ASSALAMUALAIKUM...
Biasanya serbuk konyakku dibuat jelly atau puding jer kan. Pastu kita tambah pelbagai buah2an dlm nya utk lebih sedap lagi time makan tu, kali ni K.Nor buat versi baru pulak. Ni atas permintaan anak2 yg nak makan stail eskrim pulak. Jadi K.Nor masukkan dlm bekas eskrim, letak buah2an spt biasa dan bekukan. Anak2 K.Nor cukup suka dgn rasa konyakku jelly yg bertukar menjadi eskrim ni.
Kalau nak guna serbuk konyakku yg dlm kotak yg dah ada gula dan perisa boleh ikut jer sukatan dikotak tu dan masukkan potongan buah2an dalamnya. Kalau nak guna serbuk konyakku yg dibeli kat kedai baking (yg repack) bolehlah ikut sukatan dibawah. Kalau suka lebih manis boleh lebihkan sukatan gula. Rasa dulu ikut citarasa masing2, kita yg buat dia kan... ^__^
FRUTI JELLY ICE CREAM
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahan:
10gm serbuk jelly konyakku (plain)
450ml air
7 - 9 sudu besar gula pasir
perisa/esen/paste ~ blueberi@strawberi@pandan(ikut kegemaran)
potongan buah strawberi/kiwi/ nenas dlm tin,/laici/nata d coco (ikut kegemaran)
Cara:
Masak air hingga mendidih dan masukkan gula serta serbuk konyakku.
Kacau hingga gula dan serbuk konyakku larut.
Padamkan api dan masukkan perisa yg disukai.
Boleh juga dibiarkan tanpa perisa (tapi lebih sedap jika ada perisa pada jelly)
Tuangkan sedikit jelly ke dalam mould/acuan aiskrim dan masukkan hirisan buah kedalamnya.
Tuang lagi jelly hingga hampir penuh.
Letakkan penutup mould aiskrim td.
Biarkan sejuk sekejap dan masukkan ke dlm freezer.
Biarkan beku dan bolehlah dikeluarkan dr mould dan dimakan.
*Untuk memudahkan masa mengeluarkan aiskrim dr mould, lalukan mould td dibawah air paip seketika.
** boleh juga diletakkan dlm mould kecik2 jika tiada mould aiskrim.