f Secubit Garam: EMPAT PULUH LIMA....

Saturday, February 25, 2012

EMPAT PULUH LIMA....

ASSALAMUALAIKUM....


ALHAMDULILLAH... Bertambah lagi usia. Yer, dah 45 tahun dah.. Buat apa malu nak sebut angka usia kan, memang dah tuo pun hehe.. Bukannya boleh kita undurkan usia kita walau sehari atau sesaat sekali pun. Bersyukur jer dgn apa yg dimiliki dan dikurniakan oleh Nya, insyaallah akan ditambah lagi nikmat yg Dia berikan..


Setiap tahun pd malam ulangtahun kelahiran pasti akan terasa sayu, merindu org yg dah lama pergi. Air mata sentiasa gugur bila memohon doa khas buat org yg melahirkan dan membesarkan walau hanya untuk seketika ni. Betapa bersyukur dilahirkan olehnya, kalau tak, tak adalah org bernama Nor Azmihah di muka bumi ni kan.. Betapa rindu sgt2 kepadanya, ingin sgt2 memeluk, menciumnya spt yg dapat dilakukan oleh org lain terhadap ibu mereka. Selain dr memohon doa yg baik2 buatnya, tak lupa dipanjatkan juga doa utk 'berjumpa' dlm alam mimpi. Alhamdulillah... Hanya sekali Allah berikan peluang utk K.Nor berjumpa dan menatap wajahnya dlm mimpi, masa tu di bulan Ramadhan. Ya Rabbi, rindu ku terlerai ketika itu dpt melihat dia dlm pakaian serba putih, dgn wajah yg sangat berseri dan bercahaya. Namun, kita sentiasa tamak, mintak lagi dan lagi utk 'berjumpa' terutamanya malam hari ulangtahun kelahiran dan malam hari raya. Memang K.Nor tak leh nak bayangkan rupa arwah kerana arwah meninggal masa K.Nor berusia 6 tahun. Dah 39 tahun K.Nor menyambut ulangtahun kelahiran dan beraya tanpa kehadirannya. Hanya Dia yg tahu, betapa rindu pada org yg satu ni.. Semoga Allah ampunkan segala dosa ibuku, dilapangkan kuburnya dan dijadikan kuburnya sebagai taman syurga dan ditempatkannya di jannah di hari yg pasti nanti. Juga semoga Allah ampunkan segala dosa ayahku dan dilimpahkan rahmat dan keberkatan keatasnya. ermm... dah la ya yg sedih2 tu, kita tukar mood ok :)

Celebrate? huhu... tak ada maknanya nak celebrate bagai tuh.. Tahun ni agak sedih gak ler, tak ada sorang pun anak2 kat rumah nak diajak celebrate. Kali pertama dlm sejarah ni... Tapi Alhamdulillah.. Along dan Naim dah call tengahmalam tadi utk wish birthday buat si emak nih.. Tiada yg lebih membahagiakan bila anak2 ingat dan ucap selamat kan. Hanya ingatan dan doa dr mereka yg paling berharga. Kalau biasanya tiap2 kali mlm hari jadi tak kiralah hari jadi sapa pun, masing2 berebut nak wish, sapa dulu yg paling awal wish dan sapa yg paling lewat wish.. Masing2 duk tertunggu2 jer jam pkl 12.00 tghmalam hehe.. Alahai.. rindu saat tu kali ni.. Apapun kali ni Along yg menjadi pemenangnya dan Naim yg ke2. Aisyah dan Luqman payah sket la sbb duk kat asrama, camna nak buat call tengahmalam buta lagi pun bukannya dia org ada henpon kan.. Takper.. K.Nor tau dia org mmg ingat tu cuma tak berpeluang nak call jer ^__^

Nak kek? huhu.. sori la.. tahun ni tak ada kek ya.. Kalau buat pun sapa yg nak tukang perabis tu, kang besday mum gak la yg kena jd cik tong.. Bertambah2 ketembaman ku nanti.. dah lah lebih dr 60kg dah nih.. huhu.. bila la nak balik ke weight asal..


Agaknya kalau gi kendelite berduet jer ok gak kan sementara anak2 tak ada nih.... hehee

Sebelum terlupa, nak wish birthday gak pada geng kembar K.Nor, SO PEA atau nama glamer kat dlm MyResipi Kak Fiza MyR dan juga buat YANI MNOR. Dah banyak tahun kita celebrate hari jadi bersama di alam maya kan, bila agaknya dpt kita sama2 celebrate di alam nyata, dpt potong kek sama2 dgn kehadiran keluarga tersayang sekali kan..

HAPPY BIRTHDAY buat Pia dan Yani, semoga dipanjangkan usia yg berkat, diberikan kesihatan yg baik dan dijadikan kita ibu yg terbaik buat anak2 dan isteri yg solehah buat suami masing2. Semoga kebahagiaan dan ketenangan sentiasa menjadi milik kita, di dunia dan di akhirat.. amin..... 

~***~
K.Nor amik kesempatan kat sini nak ucapkan jutaan terima kasih pada yg dah wish kat fb dr smlm lagi. Org yg mula2 wish adalah MamaFami, kes tersilap hari hehe.. Mekasih Ma, dpt 2x birthday wishes dr Ma tahun ni :) Pastu diikuti dgn Noorsha dan lain2.. Mekasih banyak2, semoga Allah makbulkan segala doa2 yg dipanjatkan dan semoga Allah melimpahkan juga rahmat dan keberkatan buat adik kakak dan teman2 semua bersama ahli keluarga masing2. Sayang semua... ^__^

K.Nor letak yg gambar2 jer ya, utk dijadikan kenangan di kemudian hari.. TQ 

dari MamaFaMi

dr Noorsha

dr Azie


dr Ina Abd Aziz


dr Nik Zamzurina


dr Mas 


hehe yg ni terpaksa letak gak sbb yg ni pemberian CT Delima ^__^



dr Love


dr Diny