Friday, February 10, 2012

SUPER FUDGY BROWNIES

ASSALAMUALAIKUM...

Salam pagi Jumaat buat semua.. Sebelum K.Nor teruskan kepada entri hari ni, K.Nor ingin sampaikan sedikit info dari apa yg K.Nor baca kat rumah Rima pagi semalam dlm entri terbarunya tu. Rima ada letak satu link berkaitan menyalin atau copy resipi yang dia dapat dari satu web iaitu http://foodblogalliance.com. Artikel tu sangat bagus utk dijadikan panduan semua blogger2 masakan terutamanya. 

Antara yg sangat menarik hati K.Nor bila dia menyebutkan :


The rules that most cookbook authors and food writers follow are these:

1. If you're modifying someone else's recipe, it should be called "adapted from".
2. If you change a recipe substantially, you may be able to call it your own. But if it's somewhat similar to a publisher recipe, you should say it's "inspired by", which means that you used else's recipe for inspiration, but changed it substantially.
3. If you change three ingredients, you can in most instances call the recipe yours

Number 3 is a tricky area, but if the recipe is so unique, you may want to give credit for the inspiration. For example, if you loved the idea of Bill Smith's recipe for Apple-Green Olive Pie, but you came up with your own unique variant (ex: Pear-Black Olive Tart) which is substantially different that his (although I don't know why) , you could certainly say it was "Inspired by Bill Smith's pie."

K.Nor sangat bersetuju dgn apa yg dia katakan itu.. Apa salahnya kalau kita lebih jujur pada diri sendiri, kalau kita dapat resipi tu hasil dr BW atau hasil dr dapur org lain atau dari buku masakan sekalipun, kemudian kita letakkan link sumber yg kita dapat tu. Dan apa salahnya kalau kita guna resipi org lain dan kita edit sket2 atau dgn kata lain derhaka sket2 pd resipi asal tu, kita bagi jugak kredit pada owner dan juga sumber resipi asal.. DAN apa salahnya kalau kita dpt ilham dari resipi org lain tu dan kita edit banyak sekalipun, kemudian kita hasilkan resipi baru dan letak kat blog kita, kita bagi jugak kredit pd tuan blog resipi asal/sumber resipi yg kita dapat ilham dr beliau..(part no3 tu..) Tak jatuh maruah, tak jatuh standard kita kalau kita ikhlas dan jujur dlm hal ni.. Rasanya pengunjung atau peminat blog kita takkan memperlekehkan kita atau merendah2kan diri kita bila kita mencuba resipi org lain dan berkata sejujurnya bila meletakkan post kita.. Ini pendapat K.Nor lah.. Maaflah kalau ada yg tersinggung disebalik luahan K.Nor ni.. Sebab dah lama K.Nor perhatikan, ada blogger2 lain yg dtg menceduk resipi, menceduk idea dari blog lain tapi tak sikitpun nak mention sumber asal resipi yg dia dapat. Bukan semata2 terjadi pada blog K.Nor tapi juga pada sebahagian blog2 masakan lain. Dah lama hal ni terjadi dan dah ramai blogger2 masakan yg terasa dlm hal ni.. Jadi bila Rima letakkan link web yg menyiarkan artiket yg berkaitan tu, K.Nor terpanggil utk sentuh sket hal ni.. Semoga kita blogger2 masakan semua atau dgn nama lain Geng Masak2 (GMM) akan lebih peka dlm hal ni dan semoga hubungan akrab yg sedia terjalin akan bertambah utuh dan mesra.. Itu jer harapan K.Nor.. ^__^

~~~~~ X ~~~~~


Ok.. berbalik pd entri kali ni.. ermmm.. ni projek hari Isnin baru2 ni ya.. hehe.. Sebelum ke Cherating baru2 ni K.Nor mmg plan nak buat brownies, saja lah utk dijadikan bekal makan dlm perjalanan dan makan kat resort tu. Hari tu jugak tengok Ayu S'pore tayang brownies dia.. Pastu plan K.Nor lepas balik dr site, nak la godek kejap brownies ni, rasanya sempat lah sebelum bertolak ke Cherating pd pukul 3.. Tup2 lama pulak kat site.. balik pun dah agak lewat. Lepas lunch balik rumah terus pack barang2, tak sempat dah nak godek apa2 pun.. Frust jugak tp apa nak buat kan.. kalau tak lambat lak nak bertolak sbb mlm tu kursus dah bermula jam 8.30mlm.. Nak kena singgah dua tiga tempat lg pulak tu.. so tak jadi la nak menggodek brownies..


Lepas tu, nampak pulak CT tayang brownies dia, ehh.. selang sehari kut, Zana pulak tayang.. aishhhhh.. menggoda jiwa raga betul!! Tekak terasa sgt nak makan brownies.. Mulanya plan nak buat yg pernah buat dulu spt yg Zana buat tp terasa nak mencuba yg CT pulak ler.. (yg Ayu tayang dah pernah buat dah dulu hehe)  Terpikat dgn brownies yg CT tayang, jadi K.Nor pun cuba lah resipi yg CT olah dr Martha Stewart tu.. Ternyata, terrrrrrrrrramat sedap! Kaya dgn rasa coklat, agak chewy juga. Memang sedap la.. tp cam biasa K.Nor dah kurangkan sukatan gula. erm.. K.Nor juga guna gula perang spt yg CT buat tu.. Try la paa penggemar brownies ya.. mmg rugi punya cuba resipi brownies ni.. Mekasih CT, sudi berkongsi dan olah resipi yg best ni.. :)



SUPER FUDGY BROWNIES
Resipi : Martha Stewart
Di Olah : Che CT
sumber: K.Nor

Bahan-bahan :
120 gm unsalted butter - (8 sudu besar)
130 gm all purpose flour - (1 cawan)
1/2 sudu teh baking powder
30 gm serbuk koko - (1/4 cawan)
1/2 sudu teh garam
220 gm coklat masakan - dadu kecil-kecil
240 gm gula perang - (resepi asal 1 1/4 cawan gula kastor)
3 biji telur gred A
3/4 cawan choc chips

Bahan untuk ditabur :
Almond slice / choc chips

Cara-cara :

1. Panaskan oven 180'C. Sapu loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti, dan sapu juga baking paper dengan mentega. Ketepikan.

2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder, garam dan choc chips sekali. Ketepikan. Pindahkan choc chips yang telah diayak kedalam bekas lain.

3. Cairkan coklat masakan dan butter guna keadah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam coklat. Matikan api.

4. Masukkan gula dalam adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula larut dan sebati dengan coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata dengan perlahan-lahan.

5. Masukkan adunan tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga tercampur rata. Masukkan sekali choc chips yang diayak tadi. Jangan aduk terlalu lama, cukup sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.

6. Tuang adunan dalam loyang dan ratakan. Taburkan almond slice dan choc chips ikut suka. CT guna loyang 10x10x2 inci.

7. Bakar selama 50 minit atau hingga masak. Keluarkan dari oven dan sejukkan 30 minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari loyang dan letak atas redai dan boleh dipotong-potong. Hias ikut suka... Selamat mencuba :)

* K.Nor hanya guna 200gm gula perang dan bakar dgn suhu 170C