo pun hehe.. Bukannya boleh kita undurkan usia kita walau sehari atau sesaat sekali pun. Bersyukur jer dgn apa yg dimiliki dan dikurniakan oleh Nya, insyaallah akan ditambah lagi nikmat yg Dia berikan..


Setiap tahun pd malam ulangtahun kelahiran pasti akan terasa sayu, merindu org yg dah lama pergi. Air mata sentiasa gugur bila memohon doa khas buat org yg melahirkan dan membesarkan walau hanya untuk seketika ni. Betapa bersyukur dilahirkan olehnya, kalau tak, tak adalah org bernama Nor Azmihah di muka bumi ni kan.. Betapa rindu sgt2 kepadanya, ingin sgt2 memeluk, menciumnya spt yg dapat dilakukan oleh org lain terhadap ibu mereka. Selain dr memohon doa yg baik2 buatnya, tak lupa dipanjatkan juga doa utk 'berjumpa' dlm alam mimpi. Alhamdulillah... Hanya sekali Allah berikan peluang utk K.Nor berjumpa dan menatap wajahnya dlm mimpi, masa tu di bulan Ramadhan. Ya Rabbi, rindu ku terlerai ketika itu dpt melihat dia dlm pakaian serba putih, dgn wajah yg sangat berseri dan bercahaya. Namun, kita sentiasa tamak, mintak lagi dan lagi utk 'berjumpa' terutamanya malam hari ulangtahun kelahiran dan malam hari raya. Memang K.Nor tak leh nak bayangkan rupa arwah kerana arwah meninggal masa K.Nor berusia 6 tahun. Dah 39 tahun K.Nor menyambut ulangtahun kelahiran dan beraya tanpa kehadirannya. Hanya Dia yg tahu, betapa rindu pada org yg satu ni.. Semoga Allah ampunkan segala dosa ibuku, dilapangkan kuburnya dan dijadikan kuburnya sebagai taman syurga dan ditempatkannya di jannah di hari yg pasti nanti. Juga semoga Allah ampunkan segala dosa ayahku dan dilimpahkan rahmat dan keberkatan keatasnya. ermm... dah la ya yg sedih2 tu, kita tukar mood ok :)

Celebrate? huhu... tak ada maknanya nak celebrate bagai tuh.. Tahun ni agak sedih gak ler, tak ada sorang pun anak2 kat rumah nak diajak celebrate. Kali pertama dlm sejarah ni... Tapi Alhamdulillah.. Along dan Naim dah call tengahmalam tadi utk wish birthday buat si emak nih.. Tiada yg lebih membahagiakan bila anak2 ingat dan ucap selamat kan. Hanya ingatan dan doa dr mereka yg paling berharga. Kalau biasanya tiap2 kali mlm hari jadi tak kiralah hari jadi sapa pun, masing2 berebut nak wish, sapa dulu yg paling awal wish dan sapa yg paling lewat wish.. Masing2 duk tertunggu2 jer jam pkl 12.00 tghmalam hehe.. Alahai.. rindu saat tu kali ni.. Apapun kali ni Along yg menjadi pemenangnya dan Naim yg ke2. Aisyah dan Luqman payah sket la sbb duk kat asrama, camna nak buat call tengahmalam buta lagi pun bukannya dia org ada henpon kan.. Takper.. K.Nor tau dia org mmg ingat tu cuma tak berpeluang nak call jer ^__^

Nak kek? huhu.. sori la.. tahun ni tak ada kek ya.. Kalau buat pun sapa yg nak tukang perabis tu, kang besday mum gak la yg kena jd cik tong.. Bertambah2 ketembaman ku nanti.. dah lah lebih dr 60kg dah nih.. huhu.. bila la nak balik ke weight asal..


Agaknya kalau gi kendelite berduet jer ok gak kan sementara anak2 tak ada nih.... hehee

Sebelum terlupa, nak wish birthday gak pada geng kembar K.Nor, SO PEA atau nama glamer kat dlm MyResipi Kak Fiza MyR dan juga buat YANI MNOR. Dah banyak tahun kita celebrate hari jadi bersama di alam maya kan, bila agaknya dpt kita sama2 celebrate di alam nyata, dpt potong kek sama2 dgn kehadiran keluarga tersayang sekali kan..

HAPPY BIRTHDAY buat Pia dan Yani, semoga dipanjangkan usia yg berkat, diberikan kesihatan yg baik dan dijadikan kita ibu yg terbaik buat anak2 dan isteri yg solehah buat suami masing2. Semoga kebahagiaan dan ketenangan sentiasa menjadi milik kita, di dunia dan di akhirat.. amin..... 

~***~
K.Nor amik kesempatan kat sini nak ucapkan jutaan terima kasih pada yg dah wish kat fb dr smlm lagi. Org yg mula2 wish adalah MamaFami, kes tersilap hari hehe.. Mekasih Ma, dpt 2x birthday wishes dr Ma tahun ni :) Pastu diikuti dgn Noorsha dan lain2.. Mekasih banyak2, semoga Allah makbulkan segala doa2 yg dipanjatkan dan semoga Allah melimpahkan juga rahmat dan keberkatan buat adik kakak dan teman2 semua bersama ahli keluarga masing2. Sayang semua... ^__^

K.Nor letak yg gambar2 jer ya, utk dijadikan kenangan di kemudian hari.. TQ 

dari MamaFaMi

dr Noorsha

dr Azie


dr Ina Abd Aziz


dr Nik Zamzurina


dr Mas 


hehe yg ni terpaksa letak gak sbb yg ni pemberian CT Delima ^__^



dr Love


dr Diny

Friday, February 24, 2012

NASI GORENG TOMYAM & CENDAWAN GORENG TEPUNG (Denuanza)

ASSALAMUALAIKUM..

Kali ni K.Nor nak share satu resipi nasi goreng dan menu sampingan yg mudah disedikan dan insyaallah sedap dimakan. Terpandang menu ni kat rumah Denuanza baru2 ni sebelum ke Darul Quran, terus copy dan save. Maaf ya Cida, tak sempat nak mintak izin nak copy resipi, K.Nor dah try dan siap post dah ni. 


Kalau biasanya kita makan nasi goreng dgn keropok ikan/keping (ini stail org Ganu) atau dgn ayam goreng atau telur mata, tapi kali ni K.Nor ikut stail Cida makan dgn cendawan goreng. Resipi yg Cida kongsikan tu adalah resipi olahan dia dr sebuah blog chef lain, biasalah kan, masak memasak ni tak leh tidak, kena gak oleh situ sini, depend pada bahan yg ada kat dapur kita ataupun kerana nak ikut selera ahli dlm rumah kita, kan. Dan spt Cida juga K.Nor pun ada olah sket dr resipi Cida tu, harap Cida tak keberatan ya.. Mekasih buat Cida yg sudi berkongsi resipi Nasi Goreng Tomyam dan Cendawan Goreng Tepungnya tu. Insyaallah akan dibuat lagi dan lagi nanti sbb mmg best nasi goreng ni, cuma kalau yg nak cepat tu, payah sket la sbb nak goreng cendawan ni mmg amik masa sket.. Tp kalau nak makan gitu aje atau makan dgn ayam goreng pun sedap gak tau.. Jom try Nasi Goreng Tomyam dan Cendawan Goreng Tepung dr Cida@Denuanza ni..




NASI GORENG TOMYAM
resipi : Denuanza
sumber : K.Nor
Bahan2
2 mangkuk nasi putih sejuk
sedikit ayam, udang ~ k.nor letak udang jer
sepeket perencah tomyam adabi
1 btg serai- hiris
carrot- potong dadu ~ k.nor sagat
1 sudu besar sos tiram
1 helai daun limau purut dihiris atau dicarik2
1 biji telur
2-3 biji cili api hiris ~ k.nor belah 2

Cara:
Panaskan sedikit minyak, masukkan pes tomyam + sos tiram.
Kacau kejap sampai agak garing, masukkan serai + daun limau purut.
Masukkan telur, biarkan masak sedikit pastu terus kacau sampai hancur.
Masukkan ayam- biar empuk
Masukkan udang- biar sampai masak
Masukkan carrot dan cili api, pastu masukkan nasi.
Gaul sebati
Hidangkan dgn cendawan goreng tepung.



CENDAWAN GORENG TEPUNG
resipi : Denuanza
sumber : K.Nor

1 senduk tepung gandum (guna senduk cedok nasi tu)
1 senduk tepung beras
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil garam
sedikit lada sulah / lada hitam

-gaul semua bahan di atas sampai sebati
masa nk guna ceduk la byk mana yg nk guna

Utk cendawan ni:
sepeket cendawan
1 biji telur- x yah asing putih kuning, membazir!

- gaul2 cendawan ngan telur
-pastu masukkan satu persatu dlm tepung sambil ratakan bg semua kena tepung tu..(tepung tu x yah bancuh)
-goreng dlm minyak yg byk dan panas sampai garing kekuningan

Tuesday, February 21, 2012

CEKODOK LABU

ASSALAMUALAIKUM..

Sesi nak manghabiskan baki labu yg duk bertapa dlm esbok. Kebetulan hari tu K.Pah@Ibundo ada share resipi Cekodok Labu jadi K.Nor teringin nak mencuba dan merasa Cekodok Labu. Alhamdulillah.. lembut dan sedap Cekodok Labu ni. Dengan warna kuning semulajadi dari warna labu tu, mmg menarik dan sedap pulak bila ada rasa labu dlm cekodok tu. Tambah pulak pekena dgn kopi O panas... perghhhhhhh... nyaman seh... hehe


Sapa2 yg ada stok labu kat dapur tu, meh la try Cekodok Labu, resipi dr dapur Ibundo ni. Enak dibuat utk sarapan maupun makan petang. Mekasih K.Pah, sudi kongsi resipi dan cam biasa izinkan Nor share resipi tu kat sini lak ya... :)

CEKODOK LABU
sumber : K.Nor

Bahan:
400 gm labu yang telah direbus *
1/2 cawan gula castor *
1/2 cawan Fresh milk *
1/2 cawan nasi sejuk *
1 butir telur ayam *
1 sudu besar majerin *
2 cawan tepung kek

Cara2:
-Blend halus bahan yang bertanda *
-Masukkan ke dalam mangkuk. 
-Gaulkan tepung sedikit demi sedikit.
-Panaskan minyak dan goreng. Kalau nak cantik bulat-bulat, cekut dengan hujung jari dan gelek-gelekkan jari tu tepi mangkuk membentuk adunan yang bulat cantik. Kalau tak kesah, ambil dengan sudu je lah.

Monday, February 20, 2012

SIMPLE TAPI GILER2 SEDAP!! ^__^

ASSALAMUALAIKUM..


Dalam banyak2 menu, rasanya lauk sardin dgn telur dadar adalah menu yg paling simple tapi tersangatlah sedapnya.. betul tak? Gandingan yg cukup mantap, tak perlu lauk lain lagi dah. Kalau nak tambah pun sekadar ulam2an jer spt timun batang. Ni lah menu yg org kata menu evergreen.. tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas. Kalaulah disua lauk lain rasanya tak layan dah kut.. hehe.. 


Dah lama betul tak masak lauk sardin.. Ni kebetulan tinggal berdua, baru la syok masak lauk sardin sbb biasanya hero bongsu tak makan lauk ni. Jadi kena lah buat lauk lain utk dia. Kalau ikutkan hati nak jer menambah semangkuk lagi nasi panas2 tp kena kawal nafsu ya.. Satu mangkuk tu dah memadai, insyaallah...


Kali ni K.Nor buat telur dadar special sket, menggunakan bahan yg ada dlm esbok. Kebetulan cik abg beli cendawan tiram kat tempat pengusahaan/pembiakan cendawan tiram di Kg Paloh baru2 ni, dpt lah harga yg murah sket disamping cendawan yg segar dan baru dipetik. Sedap telur dadar yg dimasukkan cendawan dlmnya tu.. Nanti K.Nor kongsi resipi TELUR DADAR BERCENDAWAN kat bawah ya..


Jom layan menu sempoi hari ni.. Nasi panas2 lagi ni.. Yg ada petai dalam tu, yg Cik Abg punya.. dia tu antu petai, jering dan kerdas.. hehe.. Air pun dah siap, air suam panas jer ya.. Lebih elok minum air suam panas dr minum air berais kan.. Ada sapa2 yg nak join?? Cepat! Nasi ada lagi nih.. ^___^

SARDIN MASAK KICAP PEDAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 tin kecil sardin ~ k.nor guna brand Pertima
2 ulas bawang putih ~ diketuk dan dicincang
3 ulas bawang merah ~ dimayang
1 sudu besar cili mesin
5 - 7 sudu besar kicap manis
5 biji cili api ~ diketuk
1/2 cawan air
1/2 labu bawang besar ~ dipotong bulat
1 biji limau kasturi
sedikit garam
minyak

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan tumis lagi hingga garing.
Masukkan pula kicap dan sos dalam tin sardin.
Masak sekejap dan masukkan air dan garam. Masak lagi hingga mendidih.
Masukkan ikan sardin dan cili api, biarkan merenih.
Masukkan hirisan bawang besar, kacau seketika dan padamkan api.
Perahkan limau kasturi ke dalam masakan dan kacau rata.
Angkat dan hidangkan.







TELUR DADAR BERCENDAWAN

Bahan:
3 biji telur
1 bj bawang besar 
1 bj cili merah 
4 - 6 keping cendawan tiram 
1/2 btg lobak merah ~ disagat
1 pokok sederhana daun sup
3 sudu besar susu cair
sedikit garam
minyak

Cara:
Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
Hiris bawang besar, cili merah, cendawan dan daun sup.
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan kocok dgn garfu hingga berbuih.
Masukkan kesemua bahan lain dan kacau hingga sebati.
Tuangkan ke dalam kuali dan tutup dgn penutup periuk.
Apabila telur dah hampir masak, terbalikkan dan masak lagi seketika.
Angkat dan hidangkan panas2.


Saturday, February 18, 2012

EASY FRENCH TOAST

ASSALAMUALAIKUM...

Hari ni mood ghajen menyapa, tu yg boleh update pagi-pagi nih.. (esok2 tenggelam lama sket kut hehe) Kebetulan ada sebatang french loaf, yg plan asalnya nak makan dgn Bone Steak tp tak terusik sbb Bone Steak tu dimakan dgn homemade bread jer dua hari lepas. Jadi pagi ni K.Nor buat jer la French Toast dgn french loaf tu. Sedap, rangup2 gitu.. tambah lagi pekena dgn air kopi radix hehe mai secawan!!  ^___^


Saja lah ya letak resipi yg mudah ni walaupun rasanya dah ramai yg tahu buat French Toast ni. Utk dptkan corak jalur2 pd toast tu, K.Nor guna grill fry pan. Letak minyak sket pun dah cukup.. Nanti dptlah jalur2 tu kat toast kita.. :)



EASY FRENCH TOAST
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 btg french loaf/roti perancis
2 - 3 bj telur
minyak secukupnya

Cara:
Potong french loaf dgn ketebalan lebih kurang 1.5cm.
Panaskan frying pan/grill frying pan dgn sedikit minyak.
Kocok telur dgn garfu hingga sebati.
Celupkan kedua2 permukaan french loaf tadi kedalam telur.
Letakkan ke dalam pan dan goreng hingga garing.
Angkat dan toskan atas kitchen towel.
Buat sehingga habis french loaf td.
Hidangkan panas2.
Boleh juga dimakan bersama madu atau syrup/sos kegemaran.

Friday, February 17, 2012

DAGING MASAK LOMPAP

ASSALAMUALAIKUM...

Dah malam dah ni.. baru dtg angin ghajen sket nak menghapdet.. Bukan tak nak update siang2 tadi, dah buka folder utk edit gambo.. belek punya belek.. ermmm.. angin kurang ghajen dtg.. tutup balik.. lepak2 kat pesbuk.. Last2 gi godek2 kat dapur.. Ni terasa keboringan duk rumah, cik abe dah keluar jumpa geng.. Ku paksakan diri gak mengedit gambo.. Pastu terus mengarang dan mengarang, nak menghasilkan satu entri. Bila dah mood kureng ni, ingat senang ke nak hasilkan satu entri.. haishhhh.. kalau la boleh dipetik jer jari, gambar siap diedit, siap ayat2 utk hasilkan entri termasuk letak resipinya sekali kan senang.. Mana ada benda senang skrg ni.. mcm org kg sebelah kata NO PAIN NO GAIN.. betul kan.. :)


Ok.. dah.. tak mo bebel banyak2 cam Mek Ampang smlm.. Dia tengah dlm mood merudum kes kabel hilang sampai satu entri sarat dgn bebelan tu.. Kesian Mek Jah, kabel tak jumpa2 tu.. camna la mood nak mengambil gambo dan menghasilkan entri nak ada kan.. Sangat2 memahami dirimu Jah.. Semoga ketemu dgn kabel yg hilang tu.. Mungkin Jah duk tadah telinga tu dengar ceramah pree sementara dpt beli kabel baru hehehehe...


DAGING LOMPAP.. bukan daging yg melompat ya.. Daging Lompap ni menu org N9, 1st time tengok kat rumah Mek Ampang nun. Sebelum tu kata Mek Jah, Ayu S'pore dan Madiha dan buat dah.. Pastu merayap situ sini, sana sinun virus baik yg disebarkan ni.. Maaflah kalau tak tersebut nama sapa2 yg dah buat tu ya.. Kang kalau tertinggal, ada jer yg terasa hati.. Jd K.Nor tak nak sebut la satu persatu sapa yg dah buat, cuma K.Nor nak beritau, resipi asalnya dari K.Cek. Nak tau cerita lanjut tentang Daging Lompap ni boleh baca kat rumah Mek Ampang. Izinkan K.Nor copy dr rumah Jah ya.. Mekasih buat K.Cek utamanya sbg tuan empunya resipi dan mekasih pd mereka2 yg berkaitan yg dah sebar virus Daging Lompap yg sedap ni.. K.Nor mmg suka daging gini, syok jer meratah terutamanya bila callery tu K.Nor tak goreng lama2 sgt, jd masa makan, ia masih rangup2 gitu.. best!


DAGING MASAK LOMPAP
resepi: kak Cek
sumber: kak Madihaa & kak Ayu Sg
sumber : Izah & K.Nor


BAHAN-BAHANNYA....
500 - 600 grams daging
dipotong sederhana kecil...dicuci...ditoskan..
13 biji cili padi *
3 biji cili hijau *
1 biji bawang besar *
1 inci halia *
2 ulas bawang putih *
1 batang serai dititik
2 biji cili merah dipotong serong2
1 batang celery dihiris2
1 ketul chicken cube
Garam dan gula secukup rasa
1 keping asam keping
Minyak secukupnya untuk menumis
Sedikit air

CARA-CARA PENYEDIAANNYA...
Kisar sume bahan2 yang bertanda *
Panaskan minyak...tumiskan sume bahan2 kisar dan serai...hingga naik baunya...
Masukkan daging....kacau sebati....tutupkan kuali...kecikkan api....sekali sekala...dikacau..tambahkan air...jgn byk sgt...tutupkan kuali semula...biarkan daging empuk...
Masukkan chicken cube...garam dan gula secukup rasa....masukkan jugak asam keping...biarkan kuah agak pekat sedikit....akhir sekali masukkan hirisan cili dan celery...kacau sebati...siap dah...tutupkan api....


Thursday, February 16, 2012

LAUK SIMPLE JER..

ASSALAMUALAIKUM..

Quick update.. dah nak Maghrib.. Layan ulang tayang jer hari ni ya.. 

klik link jika nakkan resipinya ya..


Lauk yg digandingkan bersamanya:


Terima kasih sudi berkunjung ^_____^


Wednesday, February 15, 2012

KERABU KACANG BOTOL IKAN PEKASAM

ASSALAMUALAIKUM..

Semalam, tengok K.Pah@Ibundo tayang Kerabu Kacang Botol Ikan Pekasam. uishhh K.Pah letak ikan pekasam dlm kerabu.... satu gabungan yg mantop! Kerabu Kacang Botol mmg dah selalu buat dan selalu gak makan tp tak pernah pulak terfikir yg ikan pekasam goreng boleh dijadikan bahan utama dlm kerabu. Memang tertarik hati dgn resipi kerabu K.Pah tu pastu terus mintak izin kopipes resipi K.Pah :)


Pagi tadi balik dr brisk walk kat taman terus ke pasar sbb ada benda nak dibeli. Masa tu terpandang kacang botol yg segar bugar terus teringat kat Kerabu Kacang Botol K.Pah. Bila dah beli kacang botol tu, terlupa pulak satu lagi bahan lain yg diperlukan, iaitu bunga kantan. Masa duk semak balik resipi Kerabu Kacang Botol masa nak buat tu, baru perasan yg bunga kantan tak ada. Jadi K.Nor gantikan aje dgn serai. Tak kisahlah sbb serai pun biasanya diletakkan dlm kerabu gak kan. Maaf ya K.Pah, banyak gak Nor derhaka kat resipi K.Pah ni, tp insyaallah.. rasanya kerabu ni maintain sedap! Memang boleh dibuat lagi kerabu ni.. ai like! :)


Mekasih K.Pah, sudi kongsi resipi kerabu yg sedap ni. Izinkan Nor share kat sini lak ya..


KERABU KACANG BOTOL IKAN PEKASAM
resipi : K.Pah@Ibudo
sumber : K.Nor

Bahan:
300 gm kacang botol ~ 150gm
1 ekor ikan pekasam goreng dan ambil isi
1 batang bunga kantan, mayang nipis ~ 3 btg serai
1 labu bawang besar, mayang nipis ~ 3 ulas bawang merah
3 tangkai cili api, ditumbuk ~ k.nor hiris
5 biji limau kasturi, ambil jusnya ~ 3 bj
4 sudu besar kelapa parut disangai sehingga kekuningan
secubit garam ~ k.nor gantikan dgn sedikit gula


Cara menyediakan:
Hiris kacang botol.
Campurkan semua bahan dan gaul rata.
Sedia dihidang dengan nasi putih.

* Yg berwarna biru yg K.Nor buat/ejas

Monday, February 13, 2012

BISTIK AYAM

ASSALAMUALAIKUM...

Kembali bersiaran dgn BISTIK AYAM, resipi Nadz.. Memang sedap, K.Nor masak ni masa cuti sekolah akhir tahun lepas.. erm.. dah lama terperam gambar ni dlm folder.. Jgn marah ya.. hehe Kalau tak silap K.Nor gandingkan dgn Nasi Daun Limau Purut tp tak ingat letak mana resipi tu jadi tak leh nak postlah.. Lain kali la try buat lagi nasi tu.. Insyaallah..

Mekasih sudi share resipi yg best ni ya Naz.. boleh ditambah dlm senarai resipi masakan ayam yg boleh diulangkali buat .. 



BISTIK AYAM
resipi : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan perap :
1/2 ekor ayam (lebih kurang 5-6 ketul)
3-4 sudu besar sos lada hitam (apa-apa jenama pun tak pe) ATAU 2 sudu kecil lada hitam biji (ditumbuk)
2 sudu besar tepung gandum

** Ayam dibersihkan, dibasuh dan ditoskan hingga kering. Gaul ayam dengan tepung gandum dan sos lada hitam atau lada hitam biji yang ditumbuk. Perap di dalam peti sejuk selama 30 minit.

Bahan-bahan tumis :
4 ulas bawang merah - tumbuk
3 ulas bawang putih - tumbuk
1 inci halia - tumbuk
1 labu bawang besar - dimayang bulat
2 inci kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 2 kuntum bunga cengkih, 2 biji buah pelaga
2 sudu besar majerin

Bahan-bahan lain :
2 biji kentang - dikupas dan dibelah 6
2 sudu kecil lada hitam biji - ditumbuk
2 biji cili hijau - dihiris
3 sudu besar puri tomato
2 sudu besar kicap masin
4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos cili
1 cawan air (250 ml)
2 biji buah tomato - dibelah 4
Sedikit kacang pis (optional)
Sedikit daun sup untuk hiasan (optional)
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng kentang hingga masak dan kekuningan. Ketepikan.
Goreng pula ayam yang telah diperap tadi hingga 3/4 masak. Tak perlu garing. Angkat dan ketepikan.
Kurangkan minyak menggoreng tadi sekadar cukup untuk menumis. Masukkan majerin dan biar hingga cair. Kemudian tumis bahan-bahan tumis hingga naik bau dan garing.
Masukkan lada hitam tumbuk, puri tomato, kicap masin, kacap manis dan sos cili. Kacau rata. Masukkan air.
Masukkan ayam goreng dan kentang goreng tadi. Biar hingga kuah mendidih dan pekat seperti yang diingini. Kacau sesekali biar rata. Perasakan garam dan gulanya.
Masukkan lada hijau hiris, buah tomato dan kacang pis. Biar seketika agar kacang pis dan buah tomato sedikit empuk.
Tutup api dan hidangkan. Hiaskan dengan daun sup sekiranya suka.
SELAMAT MENCUBA!



Friday, February 10, 2012

SUPER FUDGY BROWNIES

ASSALAMUALAIKUM...

Salam pagi Jumaat buat semua.. Sebelum K.Nor teruskan kepada entri hari ni, K.Nor ingin sampaikan sedikit info dari apa yg K.Nor baca kat rumah Rima pagi semalam dlm entri terbarunya tu. Rima ada letak satu link berkaitan menyalin atau copy resipi yang dia dapat dari satu web iaitu http://foodblogalliance.com. Artikel tu sangat bagus utk dijadikan panduan semua blogger2 masakan terutamanya. 

Antara yg sangat menarik hati K.Nor bila dia menyebutkan :


The rules that most cookbook authors and food writers follow are these:

1. If you're modifying someone else's recipe, it should be called "adapted from".
2. If you change a recipe substantially, you may be able to call it your own. But if it's somewhat similar to a publisher recipe, you should say it's "inspired by", which means that you used else's recipe for inspiration, but changed it substantially.
3. If you change three ingredients, you can in most instances call the recipe yours

Number 3 is a tricky area, but if the recipe is so unique, you may want to give credit for the inspiration. For example, if you loved the idea of Bill Smith's recipe for Apple-Green Olive Pie, but you came up with your own unique variant (ex: Pear-Black Olive Tart) which is substantially different that his (although I don't know why) , you could certainly say it was "Inspired by Bill Smith's pie."

K.Nor sangat bersetuju dgn apa yg dia katakan itu.. Apa salahnya kalau kita lebih jujur pada diri sendiri, kalau kita dapat resipi tu hasil dr BW atau hasil dr dapur org lain atau dari buku masakan sekalipun, kemudian kita letakkan link sumber yg kita dapat tu. Dan apa salahnya kalau kita guna resipi org lain dan kita edit sket2 atau dgn kata lain derhaka sket2 pd resipi asal tu, kita bagi jugak kredit pada owner dan juga sumber resipi asal.. DAN apa salahnya kalau kita dpt ilham dari resipi org lain tu dan kita edit banyak sekalipun, kemudian kita hasilkan resipi baru dan letak kat blog kita, kita bagi jugak kredit pd tuan blog resipi asal/sumber resipi yg kita dapat ilham dr beliau..(part no3 tu..) Tak jatuh maruah, tak jatuh standard kita kalau kita ikhlas dan jujur dlm hal ni.. Rasanya pengunjung atau peminat blog kita takkan memperlekehkan kita atau merendah2kan diri kita bila kita mencuba resipi org lain dan berkata sejujurnya bila meletakkan post kita.. Ini pendapat K.Nor lah.. Maaflah kalau ada yg tersinggung disebalik luahan K.Nor ni.. Sebab dah lama K.Nor perhatikan, ada blogger2 lain yg dtg menceduk resipi, menceduk idea dari blog lain tapi tak sikitpun nak mention sumber asal resipi yg dia dapat. Bukan semata2 terjadi pada blog K.Nor tapi juga pada sebahagian blog2 masakan lain. Dah lama hal ni terjadi dan dah ramai blogger2 masakan yg terasa dlm hal ni.. Jadi bila Rima letakkan link web yg menyiarkan artiket yg berkaitan tu, K.Nor terpanggil utk sentuh sket hal ni.. Semoga kita blogger2 masakan semua atau dgn nama lain Geng Masak2 (GMM) akan lebih peka dlm hal ni dan semoga hubungan akrab yg sedia terjalin akan bertambah utuh dan mesra.. Itu jer harapan K.Nor.. ^__^

~~~~~ X ~~~~~


Ok.. berbalik pd entri kali ni.. ermmm.. ni projek hari Isnin baru2 ni ya.. hehe.. Sebelum ke Cherating baru2 ni K.Nor mmg plan nak buat brownies, saja lah utk dijadikan bekal makan dlm perjalanan dan makan kat resort tu. Hari tu jugak tengok Ayu S'pore tayang brownies dia.. Pastu plan K.Nor lepas balik dr site, nak la godek kejap brownies ni, rasanya sempat lah sebelum bertolak ke Cherating pd pukul 3.. Tup2 lama pulak kat site.. balik pun dah agak lewat. Lepas lunch balik rumah terus pack barang2, tak sempat dah nak godek apa2 pun.. Frust jugak tp apa nak buat kan.. kalau tak lambat lak nak bertolak sbb mlm tu kursus dah bermula jam 8.30mlm.. Nak kena singgah dua tiga tempat lg pulak tu.. so tak jadi la nak menggodek brownies..


Lepas tu, nampak pulak CT tayang brownies dia, ehh.. selang sehari kut, Zana pulak tayang.. aishhhhh.. menggoda jiwa raga betul!! Tekak terasa sgt nak makan brownies.. Mulanya plan nak buat yg pernah buat dulu spt yg Zana buat tp terasa nak mencuba yg CT pulak ler.. (yg Ayu tayang dah pernah buat dah dulu hehe)  Terpikat dgn brownies yg CT tayang, jadi K.Nor pun cuba lah resipi yg CT olah dr Martha Stewart tu.. Ternyata, terrrrrrrrrramat sedap! Kaya dgn rasa coklat, agak chewy juga. Memang sedap la.. tp cam biasa K.Nor dah kurangkan sukatan gula. erm.. K.Nor juga guna gula perang spt yg CT buat tu.. Try la paa penggemar brownies ya.. mmg rugi punya cuba resipi brownies ni.. Mekasih CT, sudi berkongsi dan olah resipi yg best ni.. :)



SUPER FUDGY BROWNIES
Resipi : Martha Stewart
Di Olah : Che CT
sumber: K.Nor

Bahan-bahan :
120 gm unsalted butter - (8 sudu besar)
130 gm all purpose flour - (1 cawan)
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko - (1/4 cawan)
1/2 sudu teh garam
220 gm coklat masakan - dadu kecil-kecil
240 gm gula perang - (resepi asal 1 1/4 cawan gula kastor)
3 biji telur gred A
3/4 cawan choc chips

Bahan untuk ditabur :
Almond slice / choc chips

Cara-cara :

1. Panaskan oven 180'C. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti, dan sapu juga baking paper dengan mentega. Ketepikan.

2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, garam dan choc chips sekali. Ketepikan. Pindahkan choc chips yang telah diayak kedalam bekas lain.

3. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam coklat. Matikan api.

4. Masukkan gula dalam adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula larut dan sebati dengan coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata dengan perlahan-lahan.

5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga tercampur rata. Masukkan sekali choc chips yang diayak tadi. Jangan aduk terlalu lama, cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.

6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan almond slice dan choc chips ikut suka. CT guna loyang 10x10x2 inci.

7. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan 30 minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak atas redai dan boleh dipotong-potong. Hias ikut suka... Selamat mencuba :)

* K.Nor hanya guna 200gm gula perang dan bakar dgn suhu 170C 

Wednesday, February 8, 2012

AYAM KETUMBAR

ASSALAMUALAIKUM...

Menu yg dihasilkan kali ni hasil skodeng kat dapur Kak Pah @Ibundo.. Banyak resipi yg sedap2 kat dapur K.Pah ni.. kalau tak caya tanya K.Anim... Salah satunya resipi yg sedap ni adalah Ayam Ketumbar. Sengaja K.Nor cuba resipi ni utk mencuba resipi2 dr K.Pah yg bila tengok gambar2 masakannya tu, sentiasa memikat selera mata. Tak salah kita mencuba masakan org lain lagipun mana tau masakan tu lebih sedap dr yg kita duk masak hari2 kan.. Ternyata mmg sedap Ayam Ketumbar ni. Ada rasa masam2 pedas dan berempah, ada rasa rempah cajun lg tuh.. hehe Try la.. insyaallah menjilat jari hehe..


Mekasih pada K.Pah yg sudi berkongsi resipi Ayam Ketumbarnya tu. Kalau K.Pah tak kongsi, manalah boleh K.Nor mencubanya hari ni kan.. Pastu semestinyalah K.Nor uar2kan pada org lain pulak utk mencuba rasanya yg sedap ni.. Tapi sebelum tu, mintak maaf pd K.Pah, sbb Nor dah edit sket pd cara masakan ayam ni. Isi dlm rumah ni lebih suka kalau masakan ayam yg digoreng dulu sket dr masuk terus dlm kuali, barulah ayam tu pejal2 sket dan lebih sedap dimakan. Jadi Nor goreng dulu sekejap ayam yg dah dilumur dgn sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga 3/4 masak jer. Tak perlu garing2 pun, sbb nanti akan dimasak lagi dgn bahan2 tumisan. Jom lah mencuba Ayam Ketumbar yg sedap ni ya..


AYAM KETUMBAR
resipi : K.Pah@Ibundo
Bahan:
1/2 ekor ayam dipotong kecil ~ k.nor gaul dgn garam dan serbuk kunyit dan goreng 3/4 masak
2 biji bawang besar dihiris*
2 ulas bawang putih *
6 biji cili api *
2 batang serai
2cm halia dipotong julien halus
1 sudu kecil jintan manis
1/2 sudu kecil jintan putih
1 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu besar cajun
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar jus lemon
1 cawan air
garam secukupnya
beberapa batang baby carrot
1 biji tomato dibuang bijinya dan didadu kasar

Cara:
-Tumbuk cili api hingga lumat. Masukkan bawang besar dan bawang putih dan tumbuk kasar.
-Serai dipotong anggaran satu inci dan ditumbuk kasar.
-Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan tumbuk dan halia sehingga wangi. Masukkan jintan manis, jintan putih, serbuk ketumbar dan cajun. Gaul rata.
-Masukkan ayam. Goreng sebentar sehingga berubah warna. Tambah sos tiram dan sedikit garam. Gaul lagi dan masukkan pula air.
-Masak sehingga kuah pekat. Masukkan baby carrot dan jus lemon.
-Akhir sekali sebelum diangkat, masukkan tomato. Gaul rata.

* sbb K.Nor dah goreng dulu ayam, jd K.Nor guna  sedikit jer air utk melembutkan carrot.

Tuesday, February 7, 2012

TAKOYAKI again...

ASSALAMUALAIKUM..

Dah lama K.Nor simpan 1/2 paket tepung takoyaki dlm esbok, semata2 tunggu Along balik. Memang dia suka buat dan suka makan takoyaki ni. Pernah kali pertama dulu dia buat sama2 dgn K.Nor, masa tu semua adik2nya ada sekali kat rumah. Happy sgt masa tu, buat berdua jer dgn Along sampai abis. Adik2 dan ayah dia org tunggu ngap jer. Masa tu dia nak kenakan Naim, dgn meletakkan buah pelaga dlm 2 bj dr takoyaki tapi yg jadi mangsa yg makan takoyaki tu bukan Naim, sebaliknya ayah dia org yg termakan takoyaki berintikan buah pelaga.. Boleh pulak si ayah tak perasan adanya buah pelaga dlm tu.. dgn selamba jer dia makan hehe.. mmg gelak sakan kita org malam tu.. erm... mmg happy sungguh kita org masa tu, makan dan gelak2 jer. Memori yg sangat sukar dilupakan.. Tiap kali buat takoyaki atau teringat bab takoyaki mesti kita org gelak2 lagi bila teringat kes tu.. hehehe..


Baru2 ni, masa Along masih ada lagi kat rumah, K.Nor dan Along godek lagi takoyaki, belen 1/2 paket tepung tu. Kita org makan bertiga jer sbb masa tu anak2 K.Nor yg lain dah balik ke kolej/asrama. Memang lah kurang seronok sket bila tak cukup korum ni kan.. tp kalau nak tunggu semua berkumpul rasanya lambat lg kut. Jadi nak tak nak kena buat gak la takoyaki mlm tu sebelum Along berangkat balik ke Jordan..

Alhamdulillah.. spt biasa, memang Along yg sama2 masak takoyaki tu dari awal sampai akhir. Dan dia la jugak yg makan paling banyak. Selain dr dimakan bersama sosnya, kita org juga makan dgn jalapeno cheese. Memang best!! Nampak gaya kena gi Jusco la lepas ni nak topup tepung takoyaki sementara tunggu Along balik nanti.. hehe


Bagi sesiapa yg nak resipi takoyaki boleh tengok kat SINI , kalau nak tengok bahan2 yg K.Nor guna, klik kat SINI pulak ya.. Bahan2 ni boleh didapati di Jusco, insyaallah halal (menurut Hana, suami dia dah baca ingredients yg digunakan)

Sunday, February 5, 2012

APAM LABU

ASSALAMUALAIKUM...


Salam Maulidur Rasul buat semua yg berkunjung.. Jangan lupa perbanyakkan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.. Teringat zaman sekolah men dulu2, selalu jer kena join utk perarakan maulud sekitar bandar Kuala Terengganu. Dah berpuluh tahun masa berlalu.. ermmm.......

~ xXx ~

Ok lah.. kita berbalik pada entri hari ni.. Kalau ikutkan plan yg dah dibuat 2 minggu lepas, hari ni K.Nor akan ke Pasir Mas, Kelantan bersama Cik Abg dan Naim bagi menghadiri Majlis Perkahwinan sorang ustaz yg sangat rapat dgn Naim sejak dia bersekolah di Pasir Mas dulu. Tapi terpaksa K.Nor batalkan hajat nak ke sana sbb terpaksa temankan Aisyah kat pulang bercuti dr asrama sbb badannya dijangkiti Chicken Pox. Takkan nak biarkan dia sorang2 duk kat rumah dgn badan yg tak sihat tu kan.. Takperlah.. wakilkan dia org jer la gi ke majlis tu. Sedih gak sbb tak dpt ikut sekali sbb tak leh nak gi jumpa Luqman kat skolah dia.. Tapi Alhamdulillah... dapat bersembang dgn Luqman melalui web cam skype tadi masa ayah dia dan Naim ke skolahnya.. huhu.. rindu anak mak.. 2 Feb baru2 ni hari jadi Luqman, ni lah 1st time dia berada jauh dr famili tika hari jadinya.. Kesian anak mak sorang tu.. Be strong ya anak mak.. insyaallah semua akan lebih baik lg nanti..


Eh... masih gak belum balik pd entri hehehehe... OK2... jom kembali ke pangkal jalan... Entri hari ni, APAM LABU, resipi yg asalnya adalah APAM KELEDEK. K.Nor ambil dr blog Izah, dan Izah lak amik dr blog Yatie.. (ermm.. ni resipi asal Yatie agaknya...) Mekasih pd keduanya, atas perkongsian resipi apam yg sedap ni.. hehee....

APAM KELEDEK (LABU)
sumber: Izahkak Yatie
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan-bahan
3/4 cwn gula pasir*
200 ml air*
1 helai daun pandan*(* masak sehingga gula hancur dan sejukkan)

2 cwn tepung beras
1 cwn keledek rebus ~ k.nor guna labu yg direbus
250 ml santan
1 cwn tpg gandum
sedikit garam
1 sudu kecil yeast
1 sudu kecil b.powder
pewarna oren* optional

Cara-Cara
1. Keledek rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan....sejukkan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dngn kelapa parut.

Friday, February 3, 2012

BLUEBERRY CRUMBLE CUPCAKES

ASSALAMUALAIKUM...

Akhirnya dapat gak kembali bersiaran setelah 3 hari cuba utk mamasukkan entri. Bukan saja2 tak nak masukkan entri tp disebabkan 3 hari yg lepas sampai ptg smlm tuan rumah tak ada kat rumah, menghayati hanimun yg tak sepertinya itu.. Dah ku bawa segala peralatan, gambar2 pun dah dimasukkan dlm draf siap2 dgn resipinya sekali cuma tak sempat nak ngarang jer dek kesibukan pada hari Selasa pagi tu.. (hari Isnin tak sempat nak ngarang gak masa tu badan tak sihat) K.Nor plan nak update masa duk lepak sorang2 kat resort tu, tp org kata kan.. HAMPEH sungguh! (haa.. kan dah keluar perkataan yg sangat kurang enak tu akibat kegeraman dgn line tenet yg menyakitkan jiwa raga) Ku usung netbook ku keluar masuk ke loby resort (pg, ptg, siang dn malam tau) sbb hanya kat loby jer dpt wifi.. berjam2 duk menerai, tp line tarakkkkkk.. geram betul.. Akhirnya masuk bilik dan lepaking jer dlm bilik sorang2. ehh.. td kata hanimun kan.. hehe.. sebenarnya bukanlah hanimun sgt pun, kebetulan cik abg memberi kursus fotografi pada sebuah jabatan kerajaan kat situ, so dia kena lah mengheret cik adiknya bersama2 sbb skrg ni kan dah tak ada org lg kat rumah. Yg tinggal kita org berdua jer, anak2 semua dah balik ke U/kolej/asrama. So lepas ni dia mmg kena sentiasa mengheret cik adiknya yg sorang ni la kalau perlu memberi kursus kat mana2.. Dlm masa yg sama boleh lah kita org berhanimun bagai kan.. hahhahahaha...Ops... jgn nak doakan yg 'elok2' tu.. Mau mangga dah kilang tau.. cukuplah dgn apa yg ada.. hehee


Ok berbalik pd entri hari ni.. jom layan BLUEBERRY CRUMBLE CUPCAKES, resipi yg K.Nor ambil kat blog Sonia@NasiLemakLover ni.. teksturnya yg sangat lembut dan gebu, rasa manisny pun just nice (spt biasalah, dah dikurangkan gulanya tu.. hehe). Bila makan panas2 dgn crumble atasnya tu yg garing, mmg syok abis.. Rasanya boleh ditukar dgn buah lain spt strawberi atau pun kiwi.. lain kali nak try versi buah lain lak.. Tq Sonia for sharing the nice recipe.. :)




BLUEBERRY CRUMBLE CUPCAKES
(recipe source: Crumble topping adapted from okashi book, cupcake 
by Sonia aka Nasi Lemak Lover)
source : K.Nor@SecubitGaram
*makes 8

Crumble topping
20g cold butter
20g caster sugar
20g top flour or cake flour
10g ground almond

125g butter, room temperature
80g caster sugar (k.nor letak 65gm jer)
2 large eggs
1/2tsp vanilla extract
100g self-rising flour or 100g cake flour + 1tsp baking powder
2tbsp milk
80g fresh blueberries, dust with some flour

For the topping-fresh blueberries

Method
1. Make crumble topping. Combine ingredients in a bowl and mix with fingers until mixture resembles coarse breadcrumbs. Refrigerate until needed.
2. Preheat the oven to 180C. Put 8 paper cases in a muffin pan.
3. Put the butter and sugar in a mixing bowl, and beat together until light and fluffy.
4. Add egg one at a time, combine well.
5. Add in the flour and milk alternately, fold till well combine.
6. Add in blueberries, mix well.
7. Spoon the mixture into the paper cases. Top with few blueberries, then sprinkle crumble topping over.
8. Bake the cupcakes in the oven for 25-30mins, or until risen and firm to the touch.
9. Transfer to a wire rack and let cool.