f Secubit Garam: AYAM SERI HARUM

Sunday, April 15, 2012

AYAM SERI HARUM

ASSALAMUALAIKUM..

Dah banyak hari tak bersiaran, kali ni kita jamu selera mata dgn menu yg pernah hangat lebih kurang setahun lalu, AYAM SERI HARUM. Tak sangka masa post resipi tu, ianya bakal mendapat sambutan yg hangat dikalangan teman2 blogger. Dalam entri NI, K.Nor letakkan link mereka yg pernah mencuba. Kalau ada yg tertinggal tu mohon ampun ya.. hehe Mekasih kerana sudi mencuba menu yg simple tp insyaallah menyelerakan.
Dgn mood yg lemau, nak menghapdet pun dah terasa kelemauannya apatah lg nak menghias masakan.. ermmmm........ 

Kali ni K.Nor buat kuahnya kering sket. Terpulanglah pada selera masing2 nak berkuah atau kering dan kalau suka lebih pedas tambah aje cili mesin ya..  Jom semak resipi...

AYAM SERI HARUM
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
3/4 ekor ayam ~ dipotong kecil
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
~~~~
2 sudu besar cili mesin
1 biji bawang besar *
3 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1in halia*
1 in kunyit hidup* (* diblend)
2 batang serai ~ diketuk
1/2 cawan santan pekat
1 cawan air
3 kpg asam keping
3 helai daun limau purut ~ dicarik
garam dan gula
1/2 kiub pati ayam
minyak

Cara:
Gaul ayam dgn garam dan serbuk kunyit. Goreng 1/2 masak, angkat dan ketepikan. (kalau tak nak goreng pun boleh, terus aje masukkan dalam kuali)
Tumis cili mesin hingga garing, masukkan serai. Goreng sekejap, masukkan bahan2 yg diblend.
Goreng sehingga pecah minyak (jika tak pecah minyak masukkan 1/2 cawan air dan goreng hingga pecah minyak)
Masukkan santan, air dan asam keping.
Masak hingga mendidih, masukkan ayam, daun limau, garam dan gula secukup rasa dan kiub pati ayam.
Masak hingga ayam masak dan kuah pekat mengikut citarasa masing2.