f Secubit Garam: DONUT KELEDEK II

Sunday, April 29, 2012

DONUT KELEDEK II

ASSALAMUALAIKUM..

Kalau dulu pernah buat dan pernah post resipi DONUT KELEDEK, resipi olahan dr resipi asal DONUT KENTANG Ros JintanManis yg sememangnya sedap, lembut dan gebus serta dah ramai yg turut mencubanya, kali ni K.Nor cuba lak resipi DONUT KELEDEK yg dikongsikan hasil olahan blogger yg mmg glamer sapa lagi kalau bukan ANJELINA JOLI aka CIK ANON (resipinya DONUT KELEDEK JEPUN). Tengok tu, sejak dua menjak ni kan, dah glamer sgt, nama pun dah tak pakai nama melayu dan tukar nama omputih gitu.. Sakan sungguh glamer cik adik sorang nih sampai blogger.com pun tak leh nak trace sama empunya blog pecinta mapin tu.. ehhh kalau tak silap dah tukar kan Chah, dah jd pecinta KASNUT kan.. heheheh.. ampun Jah, jgn berasap ya, jgn main kuntau2 ya.. kang kena lebih teruk dr blogger.com.. ngeeeeeeeee........

 Pestime buat donut tanpa guna mould.. 
tak berapa nak membulat dan montoks mcm donut Izah dan Ijah Siam :)

Memang rekomended la resipi ni.. lembut gebus jer donut, 3 hari pun masih lembut dan tak keras kekong (K.Nor mmg simpan sebiji dua sampai hari ke 3, saja nak buat eksperimen hehe.. anak dara pun suka sgt makan masa K.Nor bawak ke asrama dia hari tu.. geng2 dia yg tak pernah makan donut yg berasaskan ubi, yg mula2 takut nak makan pun cakap sedap sampai makan berulang2.. fuhhh... penangan donut AJ tuh... kembang si AJ hehe)

versi lap u lap me yg kurang nampak shapenyer ^__^

Mekasih Jah ya.. dan tak lupa mekasih pd empunya asal resipi iaitu Kak Wan. K.Nor letak no II pd resipi ni  supaya boleh bezakan antara resipi Donut Keledek versi Ros dgn yg versi Izah ni.. TQ :)

DONUT KELEDEK II
resipi asal : K.Wan
resipi olahah : Izah
sumber : K.Nor

Bahan:
200 gm tepung gandum
1 1/2 sk yis segera mauripan
100gm ubi keledek
1 sudu besar susu pekat manis
50gm gula halus
1 1/2 sb mentega
1 biji telur kuning
1/2 sudu teh garam
60ml air
Gula ising untuk salutan
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
1. Kupas kentang, rebus hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
Sejukkan.
2. Satukan tepung, gula dan yis, gaul rata. Masukkan kentang lenyek dan bahanbahan lain kecuali air. Gaul hingga rata dan masukkan air sedikit demi sedikit dan uli
hingga menjadi doh yang lembut dan elastik.
3. Rehatkan adunan selama 15 minit dan tutup dengan kain / plastik sehingga
mengembang.
4. Canai dan terap dengan acuan donat dan letak di atas dulang yang ditabur sedikit
tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi hingga mengembang
5. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
6. Salut dengan gula halus atau coklat mengikut suka.