Wednesday, February 15, 2012

KERABU KACANG BOTOL IKAN PEKASAM

ASSALAMUALAIKUM..

Semalam, tengok K.Pah@Ibundo tayang Kerabu Kacang Botol Ikan Pekasam. uishhh K.Pah letak ikan pekasam dlm kerabu.... satu gabungan yg mantop! Kerabu Kacang Botol mmg dah selalu buat dan selalu gak makan tp tak pernah pulak terfikir yg ikan pekasam goreng boleh dijadikan bahan utama dlm kerabu. Memang tertarik hati dgn resipi kerabu K.Pah tu pastu terus mintak izin kopipes resipi K.Pah :)


Pagi tadi balik dr brisk walk kat taman terus ke pasar sbb ada benda nak dibeli. Masa tu terpandang kacang botol yg segar bugar terus teringat kat Kerabu Kacang Botol K.Pah. Bila dah beli kacang botol tu, terlupa pulak satu lagi bahan lain yg diperlukan, iaitu bunga kantan. Masa duk semak balik resipi Kerabu Kacang Botol masa nak buat tu, baru perasan yg bunga kantan tak ada. Jadi K.Nor gantikan aje dgn serai. Tak kisahlah sbb serai pun biasanya diletakkan dlm kerabu gak kan. Maaf ya K.Pah, banyak gak Nor derhaka kat resipi K.Pah ni, tp insyaallah.. rasanya kerabu ni maintain sedap! Memang boleh dibuat lagi kerabu ni.. ai like! :)


Mekasih K.Pah, sudi kongsi resipi kerabu yg sedap ni. Izinkan Nor share kat sini lak ya..


KERABU KACANG BOTOL IKAN PEKASAM
resipi : K.Pah@Ibudo
sumber : K.Nor

Bahan:
300 gm kacang botol ~ 150gm
1 ekor ikan pekasam goreng dan ambil isi
1 batang bunga kantan, mayang nipis ~ 3 btg serai
1 labu bawang besar, mayang nipis ~ 3 ulas bawang merah
3 tangkai cili api, ditumbuk ~ k.nor hiris
5 biji limau kasturi, ambil jusnya ~ 3 bj
4 sudu besar kelapa parut disangai sehingga kekuningan
secubit garam ~ k.nor gantikan dgn sedikit gula


Cara menyediakan:
Hiris kacang botol.
Campurkan semua bahan dan gaul rata.
Sedia dihidang dengan nasi putih.

* Yg berwarna biru yg K.Nor buat/ejas