f Secubit Garam: March 2012

Friday, March 30, 2012

MANGO PANNA COTTA II

ASSALAMUALAIKUM..

Dah lama tak buat Panna Cotta. Hari tu nampak Datin Chah tayang Mango Panna Cotta dia.. Geram jer nak ngap. Nak buat tp tak ada buah mangga. Hari tu rembat ler mangga mas hitam kat pasar, mmg khas nak buat panna cotta. Bila dah buat, ermmm.. sangat puas hati dpt makan dessert yg sedap dan menyejukkan anak tekak ni.


Kalau dulu K.Nor guna resipi Gert, kali ni masih jugak guna resipi dari Gert (Vanila Bean Panna Cotta with Balsamic Strawberries) tapi dah diolah sedikit sbb tak cukup bahan. Sebelum ni mmg ada bertapa heavy cream 1 kotak kecik dlm esbok tp punya la lama tu sampai dah beku (bukan letak kat freezer pun, mungkin sbb dah expired). Kebetulan ada whipping cream, jd K.Nor gantikan lah dgn WC tu. Bahan2 lain yg tak ada ialah vanilla bean dan balsamic vinegar. Stoberi pun tak masak lagi kat kebun, tak leh nak petik lah. Duk tunggu stoberi dari kebun Mek Ampang tak sampai2. Jadi K.Nor gunalah mangga sebagai pengganti stoberi. Kat bawah ni K.Nor letak resipi yg dah K.Nor olahkan, utk resipi asal, sila klik link pd nama Gert tu ya.. Mekasih Gert utk resipi ni tp sori lah ya Nor dah olah resipi tu ikut kesesuaian dgn bahan2 yg ada.

Versi Pittaya/Dragon Fruit

MANGO PANNA COTTA II
resipi olahan : K.Nor@SecubitGaram
resipi asal : Gert@KitchenSnippets


Bahan:
2 cawan susu segar/fresh milk
1/2 cawan whipping cream
2 sudu kecil serbuk gelatin ~ k.nor guna gelatin halalgel3 sudu besar air panas
1/4 cawan gula @ secukup rasa
1 sudu kecil esen vanila

Utk puree mangga:
1 bj mangga masak
2 - 3 sudu kecil gula
1 sudu kecil perahan limau/lemon

Cara:
Masukkan gelatin ke dalam air panas, kacau dan biarkan ia mengembang.
Masak susu, whipping cream dan gula dgn api sederhana hingga kelihatan buih2 kecil di tepi periuk.
Padamkan api dan masukkan adunan gelatin dan esen vanila, kacau sehingga gelatin larut sepenuhnya.
Tuangkan ke dalam ramekin atau gelas yg sesuai.
Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 5 - 6 jam.
Sementara itu bolehlah disedikan puree mangga.
Blend buah mangga hingga halus, kemudian masukkan gula dan perahan limau/lemon. 
Kacau hingga sebati. Sejukkan dlm peti ais sebelum menghidang.
Utk menghidang, tuangkan puree mangga ke atas panna cotta tadi.
Sedia utk dinikmati.

*
- utk membuat panna cotta ni mudah aje, cuma perlu ambil masa yg agak lama antara 5 - 6 jam utk panna cotta tu betul2 set/mengeras. kalau dituangkan puree mangga sebelum ianya betul2 set, nanti akan tenggelam ke dalam panna cotta tu.
- utk menikmati panna cotta ni di waktu petang, eloklah disediakan panna cotta ni di waktu pagi.
- tekstur panna cotta tidak spt agar2 atau puding, ia lebih kepada dadih


Wednesday, March 28, 2012

GARLIC FINGER BUN

ASSALAMUALAIKUM...

Mesti ada yg akan kata, kat rumah org Ampang pun ada gak Garlic Finger Bun. Pakat ke? ishhh tak ler.. tak pakat pong, Jah kan..  Biasalah mmg selalu ada 'brain connection' kalau dgn Mek Ampang ni. Kalau time sembang, serentak ayat yg sama. Kadang tu cuma antara lambat menaip jer, kadang2 susun atur ayat jer yg berbeza. Point tak berbeza pun.. hehe Alhamdulillah.. Allah dah mengurniakan kita org ni kawan yg boleh juga dipanggil sahabat yg serasi, yg memahami dan ada bila kita perlukan pertolongan. Mudah2an persahabatan kita tidak tercalar dan tidak ada yg tidak senang dgn ukhwah yg kita bina ya Jah.. insyaallah.. 


Pg td Izah dah tayang Garlic Finger Bun dia (sebenarnya dia dah tayang kat FB semalam lg dah..) Saja la K.Nor biar dia tayang dulu lagipun mmg dah plan nak tayang belah petang. Kalau tengok dr segi luaran, dari segi tajuk mmg dah sama tp org kata gini la.. SAMA TAPI TAK SERUPA ^__^ Memang sama dr segi kejadian tu, Garlic Finger Bun dan guna resipi Garlic Spead yg sama cuma yg jd tak serupa tu sbb Izah guna resipi doh yg berlainan dr yg K.Nor guna. K.Nor ikut resipi yg Yatie guna (resipi asal) dan membentuk doh menjadi bentuk jejari/finger, tidak ikut spt resipi asal yg membuat bentuk rolls. Roti yg dihasilkan mmg lembut dan sedap cuma kurang montoks sbb masa K.Nor sapu Garlic Spread tu agaknya K.Nor dah tekan kuat sgt kut, tu yg cam terbentuk garis atas permukaan roti.

Versi roll.. 
Ada sedikit lebihan doh, K.Nor roll dan sapu dgn Garlic Spread

Seperti Yatie dan Izah, K.Nor juga makan Garlic Finger Bun ni dgn Mushroom Soup. Homemade aje, ikut resipi yg selalu buat tp dah diolah sbb buat dlm sukatan yg sedikit jadi main campak2 jer. 

Mekasih pada empunya resipi asal dan juga Madiha@Ratna yg telah menyebarkan virus Garlic Rolls dan mekasih pada Yatie yg dah tukar kepada Garlic Finger Rolls. K.Nor copy resipi yg Yatie dah translate. TQ ya.. :) Kalau nak tengok resipi asal, klik aje link kat bawah ni ya..


GARLIC FINGER BUN (GARLIC ROLLS)
olahah dr resipi asal oleh Yatie
resipi : Suhaina @My Singapore Kitchen
sumber : Umm Mymoonah, Madiha

Bahan2 :
3 cawan tepung gandum ~ Yatie guna tepung roti (k.nor juga)
1 cawan air suam
1 sudu besar yeast
1 sudu teh garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar olive oil

Cara-Caranya
Campurkan semua bahan kecuali minyak dalam sebuah bekas dan uli sehingga menjadi doh yang lembut.
Tambahkan minyak dan uli semula sehingga mendapat doh yang elastik.
Sapukan sedikit minyak pada doh, tutup doh dengan tuala lembab yang bersih dan biarkan doh rehat selama 40 ~ 45 minit. Doh akan naik sekali ganda.
Sementara menunggu doh naik kita sediakan garlic spread.
Setelah adunan doh naik buka tuala lembab dan tumbuk-tumbuk doh dan uli sekejap.
Kemudian bahagikan doh kepada 2 bahagian ~ seelok-eloknya di timbang setiap bahagian supaya sama beratnya.
Bahagikan pula kepada 7 bahagian setiap bahagian, jadi dpt 14 ketul semuanya.
Gelek doh dengan kayu pencanai berbentuk empat segi memanjang.
Sapukan sedikit Garlic Spread di tengahnya (mcm intilah kiranya)dan gulung memanjang semula.
Buat kaedah yang sama pada doh yang lain juga.
Susun doh dalam tray yang telah di sapu dgn butter hingga habis.
Tutup semula doh dengan kain lembab dan rehatkan semula selama 30 minit supaya doh naik sekali ganda lagi.
Angkat kain lembab tadi dan sapukan baki Garlic Bread di atas permukaan doh tadi.
Sapukan kuning telur pada permukaan doh dan sedikit serbuk lada hitam jika suka.
Bakar doh dalam oven pada suhu 170 - 180 C selama 20 - 25 minit.

Panduan
Untuk mengetahui sama ada roti sudah masak betul atau belum, jentik bahagian bawah roti. Jika bunyinya seperti kosong, tandanya roti telah di masak dengan sempurna ~ Chef Wan


GARLIC SPREAD
50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar 

Gaulkan semua bahan
Siap utk digunakan.

Tuesday, March 27, 2012

AYAM GORENG KUNYIT

ASSALAMUALAIKUM..

Errmmm.. kalau buat wordless entry aci tak? Kenapa mesti asal hari Rabu jer boleh boleh buat wordless entry? Hari lain tak leh ek? Dah biasa sangat kan, asal hari Rabu jer ramai yg berWW.. kita tukar la hari lain pulak.. ehhhh.. dah berapa patah perkataan pun ni.. ishh tak jadi nak berwordless.. ^___^


Dah la tu.. jom lihat tayangan amal utk hari ni. Menu ayam yg simple sgt2. Rasanya ramai yg tau buat masakan Ayam Goreng Kunyit dan agak banyak resipi Ayam Goreng Kunyit kalau kita google. Takper lah.. K.Nor nak share gak resipi yg K.Nor buat ni. Mana tau kut2 ada yg nak menerai. Utk yg bekerja tu, mmg sesuai lah resipi ni, tak perlukan bahan2 yg banyak dan penyediaannya pun mudah. Jom tengok resipi..

AYAM GORENG KUNYIT
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 kpg dada ayam ~ dihiris nipis
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil garam
1 labu bawang besar ~ dihiris bulat
5 biji cili padi ~ dihiris serong
2 tangkai daun kari
sedikit gula ~ optional
minyak

Cara:
Gaul ayam bersama serbuk kunyit dan garam.
Panaskan minyak dan masukkan bawang besar dan daun kunyit.
Goreng hingga wangi dan masukkan ayam, cili padi dan sedikit gula.
Goreng lagi hingga ayam masak dan sedikit garing.
Padamkan api dan bolehlah dihidangkan.

Monday, March 26, 2012

UDANG SRI RAMPAI

ASSALAMUALAIKUM..

Menu of the day, UDANG SRI RAMPAI. Resipi kali ni datang dari rumah Ayu S'pore yg sedang hot sejak hari Sabtu baru2 ni bila satu blog tu dah copy banyak betul entri Ayu. Bukan aje resipi dan gambar yg diangkut, bahkan dgn ayat2 atau citer2 dlm tu sekali. Ramai lg yg senasib dgn Ayu, spt  Melly Octaviana, Deetha dan blogger2 Indonesia. Sedih dgn kejadian yg tak pernah ada titik noktah gini. Hasil usaha penat lelah kita diangkut sewenang2nya. Tak sampai 10 saat dah siap 1 entri walhal kita yg buat semua kerja tu, nak kata 2 jam pun tak cukup. Dari awal penyediaan beli barang kat pasar hinggalah siap satu posting/entri, bukan sikit masa yg dihabiskan dan bukan sikit tenaga yg dikeluarkan. Kalau kita cakap hal ni mmg tak pernah ada kesudahan kan.. Bilalah agaknya ada satu undang2 yg betul2 boleh melindungi hak blogger2 masakan ni dan bilakan agaknya semua ni dapat dihentikan.. wallahua'lam... Hal2 mcm ni lah yg selalunya membuat GMM hilang mood nak teruskan blogging.. 


Jom lah kita balik ke perihal entri hari ni, Udang Sri Rampai. Masa K.Nor masak udang galah tempohari ada Ayu mention resipi Udang Sri Rampai ni. Jadi K.Nor selongkar dapur Ayu, baca resipi dan bila rasa tertarik nak buat, K.Nor copy dan save dulu resipi. Kena tunggu ada udang dulu baru boleh buat. Tapi K.Nor tak guna udang galah mcm yg Ayu guna tu, K.Nor guna udang biasa jer. Ni pun sedap gak, udang memang la sedap kan... tambah lg bila dimasak ringkas gini. Memang resipi ni ringkas aje dari segi bahan2 yg digunakan dan cara penyediaannya. Cuma K.Nor olah sket cara memasak, K.Nor gaulkan udang dgn sedikit garam dan serbuk kunyit. Pastu K.Nor goreng dulu sekejap, sampai udang berubah warna. K.Nor suka buat gini supaya udang tu tak mengeluarkan air sangat bila dimasukkan kedalam sambal/gravynya tu. Terpulang pada citarasa masing2 ya..

Mekasih Ayu atas rekomen utk masak Udang Sri Rampai ni. Izinkan Nor share kat sini lak ya.. Mekasih buat Ucu Bakery dan juga owner asal resipi. Be cool ya Ayu.. :)

UDANG SRI RAMPAI
sumber: Ucu Bakery via Kongsi Resepi
sumber : Ayu S'pore & K.Nor

Bahan:-
1 kg Udang - saiz L (lgi bagus XL) -(Ayu gunakan udang galah)
6-7 batang serai - dihiris nipis2-(Ayu gunakan 4 batang serai diblender)
3-5 helai daun kunyit -dihiris nipis2-(Ayu gunakan 3 helai)
3-4 ulas bawang merah - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 biji bawang besar - dipotong bulat
1 inci kunyit hidup - dikisar
sedikit belacan/anak udang kering -dikisar-(Ayu gunakan belacan)
6-7 biji cili padi - dihiris-(Ayu gunakan 5 biji untuk diblender + 10 biji untuk dihiris)
air asam/asam keping
garam/perasa

Cara2nya :-
Tumis bahan2 yang dikisar, tunggu sehingga naik bau
Masukkan bahan yg dihiris nipis tadi...teruskan kacau
Kemudian masukan udang - gaul lagi sehingga mesra
Masukkan garam/perasa/air asam.Tunggu sehingga mendidih( Tak perlu bubuh air..sebab udang ni akan mengeluarkan air dgn sendirinya)Dah boleh dihidang....Senangkan masak udang sri rampai ni....

*K.Nor gaul udang dgn sedikit garam dan serbuk kunyit. Pastu goreng seketika udang sehingga warna udang bertukar kemerahan. Angkat dan toskan.

Saturday, March 24, 2012

RED BEAN BUNS

ASSALAMUALAIKUM...

Sebenarnya ni roti2 hasil kejadian pada hari petang hari Jumaat. Kalau ikutkan nak post malam tu jugak tp disebabkan hal2 yg tak dapat nak dielakkan, ingat nak post pg tadi. Alih2.. ada lagi kejadian yg tak dapat nak dielakkan.. yg mana K.Nor dn cik abg keluar dr awal pagi dan balik pun dah dekat tengahari.. terpaksa lah tangguh lagi. Mood nak masukkan entri petang td pun dah merudum sgt2.. Jadi malam ni kena gagahkan diri gak utk masukkan entri roti ni. Tak per la ya, gambar tak basi.. dan roti pun ada sket lagi tu .. hehe

 Ada RED BEAN ROLLS dan ada RED BEAN FLOWER BUN yg terrr'ireng' ^___^

Duk tengok Noorsha yg baru buat comeback kat fb tayang Mini Sosej Roll, teringin lak meroti. Spt Noorsha yg guna resipi Basic Dough utk buat roti sosej dia tu, K.Nor pun gunakan resipi yg sama. Rasanya ramai yg puas hati dgn doh dan roti yg dihasilkan dgn resipi Basic Dough tu. Ngam2 jer, tak lembik dan tak keras dohnya. Dan dgn doh tu boleh kita pelbagaikan hasil roti yg kita inginkan. Kalau selak kat label roti tu dah mcm2 hasil roti yg K.Nor buat menggunakan resipi Basic Dough. Semuanya terpulang pd masing2, camana nak bentukkan atau hasilkan roti dgn doh tu. Bagi yg dah mencuba resipi hasil olahan K.Nor tu, mekasih ya sudi mencuba (Yat pun ada buat baru2 ni kan Yat hehe) dan bagi yg dah selalu buat guna resipi tu spt Yani, Izah, Mas, Noorsha dan lain2.. mekasih juta2 ya.. hehe .. 

Yg dalam mould tu CHOCOLATE CHIP BUN dan yg belah kanan tu, tak nak ketinggalan.. CPAB hehe

K.Nor letak sekali lg resipi Basic Dough kat sini utk sapa2 yg nak mencubanya. Selamat mencuba..

BASIC DOUGH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening

Cara:
Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.

#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.


WATER ROUX: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
50gm tepung gandum
250ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.

Wednesday, March 21, 2012

SOTONG MASAK KICAP PEDAS

ASSALAMUALAIKUM..


Jom layan menus simple hari ni. Kali ni K.Nor masak sotong menggunakan resipi yg lebih kurang jer dgn Ayam Masak Kicap Pedas yg selalu K.Nor buat. Alhamdulillah.. sedap layan masakan sotong gini. Makin pedas makin sedap, kannn.. Kena pulak dgn nasi putih panas2... ermmm... layannnnnn ^___^

SOTONG MASAK KICAP PEDAS
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan :
300gm sotong
1 sudu besar cili mesin
1 labu bawang besar *
2 ulas bawang putih *
1/2 in halia *  ( blend bahan2 bertanda *)
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
2 sudu besar kicap pekat ~ k.nor guna Jalen
1 btg kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 bj buah pelaga
1/2 cawan air
1 keping asam keping
garam dan gula secukup rasa
1 bj cili merah ~ dihiris serong
minyak

Cara:
Bersihkan sotong dan potong mengikut kegemaran masing2. Toskan.
Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis, cengkih dan buah pelaga dan goreng hingga terbit bau.
Masukkan cili mesin, goreng hingga garing.
Masukkan pula bahan2 yg diblend tadi.
Goreng hingga sedikit kering dan masukkan kicap pekat, serbuk lada hitam dan asam keping.
Biarkan seketika, kemudian masukkan air dan masak hingga garing dan pecah minyak.
Masukkan sotong, garam dan sedikit gula. (hati2 bila masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr kicap pekat tadi)
Masak hingga sotong masak dan kepekatan kuah/gravy yg disukai.
Masukkan cili merah yg dihiris serong tadi, kacau sekejap dan boleh lah diangkat dan dihidangkan panas2.

Monday, March 19, 2012

AGAR-AGAR LAPIS BUIH

ASSALAMUALAIKUM..

Hari ni K.Nor nak kongsikan satu resipi dessert yg rasanya ni lah dessert yg pertama K.Nor buat dlm hidup K.Nor kut. Resipi ni K.Nor dapat masa belajar kat kelas KEMAS yg mana cikgunya tu duk sebelah rumah K.Nor jer (rumah ayah K.Nor). Dia mmg buka kelas KEMAS kat rumah dia utk penduduk sekitar. Kat situ kita org belajar memasak, menggubah bunga dan menggubah hantaran.. Ni citer lama la.. tahun 84 - 86 gitu, masa tu baru abis SPM tahun 1983. Dessert ni yg mula2 K.Nor belajar kat situ dan dessert ni la yg mula2 K.Nor start buat. Masa tu resipi biasanya menggunakan agar2 bertali kan, tak mcm skrg dah meluas penggunaan agar2 serbuk. K.Nor pun dah jarang2 sgt masak agar2/puding menggunakan agar2 bertali ni. Dah tak berapa reti nak sukat air bila guna agar2 bertali. Maklum la dulu2 mana ada sukatan cawan metrik semua main sukat dgn gelas jer. Biasanya guna gelas arcoroc tu kan.. Gelas tu dah tak ada sebiji pun dlm simpanan K.Nor.. so agak susah sket la kalau nak convert sukatan air yg digunakan dlm cawan metrik. Jadi K.Nor ke dapur K.Hanieliza, selongkar dapur dia sbb K.Nor pernah tengok dulu yg K.Liza pun ada buat dessert ni tp K.Liza bg nama PUDING LAPIS BUIH. Mungkin nama yg K.Liza dpt dr org yg dia belajar tu. Mcm K.Nor dah nama asal yg cikgu KEMAS tu cakap AGAR2 LAPIS BUIH, jd K.Nor kekalkan lah nama asal yg K.Nor dapat tu ya.. Ada sedikit perbezaan dr segi bilangan telur yg digunakan dgn resipi K.Liza. Terpulanglah pada sapa2 nak buat ikut resipi K.Liza yg K.Nor dah letak link kat atas tu atau nak try versi resipi K.Nor kat bawah nanti.. 


Agar2 Lapis buih ni asalnya dulu K.Nor belajar dgn hanya menggunkan 3 warna, yer la dolu2 mana ada kaler biru, oren, purple dan lain2 kan. Yg K.Nor buat ni 4 warna, hijau, kuning, merah dan pink. Warna merah dan pink tu pulak silap gi letak bersebelahan jd tak nampak perbezaan warna kat situ. Terpulanglah pada sapa2 yg nak cuba buat tu utk guna warna apa2 yg disukai ya.. "Kita yg buat dia" ^___^



AGAR-AGAR LAPIS BUIH
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 paket agar2 serbuk (12gm)
850 ml air
3 bj telur A ~ ambil putih sahaja
145 gm gula
1 sudu teh esen vanila
2 helai daun pandan
pewarna mengikut pilihan

Cara:
 Masak air bersama gula, agar2 dan daun pandan hingga mendidih.
Kemudian masukkan esen vanila.
Pukul putih telur hingga betul2 kembang (jika diterbalikkan mangkuk, telur tak jatuh)
Basahkan loyang yg hendak digunakan dgn sedikit air (buang lebihan air)
Ambil satu senduk adunan agar2 dan satu senduk putih telur yg dah dipukul tadi.
Masukkan sedikit pewarna yg disukai dan kacau hingga sebati.
Tuangkan kedalam loyang dan ratakan.
Ulang lagi spt tadi, ambil satu senduk adunan agar2 dan satu senduk putih telur, masukkan pewarna lain pula dan kacau hingga sebati.
Tuangkan secara berhati2 keatas lapisan pertama tadi.
Ulanglah sehingga habis kesemua adunan agar2 dan putih telur.
Biarkan agar2 sejuk dahulu barulah dimasukkan ke dalam peti ais.
Biarkan sejuk kemudian bolehlah dihidangkan.
Selamat Mencuba ....

* utk mempercepatkan proses agar2 mengeras setelah dilapiskan, gunakan sebiji loyang yg lebih besar dan isikan air (boleh juga dimasukkan sedikit ketulan ais). kemudian letakkan loyang yg nak diisikan agar2 tadi ke dlm loyang berisi air tu. cara ni akan menpercepatkan agar2 yg dilapiskan tadi mengeras.
* utk menghasilkan agar2 yg tidak terpisah antara satu lapisan dgn lapisan yg lain, proses membancuh adunan agar2 dan putih telur serta perwarna perlu dibuat cepat2 ya.. :)
* seeloknya masa nak menuang lapisan seterusnya, tuang atas belakang spatula yg diletakkan di bahagian tepi loyang. tuang secara perlahan2 dan jangan tuang direct kat tengah2 adunan. kebiasaannya bahagian tengah agak lambat sedikit mengeras (ni utk mengelakkan adunan terjerlus ke lapisan sebelumnya) 

Saturday, March 17, 2012

GULAI LEMAK KEPAH

ASSALAMUALAIKUM..

Salam di penghujung minggu dan terima kasih buat yg sudi bertandang ke SecubitGaram. Maaf ya, akhir2 ni tuan rumah kurang aktif masukkan post dan juga teramat kurang aktif membalas komen. Insyaallah K.Nor akan balas komen2 kat entri tu, cuma amik masa sket. Dan seperti yg pernah diberitau sebelum ni, mmg SecubitGaram tak akan jadi spt dulu2, hari2 boleh update, kadang tu sampai 2 - 3 post satu hari. Sekarang ni dgn seribu macam hal dan alasan yg tak dapat dielakkan, dpt masukkan 1 entri sehari dah kira cukup bagus. Tapi jgn mengharap gitu ya, mungkin selang sehari K.Nor masukkan entri. Takper lah, asalkan SecubitGaram tak stop sudah la kan.. Insyaallah selagi diberi kesempatan, akan K.Nor hidupkan SecubitGaram ni.


Berbalik pada menu hari ni, menu simple ajer ni tapi bila digandingkan dgn pelakon tambahan spt ikan aya goreng, sambal tempoyak mentah dan ulam2an.. mmg cukup menyelerakan. GULAI LEMAK KEPAH, resipi yg lebih kurang sama jer dgn GULAI LEMAK UDANG DGN CENDAWAN. Dan K.Nor juga selalu gunapakai resipi ni utk masak GULAI LEMAK KETAM, masakan yg sangat anak2 K.Nor suka.

Jom lah tengok resipi yg tak seberapa ni.  Selamat mencuba, kita jumpa lagi.. insyaallah.. *tuan rumah dlm perjalanan ke Pengkalan Chepa, Kelantan skrg ni. Nak hantar si hero bongsu ke sekolahnya.. Ni entri berjadual jer ya.. ^__^


GULAI LEMAK UDANG DGN CENDAWAN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
1 1/2 kg kepah ~ direndam dan toskan
1 cawan santan pekat
1 cawan air
3 bj bawang merah ~ ditumbuk
1/2 in kunyit ~ ditumbuk
sedikit belacan ~ optional
1 sudu besar cili mesin
2 batang serai ~ diketuk
3 - 5 bj cili api ~ diketuk/belah dua
1 kpg asam gelugur
garam
sedikit gula ~ jika suka

Cara:
Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masak hingga mendidih.
Masakan hendaklah sentiasa dikacau supaya tak naik kepala.
Padamkan api. 
Hidangkan bersama sambal belacan/sambal tempoyak, ikan goreng/panggang dan ulam2an.

Thursday, March 15, 2012

KEK KAREMEL COKLAT MOIST (MLONG)

ASSALAMUALAIKUM..

Tuan rumah tak leh nak cakap panjang arini ya.. Dah 2 hari kepala duk berdenyut giler2. Nak masukkan entri tertunda ni. Kek yg dah dibuat 2 hari lepas, hari ni baru berkesempatan utk dijadikan tayangan amal kat sini. Resipi amik kat dapur Pecinta Muffin, siap koling2 nak tau saiz loyang. Ikut kata Izah, dia guna loyang 7" tp K.Nor tak ada loyang saiz tu, jd K.Nor guna yg saiz 8. Jadi karamel tu agak nipis sket la. Ada gak sket2 yg K.Nor olah mengikut sesedap hati dan selera yg membuat ni, harap tuan empunya resipi tak marah ya.. :)

Mekasih Izah, K.Nor angkut direct resipi kat dapur Izah ya.. ^__^

KEK KAREMEL COKLAT MOIST (MLONG)
resepi: Atulnona Abdullah dan Munira Baharum FB
sumber: MLong FB & Izah
sumber : K.Nor


BAHAN KARAMEL:
STEP 1:
2 sudu besar gula pasir dtabur dlm loyang
STEP 2:
buka api perlahan dan buat gula hangus atas dapur gas
* ratakan pd loyang supaya nanti kek yg dah siap tak melekat bila dikeluarkan dr loyang

STEP 3:
BHN B:
1/2 tin susu cair
70gm gula kastor
1/2 sudu kecil esen vanila
3 biji kuning telur
 ****kalau nk karamelnye tebal,tambahkan susu cair dan kuning telur


(Izah guna resepi karemal dari ANNA QAWINA yg tebal, K.Nor guna gak yg ni tp dah diolah sket)

1 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis ~ k.nor letak 1/2 cawan
1 sudu teh esen vanila
3 bj kuning telur ~ k.nor guna 2 bj kuning telur *
2 biji telur (putih & kuning) ~ k.nor guna 3 biji (putih & kuning)

STEP 4:
kacau perlahan dan tapiskan ke dlm loyang gula hangus td

STEP 5:
bakar karamel secara steam bake pd suhu 180'c selama 15min

****sementara tu,siapkan BHN KEK CHOCOLATE MOIST

BHN A:
1 cawan serbuk koko ~ k.nor guna 1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula kastor
1 cawan minyak masak

CARA:
satukan semua bahan dlm periuk,kemudian gaul rata dan masak atas dapur gas dgn api perlahan sambil dkacau hgga sebati,dah sebati,padamkan api dan rehatkan sekejap

BHN B:
3/4cawan tepung gandum ~ k.nor guna 1 cawan
1 sudu kecil soda bikarbonat ~ k..nor letak secubit jer
1 sudu kecil baking powder
*semua bhn di atas di ayak

BHN C:
4 biji telur-pukul dgn whisk atau blend ~ k.nor guna 3 bj telur + 2 putih dari lebihan puding karamel*

CARA:
satukan BHN B dan BHN C ke dlm BHN A secara berselang seli dan gaul sebati dgn whisk atau senduk
tuangkan adunan ke dlm loyang karamel tadi
bakar secara steam bake pd suhu 180'c selama sejam atau hgga masak...bergantung kpd oven masing2...
dah masak,biar kek sejuk atau hgga kek meregang baru dterbalikkan kek
sedia dhidang

Tuesday, March 13, 2012

TERUNG GRIL BERSAMBAL TOMYAM

ASSALAMUALAIKUM..

Alahai.. bercinta sungguh nak update entri.. Nak ngedit gambo pun kurang ghajen, nak ngarang laaaaaaaaaagi la kurang ghajen... Kita pendek2kan jer pot pet ya.. Lagi pun kekurangan idea disebabkan masa yg terbatas.. Tak yah citer lah.. kalau citer pun, benda yg sama jer. So layan jer menu spontan yg terhasil, asalnya plan nak buat lain tp last2 jadi stail lain. Tapi.... sangat menyelerakan.. hehe 


Terung tu kalau tak nak gril pun takper.. boleh dikukus aje. Tapi digalakkan utk digril sbb bila gril, terung lebih wangi dan lebih sedap dr dikukus.

TERUNG GRIL BERSAMBAL TOMYAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
2 btg terung panjang
5 ulas bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dihiris
2 btg serai ~ dihiris serong
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar pes tomyam
1/2 sudu kecil gula
daun ketumbar
1/4 cawan air
minyak

Cara:
Terung dibelah dan dipotong 2.
Gril terung menggunakan frying pan yg dah dipanaskan hingga lembut. Letakkan ke dalam pinggan.
Panaskan minyak dan goreng bawang merah dan bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan serai dan goreng lagi hingga wangi.
Masukkan cili mesin dan goreng hingga sedikit garing dan masukkan pes tomyam.
Kacau goreng dan biarkan seketika dan masukkan gula dan air.
Masak hingga kering sedikit dan padamkan api.
Maukkan daun ketumbar yg dihiris dan kacau rata.
Tuangkan ke atas terung yg dah digril tadi dan sedia utk dihidangkan panas2 bersama nasi putih.


Sunday, March 11, 2012

HOT & SPICY SAUSAGE

ASSALAMUALAIKUM..

Dah sarapan belum? Meh layan sarapan yg ringkas dan mudah disediakan. Rasanya pun sedap terutamanya bagi penggemar pedas. Sapa2 yg masih ada stok cajun kat dapur tu boleh lah mencuba :)


erkk... pendek gak entri hari ni ya.. Sorilah.. tak ada modal nak pot pet panjang2 ^___^

HOT & SPICY SAUSAGE
resipi : K.Nor@SecubitGaram


Bahan:
1 pek sosej ayam ~ k.nor guna brand Ramly
1/2 sudu kecil serbuk cili kasar
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
1/2 sudu kecil cajun
1 sudu besar mentega

Cara:
Panaskan frying pan.
Masukkan sosej yg dah dipotong serong.
Goreng seketika, kemudian masukkan serbuk cili kasar, serbuk lada hitam dan cajun.
Kacau hingga rata dan masukkan butter.
Goreng lagi hingga sosej sedikit garing dan bolehlah diangkat dan dihidangkan panas2.

* tak perlu masukkan garam sbb dah ada rasa masin dr sosej dan juga mentega

Friday, March 9, 2012

CINNAMON CHOC CHIP SWIRL BREAD

ASSALAMUALAIKUM..

Satu lagi resipi roti yg diracun oleh Shidah, dah lama betul dia meracun tp kali ni baru jer dtg seru nak membuatnya.. Biasalah, kalau bab roti bercinnamon ni mmg kena tunggu anak dara balik dulu baru boleh buat.. baru ada geng utk makan :)  

Kalau dulu CPAB dah berselerakan virusnya kan, meh kita sebar virus roti yg agak mengancam gak ni.. Bg yg kurang suka bau dan rasa cinnamon tu disyorkan utk buat roti ni sbb bau dan rasa cinnamon tu tenggelam sket dek coklat yg diletakkan sekali dlm roti ni. Mungkin anak2 lebih suka roti ni kut kalau nak dibandingkan dgn CPAB.. biasalah anak2 kan suka cekelat :) 


Bg K.Nor lah, kalau dibandingkan antara CPAB dgn CCCSB (kita main shortform la senang ya.. berjela sgt nak sebut nama rotinya tuh.. hehe), rasanya CPAB masih menduduki carta teratas tp bukan kata CCCSB ni tak sedap tau.. ianya juga lembut dan sedap tp masih tak boleh mengalahkan CPAB la.. si anak dara pun kata gitu gak hehe... 

Mekasih Shidah atas perkongsian resipi roti ni. Kat sini K.Nor letak dulu resipi asal yg K.Nor copy dr rumah Shidah. K.Nor tak ikut 100% sukatan/kaedah/cara membuat spt yg dinyatakan dlm resipi. Nanti K.Nor akan letak resipi yg K.Nor edit sket dr segi sukatan dan cara pembuatannya ya.. Ada kerja sket ni, tunggu free dulu baru K.Nor taipkan resipinya.. insyaallah.. ^__^


CINNAMON CHOC CHIP SWIRL BREAD
Adapted from Technicolor
source : Shidah
source : K.Nor

Dough:
¾ cup (180ml) warm whole milk
1 ¾ teaspoons active dried yeast
3 ¼ cups (455g) all purpose flour
½ cup + 1 ½ tablespoons (85g) whole wheat flour ( I didnt use whole wheat, instead I used all purpose flour)
3 tablespoons caster (superfine) sugar
¼ teaspoon salt
6 ½ tablespoons (91g) unsalted butter, cold, chopped
½ cup + 2 tablespoons water ( I used 3/4 cup of water. I like my dough to be a bit sticky coz sticky dough means softer bread)
2/3 cup dark chocolate chips (I used chopped chocolate bar)

Filling:
2/3 cup (133g) caster (superfine) sugar
1 tablespoon ground cinnamon
1 large egg, beaten, for egg wash
1 tablespoon unsalted butter, melted

1. Start by making the dough: in a small bowl, mix the warm milk and the yeast with a fork and set aside until foamy, about 5 minutes.

2. In the bowl of an electric mixer, using the paddle attachment, beat the all purpose flour, whole wheat flour, sugar, salt and butter on low speed until butter dissolves into the dry ingredients. Add the yeast mixture and the water and beat on low speed until well combine – the dough should be tacky but not sticky when touched; if the dough is too dry, add water by the tablespoon.

3. Turn the dough onto an unfloured surface and knead until dough pulls together in a ball and becomes less tacky. Knead for 7-9 minutes or until dough is smooth and springy. Pat the dough into a 23cm (9in) round, sprinkle with the chocolate chips (or raisins), and knead briefly to incorporate. Form a ball with the dough, place into a lightly oiled large bowl, turn so both sides are coated, cover with plastic wrap and let rise in a warm place (at least 21°C/70°F) until increased in bulk by 1 ½ times and very soft, 1 to 1 ½ hours.

4. Deflate the dough: using a plastic pastry scraper, turn the top of the dough down and the bottom up. Turn the dough so that the smooth side faces in. cover with plastic wrap again and let rise in a warm place until increased in bulk by 1 ½ times, about 1 hour.

5. Make the filling: in a small bowl, mix the sugar and cinnamon together. Measure out 1/3 cup of the mixture and reserve it separately.

6. Turn the dough onto an unfloured surface, gently stretch it to make a 15x35cm (6x14in) rectangle, then brush with the egg wash. Sprinkle with the cinnamon sugar mixture, allowing 2.5cm (1in) borders at top and bottom. Rolling from the top, roll the loaf as tightly as you can into a log. Gently press the seams together. Place the loaf seam side down in a buttered 21x11cm (8 ½ x4 ½ in) loaf pan.

7. Cover loosely with plastic wrap and let rise until increased in bulk by 1 ½ times, 30-45 minutes.
Set the oven rack in the middle position. Preheat the oven to 260°C/500°F.

8. Place the loaf on a baking sheet, put it in the oven and immediately reduce the temperature to 190°C/375°F. bake, rotating about two-thirds of the way through the baking time, until the crust is evenly brown and the loaf sounds hollow when tapped on the bottom (using oven mitts, carefully lift the bread from the pan and gently tap on the bottom with your knuckles), 40-45 minutes. Remove from the oven, unmold onto a wire rack and let cool completely.

9. Brush the cooled loaf with the melted butter and sprinkle with the reserved cinnamon sugar mixture. Place the loaf back on the wire rack and let stand until sugar coating dries, about 30 minutes.

~~ X ~~

Maaf ya kerana ada yg tertunggu2 resipi yg dah K.Nor olah/edit dr resipi asal yg kat atas ni. Al maklum ler, kan dah start cuti skolah ni.. Apa lagi, dapur ku bekerja keras la sepanjang minggu ni. Dan tukang masak kena lebihkan stamina utk utk bersilat kat dapur ^__^

Seperti yg K.Nor maklumkan awal tadi, K.Nor mmg edit resipi asal mengikut citarasa dan tahap kerajinan diri sendiri hehe.. Kepada yg nak ikut, silakan dan kepada yg nak stick dgn resipi asal dan kedah/step dlm resipi asal.. terpulang la ya.. Bg K.Nor step tu agak cerewet sket jadi K.Nor buat kaedah yg lebih mudah tapi hasilnya tetap memuaskan.



CINNAMON CHOC CHIP SWIRL BREAD
hasil olahan : K.Nor@SecubitGaram
resipi asal : Technicolor
sumber : Shidah

Bahan:
180ml susu segar/fresh suam
1 ¾ sudu kecil yis segera (mauripan)
455gm tepung high protein (tepung roti)
85gm tepung gandum
3 sudu besar gula castor
1/2 sudu kecil garam
85gm  butter sejuk
½ cawan + 2 sudu besar air
3/4 cawan coklat chip

Bahan taburan (filling):
1/2 cawan gula perang
1 sudu kecil cinnamon/serbuk kayu manis
1 bj telur A ~ dikocok

~ gula perang dan serbuk kayu manis digaul hingga rata.
~ ketepikan.

Cara (dgn menggunakan breadmaker):
Masukkan susu segar ke dalam bekas breadmaker (BM) kemudian diikuti dgn bahan2 lain kecuali butter dan coklat chip.
Tekan suis ON pd BM dan setkan pada DOUGH.
Tekan START dan biarkan ia menguli seketika hingga membentuk spt doh barulah dimasukkan butter.
Biarkan sehingga proses menguli selesai. (* tip: utk menghasilkan doh yg lembut dan cantik, bolehlah diulang proses menguli utk sekali lagi)
Biarkan ia naik 2x ganda atau sehingga BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Keluarkan doh tadi dan letakkan dlm sebuah mangkuk, kemudian masukkan coklat chip. Uli sehingga rata.
Bahagikan kepada dua bahagian.
Ambil satu bahagian dan canai hingga membentuk segi empat tepat lebih kurang 14" x 6"
Sapukan permukaan doh dgn telur yg dah dikocok tadi (tinggalkan sedikit utk satu bahagian doh lagi)
Tabur pula separuh dari bancuhan gula perang dan serbuk kayu manis (tinggalkan sedikit ruang bahagian hujung atas dan bawah doh utk proses mengemaskan masa menggulung)
Gulung doh dgn kemas. (jgn lupa kemaskan bahagian hujungnya supaya nanti doh tidak akan terbuka.
Letakkan ke dalam loaf pan yg dah digriskan dan taburkan sedikit tepung.
Ulang sekali lagi proses utk sebahagian lagi doh.
Rehatkan doh dgn meletakkan tuala lembab ke atasnya.
Biarkan ia naik lagi utk kali ke dua.
Panaskan oven 180C dan bakarlah hingga masak (lebih kurang 30 - 40 min), kemudian keluarkan dr oven.
Biarkan seketika dan keluarkan roti dr loyang dan sejukkan atas redai.
Sedap dimakan suam2 panas.

Thursday, March 8, 2012

AYAM GORENG BERSOS BBQ

ASSALAMUALAIKUM..

Alhamdulillah.. bersua lagi di pagi Khamis yg dingin, hujan rahmat turun dari awal pagi tadi, ni pun masih renyai2 lagi. Syukur Alhamdulillah juga, pembedahan membuang 2 gigi geraham bongsu Along telah selamat semuanya. Kesakitan pun dah makin reda kalau nak dibandingkan masa baru2 hilang ubat bius smlm. Gigi geraham bongsu dia tu mmg complicated sket sbb tu bila nak dibuang dua2 sekaligus smlm tu dia perlu dibius keseluruhan (total bius). Prosedur mmg memakan masa yg agak panjang. Hati emak duk resah jer, kesian dia sorang2 masuk bilik OT tak ada yg menemani. Takperlah.. semua dah berlalu, syukur atas segalanya dan bersyukur juga diberikan teman2 yg memahami dan mendoakan utk keselamatan Along smlm. Terima kasih sekali lagi, semoga Allah juga yg membalas budi baik teman/adik/kakak semua..


Berbalik pd tayangan hari ni, sebenarnya ni menu semalam. Memang niat nak post ptg semalam lepas lunch tp bila dpt panggilan dari Along yg dia dah nak masuk bilik OT, dengar pulak dia sorang2 jer kat situ (semua kawan2 rapat dia ada kelas sbb tak lama lg nak exam) haihhh... hati K.Nor jd sedih dan sebak sgt. Hilang terus mood nak menghapdet, tu pun nasib baik dpt panggilan dr dia tu lepas lunch. Agaknya kalau sebelum lunch mmg tak tertelan nasi... hilang terus selera kut.. 

ehh.. melencong lagi.. patah balik.. hehe.. Masakan ayam ni, resipi terbaru dari Diana @ Melley Mey, memang baru sgt2 sbb pg smlm dia baru jer post kat fb dan kat blognya. Kebetulan K.Nor mmg duk mencari2 resipi ayam utk dimasak sbb smlm Naim dlm perjalanan balik. Org kata pucuk dicita ulam mendatang kan.. terus K.Nor copy resipi. Walaupun ada bahan2 yg tak ada stok kat dapur, kita ejjas la mana yg patut kan. Macam kicap cair tak ada, K.Nor letak kicap manis sedikit tp bancuh sket dgn air supaya tak hitam sgt. Tapi kalau diperhatikan masakan K.Nor mmg lebih gelap dr masakan Diana hehe.. Takperlah .. asal rasa maintain sedap. Betul, mmg sedap. Naim pun kata sedap. Cik Abg pun siap ratah lagi ayam tu. K.Nor buat satu adunan Sos BBQ Special tu dan guna kesemuanya sekali sbb nak biar lauk ni berkuah sket. Pastu K.Nor tambah dgn sedikit cili padi supaya lebih pedas.. lebih pedas lebih ummphh! ^__^


Mekasih Diana kerana sudi berkongsi dgn pelbagai resipi2 yg sedap terutamanya resipi ayam. K.Nor mintak izin nak share kat sini lak ya... TQ :)

AYAM GORENG BERSOS BBQ
resipi : Alan Kok ( Yummy Sauce Made Easy ) 
sumber : Diana @ Skyblue Kitchen
sumber : K.Nor

Bahan²
1 ekor ayam ( 1.4 - 1.5 kg ) _ buangkan kulitnya dan dipotong kecil
1 biji bawang bombay _ dihiris kasar
2 ulas bawang putih _ dicincang
1 1/2 cawan Special BBQ Sauce*
5 bj cili padi ~ dipotong serong (yg ni K.Nor tambah)
Minyak untuk menumis dan menggoreng
Daun sup atau daun ketumbar hiris untuk hiasan jika suka

Bahan² Perap
1 tsp kicap cair Loon Kee ~ k.nor letak sedikit kicap manis
1 tsp Maggi seasoning
1 tsp serbuk lada hitam
1 tsp perencah pati ayam Tumix ~ k.nor tak letak
2 tsp daun basil kering cincang ~ k.nor skip sbb tak ada stok
4 tbsp tepung jagung
2 biji kuning telur
1 tbsp gula ~ k.nor letak 1 sudu teh aje
Garam secukup rasa

Cara²
Campurkan ayam bersama bahan² perap dan perap ayam selama 30 minit.
Panaskan minyak di dalam kuali dan goreng ayam hingga masak. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Di dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi dan sedikit garing.
Kemudian masukkan ayam goreng dan Special BBQ Sos. Gaul rata dan masak seketika.
Tutupkan api dan angkat.
Taburkan hirisan daun sup / ketumbar jika suka.
Hidang bersama nasi putih panas


~ * ~


SOS BBQ SPECIAL
resipi : Alan Kok ( Yummy Sauce Made Easy ) 
sumber : K.Nor

Bahan²
3 tbsp minyak
1 tbsp bawang putih cincang
1 biji bawang besar _ dicincang
5 tbsp sos cili _ ( Diana guna sos cili Maggi )
5 tbsp sos tomato _ ( Diana guna sos tomato Maggi )
3 tbsp kicap cair _ ( Diana guna kicap cair Loon Kee ) ~ k.nor guna 1 sudu besar kicap manis
1/2 tsp serbuk rempah 5 ~ tak ada stok, k.nor ganti dgn cajun :)
1 tsp lada hitam kisar
1 tbsp gula
1 tsp garam
300 ml air

Cara²
Panaskan minyak didalam periuk dan tumis bawang putih serta bawang besar hingga terbit aromanya.
Kemudian masukkan kesemua bahan² yang lain dan masak hingga mendidih.
Perlahankan api dan masak lagi selama 10 minit.
Angkat dan sedia untuk digunakan didalam masakan kegemaran.

Tuesday, March 6, 2012

ROTI WHOLEMEAL

ASSALAMUALAIKUM..

Quick update ya..  ^___^


Roti Wholemeal, resipi yg K.Nor ambil dari dapur Cik Manggis. Sedap, lembut dan enak dimakan panas2. Mekasih K.Inah, Nor share resipi tu kat sini lak ya... TQ :)

ROTI WHOLEMEAL
sumber : CManggis
sumber : K.Nor

Bahan-bahannya:)
2 cawan tepung roti.
2 cawan tepung wholemeal.
3 tbsp gula perang.
3 tsp yis segera.
1 biji telur+ air=1 cawan.
4 tbsp plain yogurt.
2 tbsp butter.
1/2 tsp garam.


Cara-caranya:)
Masukkan semua bahan-bahan diatas kedalam mangkuk pengadun(Cm guna KA)
Uli sehingga doh kenyal.Tutup mangkuk pengadun dan biarkan doh naik double saiz asalnya.
Keluarkan doh dan tumbuk buang anginnya.
Bahagikan doh kepada 3 bahagian dan bulat-bulatkanya.
Aturkan ke dalam dulang (sapu sedikit butter pada dulang)biarkan doh naik 2 kali ganda dari saiz asalnya.
Bakar hingga masak.

Monday, March 5, 2012

FRUTI JELLY ICE CREAM

ASSALAMUALAIKUM...

Biasanya serbuk konyakku dibuat jelly atau puding jer kan. Pastu kita tambah pelbagai buah2an dlm nya utk lebih sedap lagi time makan tu,  kali ni K.Nor buat versi baru pulak. Ni atas permintaan anak2 yg nak makan stail eskrim pulak. Jadi K.Nor masukkan dlm bekas eskrim, letak buah2an spt biasa dan bekukan. Anak2 K.Nor cukup suka dgn rasa konyakku jelly yg bertukar menjadi eskrim ni.


Kalau nak guna serbuk konyakku yg dlm kotak yg dah ada gula dan perisa boleh ikut jer sukatan dikotak tu dan masukkan potongan buah2an dalamnya. Kalau nak guna serbuk konyakku yg dibeli kat kedai baking (yg repack) bolehlah ikut sukatan dibawah. Kalau suka lebih manis boleh lebihkan sukatan gula. Rasa dulu ikut citarasa masing2, kita yg buat dia kan... ^__^

FRUTI JELLY ICE CREAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
10gm serbuk jelly konyakku (plain)
450ml air
7 - 9 sudu besar gula pasir
perisa/esen/paste ~ blueberi@strawberi@pandan(ikut kegemaran)
potongan buah strawberi/kiwi/ nenas dlm tin,/laici/nata d coco (ikut kegemaran)

Cara:
Masak air hingga mendidih dan masukkan gula serta serbuk konyakku.
Kacau hingga gula dan serbuk konyakku larut.
Padamkan api dan masukkan perisa yg disukai.
Boleh juga dibiarkan tanpa perisa (tapi lebih sedap jika ada perisa pada jelly)
Tuangkan sedikit jelly ke dalam mould/acuan aiskrim dan masukkan hirisan buah kedalamnya.
Tuang lagi jelly hingga hampir penuh.
Letakkan penutup mould aiskrim td.
Biarkan sejuk sekejap dan masukkan ke dlm freezer.
Biarkan beku dan bolehlah dikeluarkan dr mould dan dimakan.

*Untuk memudahkan masa mengeluarkan aiskrim dr mould, lalukan mould td dibawah air paip seketika.
** boleh juga diletakkan dlm mould kecik2 jika tiada mould aiskrim.

Friday, March 2, 2012

NASI KAROT & AYAM PANGGANG ROSEMARY

ASSALAMUALAIKUM..

Salam di petang Jumaat yg redup, baru jer lepas hujan berangin kejap td. Meh jamu mata dgn menu yg SANGAT SEDAP ni.. Tengok tu, capital letter lg, nak gambarkan betapa sedap nyer menu yg ditayangkan ni. NASI KAROT ni pernah K.Nor buat dulu kat SINI, kali ni K.Nor buat lagi dan gandingkan dgn AYAM PANGGANG ROSEMARY yg K.Nor ambil resipnya dari rumah Wana. Sebelum tu K.Pah@Ibundo pun pernah gak buat Ayam Panggang Rosemary ni, masa K.Pah tayang tu ler yg buat K.Nor tergoda utk buat gak. Dah lama save resipi ni dlm folder nun. Memang sgt ngam ayam n digandingkan dgn Nasi Karot tu. ermmm.. nasi tu pun kalau makan saja tanpa lauk pun dah cukup sedap. 


Sebenarnya ada kesilapan teknikal sket masa masak Nasi Karot ni. Bila nasi dah siap masak, baru perasan tak masukkan susu cair. Tapi bg K.Nor nasi ni lebih sedap pulak bila tak letak susu cair. Makan gitu aje pun sedap tau.. hehe Mekasih pada K.Liza dan Wana atas perkongsian resipi Nasi Karot ni (masa mula2 cuba dulu pun K.Nor amik resipi ni kat rumah Wana gak hehe) dan mekasih buat K.Pah dan Wana sekali lg utk resipi Ayam Panggang Rosemary ni. Memang simple resipi ayam panggang ni tp sedap.. Opss lupa, K.Nor ada tambah sket cajun dlm perapan ayam, ni atas cadangan anak dara. Jadi ada rasa berempah dan pedas2 sket kan.. lagi syok!

Jom tengok resipi2 utk show hari ni.. ^___^


NASI KAROT (NASI LOBAK MERAH)
resipi : K.Hanieliza
Sumber: Wana@Potret Kasih
sumber: K.Nor


Bahan2nya:

6 cawan beras bathmati….basuh dan toskan
2 cawan carrot ( potong dadu kecil) ~ k.nor parut
1/2 cawan susu cair ~ lupa nk letak :)
8 cawan air – saya letak air rebusan isi dan tulang2 ayam
1 kiub ayam knorr – saya guna 1 sudu besar stock ayam maggie dalam botol
1 sudu kecil gula
garam

Bahan Tumis:
2 sudu besar rempah kurma – saya guna rempah beriani (k.nor guna rempah gulai)
5 ulas bawang merah – mayang @ tumbuk kasar (hiris)
3 ulas bawang putih – mayang halus atau tumbuk kasar (hiris)
2 cm halia -mayang
3 sudu besar minyak sapi - akak guna butter (sama)
2 cm kulit kayu manis
2 kuntum bungka lawang
5 biji bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 tangkai daun ketumbar…..mayang
daun pandan……..simpulkan

Cara:
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker dan masukkan bahan tumis,bawang & halia yg dimayang dan daun pandan.
2. Bila dah wangi masukkan rempah kurma/beriani. Biarkan naik minyak.
3. Masukkan air, garam, gula, kiub ayam knorr dan susu cair. Biarkan mendideh.
4. Masukkan beras, carrot dadu dan daun ketumbar.
5. Alihkan periuk kedalam Rice Cooker dan biarkan masak saperti nasi biasa.
6. Hidangkan dengan ayam bakar, sup dan salad sayur. Saya hidang dengan ayam bakar yogurt dan acar karot.


 AYAM PANGGANG ROSEMARY
sumber : Wana & Ibundo
sumber : K.Nor

Bahan:
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa ~ k.nor skip
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato ~ k.nor letak tomato masa menghidang sbb anak2 lebih suka makan tomato fresh dr yg lembik
6 biji baby carot
sedikit mentega
1 sudu besar cajun ~ yg ni k.nor tambah


Cara penyediaan:
1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau (serta cajun) ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.

Tip dr K.Pah:
Bila ayam itu dipanggang, ia akan mengeluarkan banyak air. Jangan dibuang. Bundo gunakan air ayam yang penuh dengan rempah ratus itu sebagai sosnya. Masukkan air ayam di dalam periuk dan tambah dengan satu atau dua sudu besar tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat.

Thursday, March 1, 2012

SMECC LAPIS KEJU


ASSALAMULAIKUM..

Asyik lewat jer post entri akhir2 ni kan.. Nak buat camana, tuan rumah mmg agak kebizian akhir2 ni, banyak keluar rumah utk settle urusan yg perlu diberi perhatian lebih utk peringkat terakhir ni.. Ditambah lagi badan pun agak letih sbb K.Nor dan Cik Abg dah mula start balik agenda awal pagi kita org, brisk walking. Dah lama betul tinggalkan rutin tu, badan pun dah makin kembang nih.. Bukan sikit, dah berkilo2 naik.. huhu.. 


Kali ni K.Nor nak share satu resipi yg sangat mabeles! Kali pertama pandang kat Dapur Rahel, ku jatuh cinta dan terus copy & save. Menanti masa jer nak buat kek ni. Yer la, skrg ni kalau nak baking apa2 kena tunggu anak2 ada kat rumah dulu, kalau tak kang, K.Nor jer duk sapu sampai licin. Elok2 nak turunkan berat badan dgn brisk walking tu, tup2 naik mendadak lak kang.. 

K.Nor tak letak topping utk kek ni, sbb bagi K.Nor kek SMECC Dayang mmg dah cukup sedap dimakan tanpa topping. All time pebret kek K.Nor tu.. hehe Bila dah ada kombinasi keju tu.. ermm... soooooooo yummy!! Bertambah2 keenakkan kek ni.. Memang puas hati betul dapat buat dan makan kek yg sedap ni.. Mekasih Rahel atas perkongsian kek yg mabeles ni dan mekasih juga pada Dayang, SMECC mmg sentiasa menjadi pujaan hati ku.. ^___^


SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE LAPIS KEJU 
sumber : Rahel & K.Nor

Bahan:
1 adunan Chocolate Cake* ~ sila scroll ke bawah
loyang 7" griskan dan alas dengan baking paper

Bahan Lapisan Keju:
250g cream cheese
70g gula kastor
20g tepung gandum
1 biji telur saiz L
1 sudu teh jus lemon
25ml air
3 sudu besar blueberry filling (tak letak pun tak apa)

Cara:
1.Panaskan air dalam periuk pengukus.
2.Adunan kek coklat dibahagi kepada 2 bahagian.
3.Ambil satu bahagian adunan kek coklat, tuang ke dalam loyang dan kukus
selama 15 minit.Angkat dan tekankan sikit dengan sudu supaya rata.
4.Kemudian pukul cream cheese,gula,tepung gandum,jus lemon dan air
sehingga berkrim.Tambahkan telur.Pukul rata.
5.Tuangkan adunan cream cheese ke dalam kek coklat kukus tadi.Ratakan.
6.Letakkan (dot2kan guna sudu kecil) blueberry filling dipermukaan adunan
cream cheese tadi.Kukus lagi selama 15 minit.
7.Kemudian tuangkan lagi baki adunan kek coklat tadi di atas lapisan cheese
dan kukus lagi selama 30 minit dengan api sederhana kuat.

pesan:
*air kukusan hendaklah betul2 mendidih sebelum mengukus kek.
*balut tudung periuk dengan tuala/kain bersih agar kek tidak terkena wap.
*tiap lapisan kek dikukus dengan api sederhana sahaja.


Bahan Untuk Topping: ~ k.nor tak buat
1 1/2 cawan fresh cream
sedikit gula manik
sedikit ceri marachino

Cara:
1.Pukul fresh cream sehingga kaku (bertanduk).
2.Sapukan pada seluruh bahagian permukaan kek,bentuk ikut kreativiti masing2.
3.Hias dengan ceri dan gula manik.

*Utk Chocolate cake, Rahel dan K.Nor guna resipi yg sama, SUPER MOIST EGGLES CHOCOLATE CAKE, resipi Dayang Jack


SUPER MOIST EGGLESS CHOCOLATE CAKE
resepi : DapurKu SaYang@dayangjack.blogspot.com
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahan :
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko (DJ guna Cap Kijang)
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air sejuk (air sejuk dari peti ais)
1 cawan gula perang
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 sudu kecil coffee emulco atau chocolate emulco
secubit garam
1/2 cawan minyak masak sayuran atau minyak jagung ~ k.nor lebih suka guna melted butter
1 sudu kecil cuka atau jus lemon

Cara-cara :
Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Griskan dengan mentega. Jika ingin menggunakan paper cup pun boleh juga.
Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko di dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian dikacau rata-rata.
Masukkan air sejuk, minyak masak, esen vanila dan coffee emulco/chocolate emulco. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 40 minit atau hingga masak.
Sejukkan kek setelah masak. Boleh juga dihiaskan dengan topping kegemaran.